|
Edited by boca120879 at 8-11-2021 02:01 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Hafs bin Ghiyats, daripada Dawud, daripada asy-Sya'bi, daripada Masruq, daripada Aisyah,
Aisyah berkata,
"Wahai Rasulullah,
Ibnu Jud'an (kerabat Aisyah) pada masa jahiliyyah,
selalu merapatkan silaturrahim
dan memberi makan pada orang miskin.
Apakah itu memberikan manfaat untuknya?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Tidak. Itu tidak memberinya manfaat,
kerana dia belum mengucapkan,
"Rabbku, ampunilah kesalahanku
pada hari pembalasan."
(Hadith Muslim no. 315)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
|