CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 0

[Sarawak] GPS hormat dan bukan mengelak Undi18

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:35 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) menafikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) cuba mengelak pelaksanaan Undi18 dengan desas-desus ingin mengadakan pilihan raya negeri sebelum tamat darurat.

Tegas beliau, kerajaan GPS menghormati Undi18 apatah lagi pindaan Perlembagaan Sarawak bagi membolehkan mereka yag berumur 18 menjadi pengundi adalah dibuat oleh kerajaan GPS.

“Saya ini serba salah. Waktu ini adalah waktu kecederaan dan sekiranya kami masih 'berlari', orang kata kenapa masih mahu jadi Ketua Menteri sedangkan mandat sudah tidak ada.

“Kalau kita beri mandat kepada rakyat supaya pilih kerajaan, kononnya pula takut dengan Undi18,” katanya pada sidang media selepas program Meet in Malaysia @ Sarawak sempena pelancaran Kuching-Hybrid City Alliance di sini hari ini.

Abang Johari yang juga pengerusi GPS berkata lagi, kerajaan pimpinannya menghormati Undi18 dan pada masa sama memerlukan mandat baharu dari rakyat selari dengan demokrasi.

Katanya tiada sebab untuk kerajaan GPS takut akan Undi18 kerana pindaan Perlembagaan Negeri bagi menurunkan umur pengundi daripada 21 kepada 18 dibuat oleh GPS.
“Kami sekarang sudah tamat tempoh dan menunggu sepakan penalti,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada pilihan raya negeri Melaka akan menjadi indikator kepada pilihan raya negeri Sarawak kelak, Abang Johari berkata ia terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pada masa ini kita masih dalam darurat. Jika darurat dimansuhkan kita boleh tentukan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.045940 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list