|
Hanya 15 hotel di Negeri Sembilan ada sijil halal
SYAMILAH ZULKIFLI | | 05 November 2021
Hanya 15 buah hotel di Negeri Sembilan mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
SEREMBAN - Hanya 15 buah hotel di Negeri Sembilan mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Senarai hotel berkenaan dikongsi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menerusi laman Facebook rasminya pada Jumaat.
Daripada jumlah hotel disenaraikan, 13 di Port Dickson iaitu Admiral Marina Hotel Berhad, Akar Beach Resort, Avillion Port Dickson, The Grand Beach Resort, D'warf Hotel dan Service Residence.
Selain itu turut disenaraikan iaitu Grand Lexis Port Dickson, Lexis Port Dickson, Ancasa Residence Port Dickson, Thistle Port Dickson Resort, Corus Paradise Resort Port Dickson, The Guest Hotel & Spa Sdn Bhd dan Klana Beach Resort Port Dickson.
Dua hotel di Seremban yang mempunyai sijil halal iaitu Sutera Hotel Sdn Bhd dan Nilai Spring Resort Hotel.
Dalam pada itu JHEAINS turut menyenaraikan 12 rumah sembelihan yang memiliki SPHM.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lan-ada-sijil-halal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|