CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34417|Reply: 81

Kenapa Anda Tidak Boleh Hamil ??

[Copy link]
Post time 26-7-2010 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Asalamualaikum wbt

Topik ini di buka untuk memberikan pendidikan berpanjangan sertamaklumat dan bantuan kepada para wanita yang gagal hamil sehinggasekarang mahupun sukar hamil anak kedua.(kehamilan sekunder)


InsyaAllah saya akan cuba sharekan disini seberapa banyak info,maklumat serta bantuan serta sumber untuk sama-sama di jadikan saturuangan untuk kita refer bersama dan mencapai objektif berjaya hamil.

Semoga Bermanfaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2010 09:14 PM | Show all posts
on dan Haid




Hormon kejelitaan wanita
Sewaktu proses berlakunya haid terjadi penghasilah hormon yang sangat penting. Hormon ini ialah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu yakni hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan terserlah serta berpunca untuk membentuk tubuh badan wanita tumbuh buah dada dan datang haid setiap bulan. Dikatakan apabila wanita ketandusan hormon ini maka dia kesan awet muda pun mulai nampak dan kekedutan dan kekeringan mula kelihatan di permukaan kulit terutama muka. Ia disitilahkan sebagai “The fountain of youth”.



Jenis-jenis estrogen serta peranan mereka
Estrogen terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Estradiol atau 17 beta estradiol. Ia dihasilkan di bahagian ovari dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita itu putus haid. Ia merupakan hormon seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita. Pembentukan buah dada, pertumbuhan bulu di ketiak dan ari-ari ditentukan oleh hormon ini. Ia juga penting untuk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.
2. Estrone atau E 1 ia merupakan estrogen yang tak sekuat estradiol. Ia dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak. Ia wujud dengan banyak untuk wanita yang putus-haid.
3. Etsriol atau E3 merupakan sejenis estrogen yang paling lemah di antara ketiga-tiga hormon-hormon ini dan ia dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone.



Estrogen berjalan di dalam darah ke tisu-tisu badan di mana terletaknya reseptor-resptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan, di otak faraj, buah pinggang dan lain-lain. Molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindakbalas pada organ-organ di situ.



Kekurangan hormon estrogen boleh menyebabkan:
1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Oseoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah


Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (Sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluran hormon progesteron. Progesteron bertindakbalas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progesteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan. Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progesetron berjaya dirangsang dengan baik ia mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori (selepas telur ovum menetas dari ovari ) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2010 09:15 PM | Show all posts
Tentang Sperma Lelaki -Talib Ali

Bagaimana Sperma Dihasilkan?

Sperma terhasil daripada pembahagian sel yang berulang dalam testis pada kadar 100 juta sel sehari. Penghasilan sperma adalah satu proses panjang dan ia mengambil masa tiga bulan untuk matang.

Sperma matang ini akan berpindah ke dalam epididimis iaitu tiub bergelung, sepanjang tujuh meter dan menyambungkan antara testis dan vas deferens. Sperma matang akan bergerak sepanjang tiub dan disimpan di bahagian bawah (antara dua hingga 10 hari) sehinggalah diperlukan ketika ejakulasi.

Secara purata, lelaki normal mengeluarkan kira-kira tiga mililiter setiap dua hari ketika ejakulasi. Ketika ejakulasi, sperma akan dikeluarkan dulu bersama cecair prostatik, disusuli cecair semi vesikal (yang akan beku dan menjadikan air mani pekat seperti gel).

Kategori Ketidaksuburan

Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:

* Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.

Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.

* Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.

Air mani tidak dapat dikeluarkan, sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.

Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.

Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.

Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.

Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.

Senaman keterlaluan seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.

Tekanan, terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.

Obesiti — kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.

Pengambilan dadah, alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.

Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.

Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.

Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu lelaki yang perlu menjalani rawatan ini dinasihatkan supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.

Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.

Segera Mendapatkan Rawatan

Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.

Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.

Terdapat banyak kaedah moden & tradisional boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama. InsyaAllah cara sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2010 09:42 PM | Show all posts
Tak semua yang kita ingin tercapai ..ada juga yang tunggu bertahun baru dapat. Ini semua Adalah kuasa Allah SWT kita hanya mampu ikhtihar.

Thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:42 PM | Show all posts
nak makan apa untuk mengekalkan tahap estrogen yg tinggi dalam badan wanita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2010 09:53 PM | Show all posts
Pemakanan zaman sekarang banyak sangat toksin yang tersembunyi. walaupun menda tu nampak sedap tapi hakikatnya akan menganggu kesuburan.. Makanan seperti fast food, goreng-goreng..seafood semua amat tinggi kandungan toksinnya. Makanan segar serta tidak berminyak dan banyak mengandungi kandungan serat yang tinggi adalah jawapannya.

Thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2010 02:36 PM | Show all posts
tq for sharing  
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 03:55 PM | Show all posts
Doc kata, saya susah hamil sbb saya ada KEncing Manis.
kna kurangkan pengambilan gula..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 04:30 PM | Show all posts
thank for sharing...skrg tgh plan untk 2nd baby
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 05:49 PM | Show all posts
One of my cousin's wife, dia susah nak hamil pasal dia over weight. Kena gi operate buang lemak. Tak lama tu alhamdullillah dia ngandung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 08:31 PM | Show all posts
Yes memang diakui, obesiti adalah salah satu puncanya. tetapi jika kandungan dalam badan seimbang ,,ia tidak masalah untuk hamil. Kena seimbangkan tahap hormon. Ia adalah 99.9% punca kesukaran hamil. Kerana ketidak seimbangan hormon akan menyumbang kepada beberapa penyakit yang lain. yang popular ialah cyst,fibroid,gangguan hormon,PCOS.

thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 09:34 PM | Show all posts
Salam TT,

kalo kite ada satu ovari jer, tp period bulan2 ada, (pas buang cyst), ada chances utk  mengandung x?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 09:34 PM | Show all posts
owh..tp bukan ke kadar estrogen yg terlalu tinggi tu boleh menyebabkan cancer gak? one of da reason la..bukan sume. konpius..betul ke x eh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:15 PM | Show all posts
tumpang lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:19 PM | Show all posts
Kenapa Anda Tidak Boleh Hamil ??

Saya tidak boleh hamil kerana saya belum berkawen..


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:55 PM | Show all posts
hmm sy pun nk sharing apa yg saya tau utk kesukaran mengandung..
ada juga kaitan yg disebabkan oleh ketumbuhan fibroid di dlm rahim wanita..
fibroid ini adalah satu ktumbuhan bkn kanser yg tmbuh di dlam rahim..
kirenye menghalang la telur dan sperm bercantum..
fibroid ni didapati apabila darah yg melimpah blkg rahim terjadi (endotrimosis..cmtu kot ejaan die)
so fibroid ni mkn zat2 darah blkg rahim tu..
dan endotrimosis ni terjadi apabila tuala wanita yg dipakai xdapat serap sepenuhnya darah ketika haid..ini kerana tuala wanita dipasaran tu material dibuat dari recycle paper..so bygkan paper lap air, mmg xbleh serap..

org dulu2 pakai kain batik or towel good morning time period..so serapan mmg terbaek..sebab tu dlu2 xde pnyakit2 yg ppuan hidap masa skrg ni..kanser2 pun susah sgt nk dgr time dulu2..n prasan or x, dulu anak2 ramai..skrg nk ngandung pun payah n then mcm2 pnyakit skrg wanita hadapi..

so btukarlah kpd tuala wanita kain a.k.a material dari kapas..utk kesihatan jgka panjang..

sy bkn doc tp sy tau mengenai hal2 ini..sy pun dgr dr doc pakar sakit puan yg cerita psl ni..just share with others..if any doc here kalo salah tlg btolkan sy..tq..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 01:10 PM | Show all posts
bagusnyer tt bukak topik neh..liz pon skang tgh berusaha utk hamil..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:57 PM | Show all posts
mana TT ni..hhuhuhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 06:25 PM | Show all posts
hmm sy pun nk sharing apa yg saya tau utk kesukaran mengandung..
ada juga kaitan yg disebabkan oleh ...
eylaa Post at 28-7-2010 12:55



    elyaa...kat mana nak beli pad tu ek?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 07:27 PM | Show all posts
Salam TT,

kalo kite ada satu ovari jer, tp period bulan2 ada, (pas buang cyst), ada chances utk   ...
kenzichi Post at 27-7-2010 21:34



    Boleh mengandung..dengan satu ovari dan satu tiub falopian. Tapi kena pastikan telur yang dikeluarkanoleh kilang ovari mencukupi. InsyaAllah ada kaedahnya.

Thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.245367 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list