KUCHING: Beberapa perkara sedang diperhatikan oleh rakyat Sarawak berkaitan dengan PRN-12.
Pertama, bilakah SPR akan mengadakan mesyuarat khas? Mesyuarat khas itu perlu untuk menentukan beberapa tarikh penting berkaitan PRN itu.
Memandangkan DUN Sarawak telah terbubar dengan automatik pada 3 Nov lalu susulan penarikan balik Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tarikh-tarikh penting yang akan ditentukan adalah seperti berikut: - Bilakah hari penamaan calon?
- Bilakah hari mengundi awal?
Untuk rekod, DUN Sarawak telah dibubarkan pada 11 April 2016.
SPR mengadakan mesyuarat khas pada 14 April 2016. Hari penamaan calon adalah pada 25 April 2016, hari mengundi awal pada 3 Mei 21016, dan hari mengundi pada 7 Mei 2016.
Jumlah kerusi yang dipertandingkan bagi PRN-11 ialah 82, selepas 11 kerusi baharu diluluskan.
sarawakvoice.com/2021/11/08
|