Bintang ‘No Time To Die ‘ Daniel Craig Akui Gemar Ke Bar Gay?
Bintang No Time To Die, Daniel Craig memberikan alasan yang spesifik apabila membuat pendedahan bahawa beliau sangat gemar ke bar gay (gay bar).
Bar Gay Buatnya Kurang Cenderung Untuk Bertengkar
Sewaktu berbual dengan Bruce Bozzi menerusi podcast SiriusXM Lunch With Bruce, aktor berusia 53 tahun itu mengakui lebih gemar ke bar gay kerana kurang cenderung untuk bertengkar dengan pelanggan lurus dan agresif.
“Saya telah pergi ke bar gay selama yang saya boleh ingat. Salah satu sebabnya adalah saya tidak kerap bertengkar di bar gay.
Ianya seperti..saya tidak mahu berakhir dengan pukulan. Dan saya berjaya. Ianya kerap berlaku.”-Daniel Craig
Dapat Bertemu Dengan Gadis Yang Miliki Alasan Yang Serupa
Tetapi ada juga keuntungan lain untuk Daniel Craig dalam memilih bar gay sebagai pilihannya. Bukan hanya suasana yang lebih santai, tetapi juga tempat yang baik baginya untuk bertemu dengan wanita yang menarik, kerana mereka berada di sana dengan alasan yang serupa.
“Ia adalah tempat yang baik untuk dikunjungi. Semua orang chill. Anda tidak perlu menyatakan seksualiti anda. Ianya tidak mengapa. Dan ia adalah tempat yang selamat.
Dan saya dapat bertemu dengan gadis-gadis di sana, kerana ramai gadis di sana dengan alasan yang serupa dengan saya. Ia seperti motif tersembunyi.”-Jelas Daniel Craig
Daniel Craig baru-baru ini menerima bintang di Hollywood Walk of Fame. No Time To Die telah berjaya menghasilkan lebih dari £50 juta di box office UK selepas dua minggu tayangan, yang menjadikannya sebagai salah satu daripada 10 filem Bond yang terlaris.