CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 1

[Kedah] Harga ikan, hasil laut dijangka meningkat

[Copy link]
Post time 3-11-2021 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Harga ikan, hasil laut dijangka meningkat[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 3, 2021 @ 10:29am[email protected]


Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari. - NSTP/ARKIB



ALOR SETAR: Harga ikan dan hasil tangkapan laut di seluruh negara dijangka meningkat berikutan fenomena air pasang besar yang diramal melanda bermula esok.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari, berkata peningkatan harga yang dijangka itu bagaimanapun hanya membabitkan ikan segar yang sentiasa mendapat permintaan tinggi sedangkan nelayan tidak dapat ke laut.

"NEKMAT dan kebanyakan pembekal ikan sudah melakukan persediaan dengan menyimpan stok ikan sejuk beku bagi menampung permintaan pengguna. Ikan sejuk beku dijual pada harga biasa, malah jauh lebih murah berbanding ikan segar sedangkan kualitinya sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan nelayan bot kecil tidak ke laut ketika fenomena air pasang besar kerana boleh mengundang bahaya, manakala nelayan bot besar pula perlu sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan memastikan alat kelengkapan dalam keadaan baik.

Nelayan bot kecil dinasihatkan tidak ke laut ketika fenomena air pasang besar. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Abdul Hamid berkata, keadaan laut tidak menentu dan ombak dijangka setinggi tiga meter boleh mengakibatkan bot kecil terbalik.

"Semua nelayan di negara ini diminta berhati-hati. Jika boleh, nelayan bot kecil tidak perlu turun ke laut sepanjang tempoh air pasang besar. Dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, ia boleh mengundang bahaya kepada nelayan," katanya.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, air pasang besar di Kedah dijangka bermula esok dengan ombak diramal mencapai 2.9 meter pada Jumaat dan 3.1 meter pada Sabtu sebelum mulai reda pada Ahad.

Antara kawasan di Kedah yang dijangka terkesan adalah pesisir pantai Kuala Muda, Kuala Kedah, Yan dan Langkawi.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 12:50 PM | Show all posts
ye ye i faham u nak naikkan harga ikan kan..kan kannn...ok noted
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046486 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list