CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 662|Reply: 1

[Pulau Pinang] 11 perempuan, remaja ditahan polis sertai parti liar

[Copy link]
Post time 6-11-2021 09:57 PM | Show all posts |Read mode
11 perempuan, remaja ditahan polis sertai parti liar[size=0.8][size=0.9]Audrey Dermawan
[email protected]




Georgetown: Remaja antara antara 26 orang yang ditahan dalam serbuan selepas disyaki mengadakan parti liar di sebuah unit kondominium mewah di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, pihaknya menyerbu kondominium itu pada 1.30 pagi selepas menerima maklumat mengenainya.

Menurutnya, terdapat seramai 26 orang di kondominium itu termasuk 11 perempuan berusia antara 13 hingga 21 tahun.

"Siasatan juga mendapati mereka menyewa kondominium pada harga RM500 sehari melalui media sosial untuk mengadakan parti itu.

"Soal siasat turut mendapati setiap perempuan itu dikenakan bayaran RM30 seorang, manakala lelaki pula perlu membayar RM50 untuk hadir ke parti terbabit," katanya.

Menurut Rahimi, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka itu negatif dadah.

Katanya, pihaknya menyita peralatan audio dalam serbuan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 ​​Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Kami berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi kami maklumat berkaitan parti itu.

"Kami mengalu-alukan orang ramai untuk terus bekerjasama dengan polis dalam usaha memerangi jenayah," katanya.

Disiarkan pada: November 6, 2021 @ 8:45pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 10:08 PM | Show all posts
PARTI BUIH KAAA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051545 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list