CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

[Kedah] 'Jangan tunggu air masuk rumah, baru nak pindah'

[Copy link]
Post time 5-11-2021 10:05 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan tunggu air masuk rumah, baru nak pindah'[size=0.8][size=0.9]Safuri Kamarudin
[email protected]


Superitendan Shamsudin Mamat melawat rumah mangsa banjir di Baling. FOTO IHSAN PDRM.



Baling: Polis menasihatkan keluarga terdedah dengan banjir supaya segera berpindah ke tempat selamat bagi mengelakkan mereka terperangkap.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, penduduk di kawasan rendah dan di tepi sungai dinasihatkan supaya bersedia untuk berpindah jika mendapati air sungai melimpah ke kawasan penempatan mereka.

"Jangan tunggu air masuk ke rumah, baru hendak berbuat sedemikian kerana ia menyukarkan kerja pemindahan dan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada semua pihak.

"Mereka tidak perlu menangguh untuk berpindah sehingga air masuk dalam rumah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, polis memberi jaminan mangsa banjir tidak perlu khuatir dan bimbang rumah mereka dimasuki pencuri meskipun mereka berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disediakan.

Menurutnya, anggota polis akan membuat membuat rondaan lebih kerap ke kawasan dilanda banjir bagi mengelakkan rumah mereka dipecah dan dimasuki penjenayah.

"Unit Ronda Bermotosikal (URB) akan memasuki kampung dilanda banjir bagi memastikan tidak berlaku kes jenayah pecah rumah dan kecurian harta benda.

"Mangsa banjir tidak perlu bimbang kerana anggota polis akan membuat rondaan kerap ke kawasan banjir dan sentiasa ada di mana-mana untuk membanteras jenayah," katanya.

Beliau berkata, mangsa banjir perlu memastikan dokumen penting selain barangan kemas dan duit dibawa bersama semasa berpindah ke PPS.

Katanya, mereka perlu memaklumkan status kesihatan kepada petugas supaya memudahkan pihak berkenaan membuat pengasingan untuk mengelak risiko jangkitan Covid-19.

Sementara itu, Shamsudin berkata, hujan lebat berterusan mengakibatkan kejadian cerun runtuh di Jalan Kampung Lahar Bongor-Telok Durian di sini, Rabu lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemalangan dilaporkan dan orang ramai tidak dibenarkan melalui laluan berkenaan sehingga kini.

"Pengguna diminta tidak menggunakan jalan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini. Mereka boleh menggunakan laluan alternatif untuk ke kampung berdekatan.

"Sehingga hari ini, jalan berkenaan masih ditutup sepenuhnya kepada pengguna berikutan ia didapati tidak selamat dan berbahaya.

"Pihak berkenaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat pemantauan dari sudut struktur tanah di kawasan itu dan akan memaklumkan tindakan selanjutnya," katanya.

Disiarkan pada: November 5, 2021 @ 4:38pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.258419 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list