View: 671|Reply: 0
|
[Sarawak]
Tiga along didenda kerana beri pinjaman wang secara haram
[Copy link]
|
|
MIRI: Tiga along masing-masing didenda antara RM7,000 hingga RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana memberi pinjaman wang secara haram.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Md. Syafique Md. Hilmie setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan ketiga-tiga tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentingan awam.
Mohamad Shahfuddin Bujang, 36; Bibie Nur Atiqah Cheah Abdullah, 32; dan Tang Bing Soon, 30, kesemuanya dari Bandar Baru Permyjaya di sini didakwa mengikut Seksyen 29AA (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Menurut keterangan, ketiga-tiga tertuduh didapati telah membantu aktiviti pemberi pinjaman wang tidak berlesen.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 6.50 petang, 2 November lalu di hadapan sebuah rumah di Jalan Melor 3, Lutong.
Hasil siasatan lanjut yang dilakukan pihak polis, ketiga-tiga tertuduh mengaku terlibat dalam aktiviti perniagaan pemberi pinjaman wang secara haram dengan tertuduh pertama berperanan sebagai pengutip hutang, tertuduh kedua sebagai penyelia dan yang ketiga selaku majikan.
Semakan lanjut yang dilakukan di Pejabat Residen Bahagian Miri juga mendapati nama ketiga-tiga tertuduh tidak tersenarai dalam senarai Pemberi Pinjam Wang Berlesen.
Bagi kesalahan itu, Shahfuddin dan Bibie masing-masing didenda RM7,000 atau tujuh bulan penjara. ManakalaTang didenda RM12,000 atau 12 bulan penjara.
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.
utusanborneo.com.my/2021/11/08
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|