CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 0

Muslim Care bantu beribu mangsa kebuluran Afghanistan

[Copy link]
Post time 18-11-2021 09:27 AM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 300 penerima bantuan sumbangan Muslim Care Malaysia (MCM) berkumpul di padang sekolah untuk menerima bekalan makanan masing-masing semalam.



Kabul: Sanggup menapak sejauh lebih lima kilometer untuk mendapatkan sumbangan

barangan makanan diberikan percuma khusus untuk golongan daif.

Itu antara keperitan dihadapi ribuan penduduk pinggir bandar Kabul, yang dihambat krisis kebuluran berikutan tidak mempunyai wang dan pekerjaan.

Kegembiraan jelas tidak dapat disembunyikan mereka apabila mengetahui bakal menerima bekalan makanan sumbangan pertubuhan Muslim Care Malaysia (MCM) di sini, pagi tadi.



Seawal jam 7 pagi, lori membawa muatan lebih tiga tan beras mengekori kumpulan delegasi MCM dan Yayasan Amal Malaysia menuju ke kawasan penempatan Pulicharkhi di sini.

Sebaik tiba di padang tandus milik sebuah sekolah swasta di sini, beberapa petugas sukarelawan bergegas memikul keluar guni berisi 300 paket beras dibawa lori berkenaan.

Paket beras itu kemudian disusun atur mengikut barisan ditanda dengan tali hingga memenuhi setiap sudut padang berkenaan.

Sebaik tugas itu selesai, sebuah lagi lori membawa 1.5 tan botol berisi minyak masak muncul di lokasi itu.

Sama seperti sebelumnya, botol minyak masak itu kemudian dipunggah beramai-ramai sebelum diletakkan bersebelahan setiap paket beras itu.

Exco MCM dan Yayasan Amal yang berada di lokasi turut 'ringan tulang' membantu menyusun semua barangan itu yang mahu disumbangkan kepada penerima terpilih.

Tidak sekadar itu, sebuah lagi lori membawa guni tepung gandum seberat 15 tan tiba bagi tujuan pengagihan.

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, sebanyak 300 'bakul makanan' hasil sedekah jariah rakyat Malaysia melalui kempen 'Care4Afghan' berjaya disalurkan kepada rakyat Afghanistan yang menderita.

Menurutnya, kebanyakan penerima bantuan itu adalah dari golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas yang benar-benar terdesak dan memerlukan makanan.

"Seramai 300 individu mewakili keluarga masing-masing diberikan bantuan bekalan makanan dianggarkan bernilai lebih RM200 setiap satu.

"Semua mereka diberikan kuantiti bahan makanan asas dalam jumlah besar bagi memastikan ia mampu bertahan lama ketika berhadapan musim sejuk," katanya.

Menurutnya, program sumbangan makanan kelolaan MCM itu adalah bukti komitmen pihaknya dalam menyalurkan bantuan segera kepada saudara sesama Islam.

"Syukur kepada Allah SWT, walaupun berdepan cabaran untuk sampai ke Kabul, namun amanah ini berjaya dilaksanakan dengan lancar hari ini.

"Sebanyak 300 lagi bakul makanan tambahan akan diagihkan kepada penduduk di pinggir bandar Kabul esok menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 650 bakul makanan,@ katanya.

Beliau berkata, MCM yang memegang slogan [Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan' akan terus berusaha menyalurkan bantuan ke negara itu yang berdepan krisis kebuluran serius.

"Lebih 22 juta rakyat Afghanistan menghadapi krisis makanan serius pada musim sejuk yang akan bermula tidak lama lagi," katanya,

Melalui misi kemanusiaan di Afghanistan itu, MCM turut menyalurkan bantuan bakul makanan kepada 60 penduduk miskin sekitar wilayah Herat, Afghanistan pada Ahad lalu,

Sumbangan disalurkan melalui kerjasama dengan pertubuhan kebajikan Ehsas Welfare And Social Services Organization di Afghanistan.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 9:08am








[size=0.95]






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 5154 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9242 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047740 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list