CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 1

[Kedah] Senarai eKasih jalani pemutihan

[Copy link]
Post time 6-11-2021 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Senarai eKasih jalani pemutihan[size=0.8]Oleh M Hifzuddin Ikhsan - November 6, 2021 @ 4:44pm[email protected]


Gambar hiasan



SIK: Pangkalan data sistem eKasih seluruh negara akan menjalani proses pemutihan bagi memastikan hanya individu dikategori sebagai miskin dan miskin tegar kekal dalam senarai berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata proses yang dijangka siap tahun hadapan itu adalah selaras keputusan kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2025.

Jelasnya, langkah itu juga penting bagi memastikan hanya individu yang layak mendapat bantuan menerimanya serta mengelak berlaku keciciran kepada individu lain.

"Pangkalan data eKasih ini penting kerana kebanyakan bantuan kerajaan disalurkan melalui senarai ini, jadi ia perlu menjalani proses pemutihan agar maklumatnya sentiasa tepat.

"Selain itu, kerajaan negeri juga dicadang menubuhkan Unit Kemiskinan Khusus bagi membolehkan program pembasmian kemiskinan tegar secara bersepadu dapat dilaksana di setiap daerah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja ke daerah ini termasuk melawat FELDA Teloi Timur serta menemui penerima bantuan program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA).

Setakat 22 Oktober lalu, terdapat seramai 506,669 individu tersenarai dalam pangkalan data eKasih membabitkan 262,632 dikategori sebagai miskin tegar dan 244,037 sebagai miskin.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, bagi memastikan sasaran penghapusan miskin tegar menjelang 2025 berjaya dicapai, kerajaan negeri diminta mengenal pasti kawasan yang masih mengalami masalah itu ketika ini.

"Setiap kerajaan negeri diminta memberi nama dua daerah termiskin bagi dilaksanakan program rintis membasmi kemiskinan tegar secara holistik dan bersepadu membabitkan semua pihak.

"Kedah sendiri mencadangkan program ini dilaksana di Sik dan kita masih berbincang lanjut mengenai kawasannya secara tepat dan program yang bakal dilaksana," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tinjauannya ke FELDA Teloi Timur, beliau berkata terdapat beberapa masalah yang dihadapi peneroka penempatan itu yang perlu diberi perhatian segera.

Katanya, antara yang perlu diselesaikan adalah berkaitan isu infrastruktur dan harga getah yang rendah menyebabkan peserta terpaksa hidup dalam keadaan sukar.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2021 07:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058926 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list