CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1162|Reply: 0

[Sabah] Kawalan biologi kiambang salvinia molesta digunakan

[Copy link]
Post time 20-11-2021 11:28 PM | Show all posts |Read mode


SIMBOLIK: Bacho menyempurnakan program dengan pelepasan kumbang cyrtobagous salviniae ke dalam Tasik Sandau.

LAHAD DATU: Kumpulan Sawit Kinabalu buat julung kalinya menggunakan inisiatif agen kawalan biologi kiambang salvinia molesta untuk memastikan infestasi tidak berlaku ke atas permukaan air dan membahayakan biodiversiti serta pelbagai spesies air tawar termasuk ikan serta tumbuhan akuatik.

Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie berkata, air juga merupakan salah satu elemen yang amat penting kegunaannya dalam industri pertanian dan perladangan.

"Justeru, daripada pengenalan kaedah pengawalan ini, kumpulan Sawit Kinabalu telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sabah bagi merialisasikan kaedah ini.

"Sawit Kinabalu adalah sebuah syarikat yang mementingkan aspek kemampanan dan kelestarian dalam semua bidang perniagaannya termasuklah masalah pencemaran air akibat kiambang tersebut yang telah dihadapi sejak tahun 2003," katanya ketika merasmikan program pelepasan kumbang cyrtobagous salviniae untuk kawalan kiambang salvinia molesta di Tasik Sandau, Ladang Sandau kelmarin.

Beliau berkata, kaedah pengawalan kiambang gergasi ini akan direalisasikan di kesemua unit-unit operasi syarikat di seluruh Sabah bermula dengan Ladang Sandau milik Sawit Kinabalu, Lahad Datu.

“Tasik Sandau merupakan sumber air utama kepada komuniti Ladang Sandau, Pada sekitar tahun 2003 sejumlah populasi kiambang ini telah dijumpai di dalam tasik.

"Ianya mula meningkat sehingga memenuhi hampir 60 peratus tasik Sandau tersebut dan keadaan ini telah menyebabkan hidupan akuatik dalam tasik ini mati.

"Kekurangan makanan untuk haiwan lain mula menganggu rantaian makanan yang ada dan kesimbangan hidupan akuatik dalam tasik,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Pertanian Sabah berharap agar Sawit Kinabalu akan meneruskan usaha-usaha pengawalan kiambang ini untuk menjayakan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai dan dimulakan sejak 28 November 2018.

Ketua Pegawai Penyelidik (Agronomi) David Johnny yang mewakili Pengarah Pertanian Sabah memaklumkan bahawa pusat pembiakan kumbang cyrtobagous salviniae di bawah Kumpulan Sawit merupakan salah satu daripada lima buah pusat pembiakan kumbang cyrtobagous salviniae di Sabah yang diiktiraf oleh Jabatan Pertanian Sabah.

Manakala katanya, empat pusat yang lain terletak di Stesen Percubaan Pertanian Sungai Koyah, Lahad Datu, Tungog Rainforest Eco. Camp. Kinabatangan dan Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan.

"Sebagai makluman, pelepasan kumbang cyrtobagous salviniae ke lokasi-lokasi infestasi kiambang Salvinia molesta di seluruh Sabah telah pun dilancarkan oleh Ketua Menteri da 07 Oktober 2021 yang lepas.

"Pelepasan kumbang cyrtobagous salviniae ini juga telah diluluskan diperingkat Majlis Biodiversiti Sabah yang dianggotai oleh beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan, Pusat Biodiversiti Sabah dan Universiti Malaysia Sabah," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/19

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050472 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list