CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1137|Reply: 0

[Pulau Pinang] 135 penguat kuasa KPDNHEP tinjau harga barang

[Copy link]
Post time 2-11-2021 09:57 PM | Show all posts |Read mode
135 penguat kuasa KPDNHEP tinjau harga barang
| | 02 November 2021


Mohd Ridzuan Ab Ghapar (kanan) melakukan pemeriksaan ketika tinjauan operasi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Pasar Awam Chowrasta pada Selasa.


GEORGETOWN - Sebanyak 135 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang dikerah sejak kelmarin untuk meninjau harga barang mentah berikutan pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Deepavali Khamis ini.


Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, pemantauan dijalankan di pasar, pasar raya serta kedai runcit di seluruh negeri bagi memastikan semua peniaga tidak mengambil kesempatan ketika musim perayaan ini.


Menurutnya, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dilaksanakan mengikut kesesuaian harga pasaran semasa.


"Harga barangan juga mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi harga di negara asal, perubahan mata wang, peningkatan kos utiliti penternak dan mesyuarat bersama pemborong dan penternak,” katanya kepada pemberita selepas program walk about SHMMP Deepavali di Pasar Chowrasta di sini pada Selasa.


Katanya, terdapat 11 barang mentah telah disenaraikan sebagai harga terkawal bagi tempoh 1 hingga 7 November sempena perayaan Deepavali yang disambut pada Khamis ini termasuk ayam super, ayam hidup, ayam standard, telur ayam gred A, B dan C, daging kambing biri-biri import bertulang, cili merah, tomato, kelapa biji dan kelapa parut.


Beliau juga memberi amaran kepada peniaga supaya meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi harga barangan tersebut dan tidak cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan.


Beliau berkata, individu yang gagal meletakkan tanda harga merah jambu boleh dikenakan denda RM10,000 atau dikompaun hingga RM5,000 manakala syarikat boleh dikenakan denda hingga RM20,000 atau dikompaun hingga RM10,000.


Kesalahan gagal meletakkan tanda harga pula boleh menyebabkan individu didenda hingga RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya atau dikompaun hingga RM25,000 manakala syarikat boleh didenda hingga RM100,000 atau dikompaun hingga RM50,000.- Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tinjau-harga-barang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045919 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list