CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 1

[Pulau Pinang] APM perlu aset logistik tambahan hadapi bencana

[Copy link]
Post time 8-11-2021 08:53 PM | Show all posts |Read mode
APM perlu aset logistik tambahan hadapi bencana[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - November 8, 2021 @ 3:13pm[email protected]


Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika demonstrasi mencari dan menyelamat mangsa banjir dalam norma baharu di Jeti Nelayan Kampung Terus, Kubang Semang. - Foto NSTP/DANIAL SAAD




BUKIT MERTAJAM: Angkatan Pertahanan Awam (APM) memerlukan pelbagai aset logistik, terutamanya kenderaan bagi melancarkan operasi menyelamat dalam bencana alam.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab, berkata pihaknya memerlukan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan pergerakan ke kawasan terpencil, selain lori bersaiz tiga tan dan bot bersaiz kecil.

Ketika ini, katanya, APM meminta bantuan logistik daripada daerah atau negeri jiran setiap kali berlakunya bencana terutamanya di kawasan terpencil.

"Dari segi keanggotaan, APM tidak mempunyai masalah. Kita mempunyai anggota yang mencukupi. Tambahan pula, penugasan anggota di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pengurusan jenazah COVID-19 serta sekatan jalan raya (SJR) sudah semakin berkurangan.

"Oleh itu, anggota ini sudah boleh digerakkan untuk operasi lain. Namun, dari segi logistik, kita masih memerlukan pelbagai aset," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti demonstrasi mencari dan menyelamat mangsa banjir mengikut norma baharu di Jeti Kampung Terus, Kubang Semang, di sini, hari ini.

Terdahulu, Roslan juga mengikuti kayuhan kesiapsiagaan serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di sekitar kampung berkenaan.

Ketika ini, APM mempunyai 15,000 hingga 20,000 anggota yang boleh digerakkan di seluruh negara jika berlaku sebarang kejadian bencana alam seperti banjir.

Mengulas mengenai demonstrasi menangani bencana banjir mengikut norma baharu, Roslan berkata, anggota didedahkan kepada kaedah menyelamatkan mangsa banjir dalam dua situasi yang berbeza iaitu mangsa biasa dan mangsa yang menjalani kuarantin akibat COVID-19.

"Mangsa ini juga ditempatkan dalam khemah berbeza di lokasi penempatan banjir bagi mengelakkan jangkitan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2021 08:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.319640 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list