[size=0.8]Izad Thaqif Hassan - November 5, 2021 @ 12:16am[email protected]
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak di Changlun, dekat sini, malam tadi.
Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Jitra.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata mangsa sebelum itu dikatakan cuba melarikan diri dari pusat pemulihan berkenaan.
"Mangsa kemudian berjaya ditahan dan siasatan lanjut mendapati dia kemungkinan dipukul serta berlaku kekerasan terhadapnya.
"Setakat ini, seorang suspek iaitu pengawal pusat pemulihan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, terdapat kesan lebam di leher dan dada serta kesan cakar di bawah dagu mangsa.