CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1163|Reply: 0

[Sabah] Pelajar terima manfaat hasil komitmen Yayasan Sabah

[Copy link]
Post time 20-11-2021 04:49 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Gulamhaidar (dua kiri) bersama Col. Allied (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail mempamerkan dokumen perjanjian kolaborasi yang telah ditandatangani antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera menganjurkan Program Peneraju Tunas Bridge Aspirasi selama tiga hari bermula 19 sehingga 21 November 2021.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar berkata, program diadakan bertujuan untuk mendedahkan kemahiran gaya belajar dan penetapan matlamat kepada para pelajar lepasan SPM/STPM/STAM.

Program tersebut disertai oleh seramai 50 orang para pelajar dari pelbagai sekolah dari Zon Pantai Barat.

"Kerjasama strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ini adalah langkah positif dalam menyediakan para pelajar melangkah ke peringkat tertiari.

“Objektif penubuhan Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah dan kerjasama ini amatlah sinonim dengan usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Program Peneraju Tunas Bridge Aspirasi di sini, semalam.

Beliau berkata, kerjasama itu menyaksikan kedua-dua yayasan berganding bahu membantu para pelajar Bumiputera yang kurang bernasib baik terutamanya mereka dari keluarga kumpulan B40 dan mempunyai latar belakang yang mencabar untuk mendapat khidmat nasihat mengenai peluang pendidikan berkualiti.

“Pada setiap tahun, Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan program kaunseling dan kerjaya menerusi gabungan seminar, bengkel dan perkhemahan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Sabah yang menyasarkan para pelajar, guru-guru, ibu bapa dan orang ramai.

"Para penceramah dari institusi pengajian tinggi dan lain-lain agensi dijemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan motivasi, komunikasi berkesan, membuat keputusan dan pemilihan kursus pengajian yang bersesuaian untuk kumpulan sasar,” katanya.

Beliau juga mengingatkan para pelajar agar menggunakan peluang yang diberikan menerusi program ini sebaik dapat agar mereka lebih bersedia tatkala berdepan dengan cabaran akan datang tidak kira di alam universiti, pekerjaan pada era dunia moden.

Pada majlis yang sama, Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera turut menandatangani perjanjian kolaborasi untuk merangka kerjasama pelaksanaan serupa di keenam-enam zon Kumpulan Yayasan Sabah bermula pada bulan November hingga Disember 2021.

Sebanyak 29 buah kawasan dalam enam buah zon telah dikenali pasti untuk program ini diadakan iaitu, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Ranau (Zon Pantai Barat Selatan), Kota Marudu, Kota Belud, Kudat dan Pitas (Zon Pantai Barat Utara), Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan Paitan (Zon Pantai Timur Utara), Tawau, Kalabakan, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Tungku (Zon Pantai Timur Selatan), Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, Membakut dan Papar (Zon Pedalaman Selatan) dan Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan (Zon Pedalaman Utara).

Dengan termeterainya perjanjian tersebut, seramai 300 para pelajar bakal mendapat manfaat hasil daripada penganjuran program tersebut.


utusanborneo.com.my/2021/11/2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.090407 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list