CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Kedah] Tanah runtuh di Baling disebabkan hujan lebat

[Copy link]
Post time 5-11-2021 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Tanah runtuh di Baling disebabkan hujan lebatOleh Safuri Kamarudin - November 5, 2021 @ 11:17am[email protected]


Jalan Kampung Lahar Bongor-Telok Durian ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku runtuhan tanah akibat hujan lebat. - Foto ihsan pembaca




BALING: Hujan lebat berterusan dipercayai menyebabkan mendapan dan tanah runtuh di Jalan Kampung Lahar Bongor-Telok Durian, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata hujan lebat sejak minggu lalu menyebabkan kawasan lereng bukit menjadi tidak stabil, sebelum berlaku runtuhan cerun.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan dilaporkan dengan orang ramai tidak dibenarkan melalui laluan itu sehingga kini.

"Pengguna diminta tidak menggunakan jalan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan mereka boleh menggunakan laluan alternatif untuk ke kampung berdekatan.

"Sehingga kini, jalan itu masih ditutup sepenuhnya kepada pengguna kerana ia didapati tidak selamat dan berbahaya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsudin berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melakukan pemantauan ke atas struktur tanah di kawasan terbabit dan akan memaklumkan tindakan selanjutnya jika berlaku lagi pergerakan tanah.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.237896 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list