CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 0

[Terengganu] Kutipan zakat Terengganu meningkat 15 peratus

[Copy link]
Post time 18-10-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Kutipan zakat Terengganu meningkat 15 peratus
RAHAYU MUSTAFA | | 18 Oktober 2021


Peserta Seminar Taksiran Zakat Harta di Paya Bunga Hotel di sini pada Isnin.

KUALA TERENGGANU - Jumlah kutipan zakat di Terengganu dijangka meningkat sebanyak 15 peratus tahun ini walaupun terpaksa berdepan cabaran pandemik Covid-19.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AMCARE Agency, Datuk Mohamad Zahari Harun berkata, dianggarkan sebanyak RM180 juta zakat dapat dikutip pada tahun ini berbanding RM167 juta pada tahun lepas.


Menurutnya, peningkatan kutipan tersebut didorong oleh kesedaran pengeluar zakat dalam menunaikan rukun Islam itu di tempat mereka bekerja sebagai manfaat kepada penduduk setempat.


"Pada peringkat awal, kita jangka kutipan zakat berkurangan kerana pandemik Covid-19, tapi alhamdulillah ia meningkat. Tahun depan kita anggarkan dapat kutip sebanyak RM205 juta," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Seminar Taksiran Zakat Harta anjuran AMCARE Agency yang merupakan ejen zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Paya Bunga Hotel di sini pada Isnin.


Seminar disempurnakan CEO Maidam, M Rozi Bidin itu disertai 70 peserta terdiri daripada pemimpin koperasi, pemilik syarikat, peniaga dan kakitangan agensi kerajaan dari seluruh negeri Terengganu.


Menurut Mohamad Zahari, zakat pendapatan merupakan penyumbang tertinggi berbanding zakat perniagaan berikutan kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.


Beliau yang merupakan Ahli Mesyuarat Maidam berkata, bayaran zakat boleh dilakukan secara manual di mana-mana kaunter berhampiran atau dalam talian yang diuruskan AMCARE Agency dengan kerjasama Maidam.


"Sepanjang pandemik Covid-19 ini, kita dapati masyarakat Terengganu banyak menggunakan khidmat bayaran zakat melalui dalam talian berbanding sebelum ini yang gemarkan secara manual," katanya.


AMCARE Agency merupakan ejen sah kutipan zakat Maidam yang telah diamanahkan menjalankan pengurusan kutipan zakat secara profesional, efektif, bersistematik dan berkesan sesuai dengan objektif untuk membantu Maidam dalam menjadikan zakat sebagai satu pemangkin ekonomi dunia Islam di Terengganu.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... eningkat-15-peratus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042890 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list