View: 2133|Reply: 6
|
Pengantin lelaki kemaruk berjoget dengan penyanyi dangdut
[Copy link]
|
|
Kedua-dua mereka kelihatan asyik menari di pentas perkahwinan sehinggakan pengantin perempuan dilihat memandang ke arah suaminya dengan wajah menahan marah. – TikTok
Pengantin lelaki kemaruk berjoget dengan penyanyi dangdut
JAKARTA – Sebuah video memaparkan aksi seorang pengantin lelaki sedang asyik berjoget dan menyanyi bersama penyanyi dangdut menjadi tular di TikTok lantaran reaksi pengantin perempuan yang kelihatan menahan marah kerana tingkah laku suaminya, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi klip video yang dikongsikan itu, pengantin lelaki dilihat sedang menyanyi dan menari bersama seorang penyanyi dangdut yang dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinannya.
Kedua-duanya kelihatan asyik menari di pentas majlis perkahwinan sehinggakan pengantin perempuan dilihat memandang ke arah suaminya dengan wajah menahan marah sambil bercekak pinggang.
“Isterinya hanya mampu tersenyum dan menahan marah kerana ramai tetamu yang hadir,” tulis keterangan pada video tersebut.
Pada penghujung video, ibu pengantin perempuan secara tiba-tiba naik ke atas pentas dan merampas mikrofon daripada menantunya lantas menyanyi bersama-sama penyanyi wanita tersebut.
Pengantin lelaki berkenaan kelihatan malu dengan tindakannya, lantas beredar dan mengambil makanan untuk dijamah. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... n-penyanyi-dangdut/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah hari pertama dah nampak bunga sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi lagi lawa dari bini mau x naik daun hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki tu lupa kot tu majlis dia |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 17-11-2021 10:01 AM
penyanyi lagi lawa dari bini mau x naik daun hahahahaha
Plot Twist: pnyanyi tu crush dia hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin hobi pengantin lelaki ini berjoget dan menyanyi |
|
|
|
|
|
|
| |
|