TINJAU: Anggota Rela Platun 007 Ranau sedang memantau beberapa lokasi berlaku tanah runtuh jalan Ranau-Tambunan.
RANAU: Komitmen tinggi anggota RELA Platun 007 Ranau menjalankan tanggungjawab diamanakan adalah amat penting meskipun tugas mereka dikategorikan sebagai 'Berkhidmat Sukarela' tanpa mengira lokasi bertugas, cuaca, siang atau malam.
Baru-baru ini, seramai 10 anggota RELA platun itu mengadakan Rondaan Keselamatan pengguna sepanjang jalan raya antara Ranau-Tambunan.
Rondaan itu mendapati beberapa lokasi jalan berkenaan mulai mengalami tanah runtuh berikutan hujan beberapa hari yang lalu dan berbahaya kepada para pengguna.
Ketua Platun 007 Isman Bin Kamil 44, ketika ditemui memberitahu anggota platunnya yang juga ahli berlesen Radio Amatur 9W6 dan 9M6 daripada Kelab Radio Harts Ranau, sentiasa bergerak aktif bagi mempastikan keselamatan para pengguna.
"Kami bertugas secara ikhlas dan sukarela tanpa mengharapkan imbuhan atau gaji," katanya ketika ditemui selepas memantau jalan Ranau-Tambunan dekat Kg.Tungou Ranau. Katanya, kerosakan jalan yang dikenal pasti akan dilaporkan kepada Pegawai Rela Daerah (PRD) untuk tindakan lanjut.
Beliau juga menyarankan kepada para pengguna jalan raya antara Ranau-Tambunan agar lebih berhati-hati kerana masih terdapat lokasi yang menpunyai tanda-tanda mudah berlaku tanah runtuh.
utusanborneo.com.my/2021/11/07
|