|
Cara Syahmi Sazli kongsi rezeki, 'hadiah kereta' untuk peminat
Rezeki peminat bertuah, Junaidah menang Proton Iriz daripada Syahmi.
Kuala Lumpur: Mengakui terjejas dengan pandemik yang melanda negara, Youtuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menerusi platform e-dagang.
Syahmi dan isterinya memulakan perniagaan kuah mukbang yang dijual mereka sejak Jun lalu. Lebih menarik lagi, usaha itu bagi membantu rakan dan jiran tetangga yang terkesan akibat pandemik.
Malah, sebagai menghargai usaha peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya dan perniagaannya, Syahmi juga tidak lokek menyediakan 'hadiah lumayan' buat mereka yang bertuah.
"Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan 'lockdown' baru-baru ini pendapatannya makin terjejas. Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, sebab dah tak boleh bayar sewa kedai.
"Jadi, saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah, Allah nak tolong dia. Setakat ini, saya berjaya menjual sebanyak 33,000 botol manakala, isteri pula sekitar 20,000 botol.
"Saya juga turut mengadakan cabutan bertuah kepada pembeli, dan seorang suri rumah berjaya membawa pulang kereta Proton Iriz sebagai hadiah utama, skuter pulq hadiah kedua dan Iphone 12 Mini untuk pemenang tempat ketiga.
"Mengikut perancangan, hujung bulan ini saya berhasrat untuk membuat cabutan bertuah sekali lagi, dengan hadiah skuter sebagai tempat utama. Rezeki yang ada sedikit sebanyak dikongsi bersama mereka yang bertuah," katanya kepada Harian Metro.
Tambah pengarah filem Mael Totey The Movie ini lagi, dia terlebih dulu memulakan bisnes di platform e-dagang berkenaan dengan menjual pewangi kereta.
Tambah Syahmi, selepas hampir beberapa bulan membiarkan saluran YouTube dikelolakannya bersawang, dia berhasrat untuk kembali aktif berikutan kerajaan pun sudah membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ereta-untuk-peminat
|
|