CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2050|Reply: 5

Saya rasa macam tidak dihormati – Raja Farah scene rogol

 Close [Copy link]
Post time 20-10-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Saya rasa macam tidak dihormati – Raja Farah



KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, 34, tidak menolak, berasa malu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri orang apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak jahat merangkumi babak rogol dengan salah seorang menyebut namanya.

Menurut Farah, perkara tersebut tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata telah memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka aib.

“Saya sangat terkesan.Terasa dibuka ain dan rasa macam tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap isu ini.

“Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburukkan keadaan.Saya dan suami berlapang dada.

“Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa. Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,”katanya.

Farah berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik malam tadi di Instagram bagi memberi maklum balas terhadap tularnya rakaman video sebuah program televisyen yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dan membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan mereka.

Menerusi video tersebut, Fauzi Nawawi, dilihat menceritakan mengenai babak rogol dalam filem berjudul Anak Halal yang membabitkan Raja Farah sebagai pelakon wanita namun babak tersebut terpaksa dipotong atas permintaan ibu bapanya.
Rakaman program tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial dan tular di Tik Tok dengan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna.

Selain Farah, menerusi kenyataan dalam video di Instagram yang sama turut menyaksikan suaminya, Iskandar Ismail, meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan pelakon lelaki tersebut yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan.

Menurut Iskandar, secara peribadi, topik itu tidak wajar dibentangkan kerana disifatkan tidak menjaga aib dan kehormatan kaum wanita secara keseluruhannya.

“Nak dijadikan cerita, ia terkena pada isteri saya. Atas faktor menjaga kehormatan wanita, tak boleh buat begitu.Maksudnya, saya faham yang awak nak cerita tentang karya seni dan bagaimana pengalaman sinematik filem itu. Kami faham sebab isteri saya pun berlatar belakangkan anak seni.

“Tapi memberikan nama secara spesifik, lagi pula menceritakan babak yang saya rasa salah untuk diperkatakan, ia tentang aib dan kehormatan wanita. Apatah lagi, wanita itu sudah berkahwin, rasanya tidak sesuai dan salah dari semua peringkat.

“Tak patut kita ungkapkan hal begitu, lagi pula wanita Muslim, dari sudut budaya bahkan agama pun ia tidak patut,”katanya.
Tambah Iskandar lagi, sebagai suami, dia juga terpaksa menyuarakan hal ini walaupun berasa kekok dan tidak perlu dari awalnya.

“Bagi saya, orang yang bercakap itu, umpama orang jahil. Tak mungkin dia ungkapkan perkara itu kepada adik perempuannya, kakaknya atau kepada ibunya. Saya rasa jelas. Kalau orang buat begitu pada ahli keluarganya, tentu dia pun tak setuju,”katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua mereka tidak berharap si pelaku tampil memohon maaf sebaliknya mahu menutup kisah ini agar tidak berlanjutan menjadi fitnah.

Malah, Iskandar juga mendoakan agar pihak terbabit yang mungkin telah terlepas kata atau jahil menyesali apa yang dilontarkan.

“Berdoalah pada Allah SWT agar fitnah ini tidak berterusan lagi. Kita tak nak orang terus mencemuh. Kita faham ia satu kesilapan dan kita pun nak teruskan kehidupan.Allah SWT lebih mengetahui akan apa yang telah berlaku,”katanya.

Raja Farah dan Iskandar diijabkabulkan pada 6 September 2015. Ia adalah perkahwinan kedua pelakon Apa Kata Hati dan Aku Masih Dara itu.

Sumber:https://www.utusan.com.my/terkin ... hormati-raja-farah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari tiktok ke twitter. Aku tgk pun tak sanggup nk retweet
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 10:59 AM | Show all posts
Dah kenapa nak kenang2 babak yg dah dipotong?? Betul jugak mcm xmenghormati org lain... seronok ke buat aksi gitu?  Fauzi Nawawi ni husbandnya Lisdawati tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama melayu suka naw babak rogol, berpeluk², tido atas katil laki pompuan..tak kreatif langsung..kalau ko tunjuk gerudi pun penonton dah paham kenapa..x perlu la nak naik kat badan org..org lelaki mmg syok la..dpt duit..dpt pelok..ha tepokkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ade link x nk tengokk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by trexxxxxi at 20-10-2021 12:11 PM

Thread dah ada

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5000774&extra=page%3D1


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.068841 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list