MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah menyampaikan Anugerah Khas Datuk Bandar Promosi Pelancongan kepada Dato’ Sri Lee Ee Hoe di sebuah restoran di Miri pada Khamis.
Penyampaian tersebut telah disempurnakan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
Penganugerahan tersebut adalah sebagai menghargai sumbangan Dato’ Sri Lee Ee dalam mempromosikan Bandaraya Miri sebagai destinasi pelancongan pilihan melalui penulisannya.
Dalam penulisannya itu, beliau menggambarkan keindahan Bandaraya Miri dan keindahan alam semula jadi di Taman Negara Mulu.
Turut hadir Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang.
sarawakvoice.com/2021/11/20
|