CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 5

[Sabah] PM Ikrar Keluarkan Sabah Dari Kemiskinan

[Copy link]
Post time 7-11-2021 10:04 AM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikrar untuk membangunkan Sabah dan mengeluarkan negeri itu daripada kategori negeri miskin.

Katanya, itu antara fokus beliau selaku Perdana Menteri dan perkara itu sebenarnya sudah dilakukannya sejak memegang jawatan Menteri Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini.

“Waktu saya Menteri Luar Bandar pun saya tumpukan Sabah, waktu saya jadi Perdana Menteri pasti saya akan menumpukan Sabah… Insya-Allah Bung, kita pastikan kita akan keluarkan Sabah daripada kemiskinan, negeri yang disebut salah satu negeri miskin di Malaysia,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Pimpinan Masyarakat Daerah Sandakan bersama Perdana Menteri, di Sandakan, pada Jumaat.

Ismail Sabri juga berkata, pihaknya akan menumpukan kepada kelancaran pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Jelas beliau, ia termasuk mempertimbangkan penyaluran peruntukan pembinaan projek itu dengan kaedah inisiatif kewangan swasta (PFI).

“…Kita juga memberi fokus sekarang ni, fokus untuk membangunkan Pan Borneo. Tadi saya baru dapatkan maklumat daripada Menteri Kewangan, kita tidak tidak akan berhenti di situ sahaja.

“Pastinya kita akan sambung projek Pan Borneo ni sampai selesai… kalau tiada bajet seperti Bung cakapkan, secara PFI pun kita akan laksankan,” katanya lagi.

Ujarnya, perkara itu diajukan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan pihaknya akan mencari kaedah untuk melaksanakannya.

Terdahulu, peruntukan Lebuhraya Pan Borneo disalurkan sepenuhnya pihak kerajaan sejak dimulakan pembianannya pada tahun 2016.

Bagaimanapun, peruntukan yang diberikan diambil daripada belanjawan tahunan dan ia akan mengambil masa yang lama untuk siapkan projek berkenaan jika kaedah pendanaan berkenaan diteruskan.

Oleh itu, Bung Moktar mencadangkan agar kaedah PFI digunakan bagi pembinaan projek mega berkenaan. – AWANI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2021 10:09 AM | Show all posts
Lama juga projek Pan Borneo... last time try jalan pan, boleh tahan gak Kelisa terhentak sana sini. Tu pun masa Pan masih under construction. Tak sabar nak tunggu Pan Borneo Highway siap. Harap ada RnR macam di Semenanjung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2021 10:11 AM | Show all posts
Rockafella replied at 7-11-2021 10:09 AM
Lama juga projek Pan Borneo... last time try jalan pan, boleh tahan gak Kelisa terhentak sana sini.  ...
balit Kuching riya ...

masih macam nait kuda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 10:13 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-11-2021 10:11 AM
balit Kuching riya ...

masih macam nait kuda

Jalan belum siap sis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2021 10:20 AM | Show all posts
ntah bila la maok  siap ...

sakit tulang belakang nait kuda
sik pernah2 mabuk pun hampir mabuk bila sampai rumah ...

harap Perdana Menteri tak lupa kan Sarawak juga ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 02:57 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-11-2021 02:11 AM
balit Kuching riya ...

masih macam nait kuda

jalan tatau selangau dah ok tapi ready jak plastik k munt..

jalan pesisir kuala nyalau - suai sama juak banyak lubang sana sini
suai-niah-miri ok dah
jalan lamak pan borneo btu miri pun belum siap juak

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053187 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list