CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1209|Reply: 0

[Pahang] Kadar kemajuan projek ERCL capai 25.09 peratus

[Copy link]
Post time 13-11-2021 02:05 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Shahar (tengah) bersama pemenang pada majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi 'discover' ECRL Paya Besar di pusat khidmat rakyat Paya Besar, Jalan Bypass pada Sabtu.

KUANTAN - Kadar kemajuan keseluruhan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada 2026 kini telah mencapai 25.09 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan kemajuan projek berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Ini adalah satu prestasi yang cukup baik dari segi kemajuan projek ECRL.

Setakat ini, masih ada 75 peratus lagi baki projek pembangunan projek ECRL dalam tempoh lima tahun.

"Jadi, kita (Kementerian Kewangan) dan kerajaan Persekutuan optimis untuk memastikan projek ECRL disiapkan seperti dijadualkan iaitu pada Disember 2026," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas berakhirnya majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi 'discover' ECRL Paya Besar di pusat khidmat rakyat Paya Besar, Jalan Bypass pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Datuk Seri Darwish Abdul Razak dan Pengarah Urusan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC- ECRL), Kong Qi.

Mohd Sharkar berkata, terdapat tujuh stesen ECRL akan dibina di Pahang dan pembinaan laluan itu termasuk dalam di kawasan Parlimen Paya Besar

Menurutnya, laluan ECRL itu nanti dijangka dapat memacu industri pelancongan di Paya Besar dan seterusnya menjadikan kawasan rekreasi popular sebagai destinasi pelancongan utama.

"Antara yang menjadi tempat tarikan pelancong termasuk Air Terjun Sungai Pandan, Bukit Panorama, Gua Charas dan Taman Eko Jerangkang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, rangkaian rel ECRL sepanjang 665 kilometer merangkumi stesen penumpang dan kargo di Paya Besar dijangka merancakkan lagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan perjalanan dan hospitaliti, menggalakkan perniagaan, peluang pelaburan serta meningkatkan prospek pekerjaan yang bersesuaian dengan penduduk tempatan.

"Paya Besar akan menjadi lebih menarik dengan adanya sokongan infrastruktur rel yang moden dan efisien yang dapat merangsang penumbuhan sosioekonomi bagi masyarakat bandar dan separa bandar di Panching, Lepar dan Sungai Lembing," katanya.

Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, perjalanan masyarakat tempatan akan menjadi lebih mudah dengan adanya stesen ECRL Paya Besar yang terletak di kawasan strategik.

"Stesen itu terletak bersebelahan dengan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Residensi Gambang 3 dan hanya jarak berjalan kaki ke kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang.

"Masyarakat Paya Besar boleh menggunakan perkhidmatan ECRL melalui stesen ECRL KotaSAS di Bandar Baru Kuantan yang terletak berhampiran dengan Paya Besar," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -capai-2509-peratus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.169171 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list