CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 0

[Kedah] Siakap RM1,196.80: Pemilik restoran beri penjelasan

[Copy link]
Post time 5-11-2021 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 5-11-2021 07:46 PM

Siakap RM1,196.80: Pemilik restoran beri penjelasan[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - November 5, 2021 @ 6:05pm[email protected]


Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa (kanan) menunjukkan kepada penguat kuasa KPDNHEP saiz siakap yang hampir sama dengan dipesan pelanggan yang menularkan resit apabila dikenakan harga RM1,196.80. - NSTP/HAMZAH OSMAN
LANGKAWI: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di sini, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan menularkan harga ikan siakap di restorannya yang didakwa terlampau mahal.

Beliau turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit menyebarkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga dikenakan pada hari kejadian.

"Saya betul-betul tak sangka sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak. Ketika ambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan itu besar, sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan," katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park, di sini semalam.

Menafikan sekeras-kerasnya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik COVID-19, Norasyikin berkata, beliau dan pekerjanya tidak pernah berbuat demikian sepanjang lapan tahun mengusahakan restoran itu.

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di Langkawi, Norasyikin Musa. - NSTP/HAMZAH OSMAN


"Ketika ambil pesanan, pelanggan akan diberitahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas. Dalam kes yang tular itu, selepas selesai makan, kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang pun berjumpa saya untuk bertanya mengenai harga yang dikenakan.

"Ketika melangkah meninggalkan restoran pun, mereka tidak cakap apa-apa mengenai harga dikenakan ke atas ikan siakap dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu. Sebenarnya, ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram, berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran," katanya.

Sejak kelmarin, tular resit dimuat naik di laman sosial oleh pelancong ke Langkawi yang dikenakan harga RM1,196.80 untuk hidangan makan tengah hari ikan siakap seberat 7.48 kilogram di sebuah restoran terapung di pulau peranginan berkenaan.

Berdasarkan perincian pada resit berkenaan, jumlah keseluruhan bil, termasuk makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50.

Sementara itu, empat penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut melakukan siasatan di restoran itu, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya mengumpul maklumat kejadian itu daripada pengadu serta peniaga dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042355 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list