CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 0

[Sabah] Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama

[Copy link]
Post time 8-11-2021 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama – Shahelmey


KOTA KINABALU: Kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama semua pihak di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata kementeriannya menghargai  keprihatinan masyarakat dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak yang juga merupakan golongan sasar di kementerian tersebut.

“Kanak-kanak merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa depan negara. Ketika ini banyak isu-isu yang melibatkan kanak-kanak di media sosial.

“Ini termasuklah menjadi mangsa penderaan, jenayah yang melibatkan kanak-kanak dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Negeri Sabah sesi 2021-2023 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini semalam.

Shahelmey berkata, pihaknya meminta agar masyarakat untuk terus menjadi mata dan telinga kepada kementeriannya agar kejadian seumpama itu dapat ditangani.

Katanya, kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak dalam segala aspek kehidupan adalah amat penting dan perlu diberi perhatian.

“Setiap lapisan masyarakat perlu peka terhadap keperluan kanak-kanak serta mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut berharap agar PPKK dan PKKK akan dapat terus bergiat aktif dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuan dan perlindungan.

“Saya amat berharap agar setiap PPKK dan PKKK akan dapat menjalankan fungsi dan peranan masing-masing  sebagai sebuah komuniti untuk membantu Kementerian menggalas tanggungjawab dalam membantu kanak-kanak dapat diperkasakan,” katanya.

Sebagai rekod, PPKK merupakan pasukan  yang membantu kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera seperti mangsa rogol, mangsa penderaan dan lain-lain.

Manakala PKKK pula merupakan pasukan yang membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial seperti masalah ketagihan dadah, melakukan jenayah, lari dari rumah dan lain-lain.


sabahmedia.com/2021/11/07


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.038372 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list