View: 231964|Reply: 805
|
[Penerbit]
** ALAF21 (Bahagian 2) **
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by attokz at 20-4-2012 14:42
http://www.alaf21.com.my/page22.htm
Salam semua...
Segalanya tentang novel keluaran Alaf 21 dikongsikan disini....
Tak kira yang baru atau yang lama..
** o/b man_utd...
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hart_attack at 23-7-2010 21:02
Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?
Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia...aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?
Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti... |
|
|
|
|
|
|
|
BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci.
Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# hart_attack
salah cover novel ni...sinopsis ni utk citer cinta tak beralih - hezzy azra..hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya.
Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang. Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.
|
|
|
|
|
|
|
|
DISEBABKAN peristiwa pahit yang mengisi ruang hidupnya dahulu, Zuha kini menjalani destinasi hidupnya dengan penuh trauma. Kecurangan teman lelakinya, Faizul bersama rakan sekelasnya, Rina dan cacian yang diterima daripada teman sebiliknya, Ira menambahkan lagi beban yang dipikul. Kisah duka itulah yang dibawa ke mana-mana. Lantaran itu, Zuha menjadi takut dan tidak berani membuka pintu hatinya kepada mana-mana kaum Adam. Baginya, sahabat baik atau kawan lelaki memang tidak boleh dipercayai. Biarlah dia hidup dalam dunia sepinya. Dia sanggup dianggap sombong asalkan hatinya elok terpelihara.
Namun kehadiran bekas teman sekolahnya, Idzhan mengajarnya kembali erti kasih dan sayang. Rupa-rupanya hati jadi tenang bila diselubungi cinta.
Apatah lagi, kemaafan itu menjadi penawar yang cukup indah... Malangnya, bahagia itu juga seakan jauh. Kehadiran Ira dan kemunculan Faizul menambah semula derita di hati Zuha. Adakah dia memang tidak layak untuk melihat bunga-bunga cinta itu berkembang mekar? Haruskah dia sendiri hingga akhir nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# hart_attack
hehehe...wah...dah betulkan...hehhhe hai hart... |
|
|
|
|
|
|
|
ape novel terbaru alaf 21 yang best nak baca ni |
|
|
|
|
|
|
|
yang novel kak dhiya memang dalam list nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# hart_attack
TT,sila edit tajuk...
version 2 atau part 2 lak...
ni link part 1 : ALAF 21 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# chit_ana
ANA...
Tocey...tocey...hoyey... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hart_attack
TT,sila edit tajuk...
version 2 atau part 2 lak...
ni link part 1 :
mijot Post at 24-7-2010 20:14
dah edit... |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes baca sayang sepenuh hati - eka fahara
cite pasal aira yg dh brtunang dgn zien tp zien berkasih pula dgn kwn baik aira, izzi..akhirnya dia memutuskan pertunangan..adin jumpa dgn aira disebuah club dan gila bayang...jumpa semula dlm penerbangan ke NZ.
komen aku..
-menarik dibaca, edisi tak lepas pegang..
-mungkin nak dijual masa PBS, byk typo dikesan...mati jgk mood nak baca
-3 1/2 bintang |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes baca sayang sepenuh hati - eka fahara
cite pasal aira yg dh brtunang dgn zien tp zien be ...
mijot Post at 31-7-2010 22:53
cepatnye mijot bca...
hart baru pk2 nak beli 1 tau 2 novel...
tp kena survey gak....
tu ari dah pg tgk...
tp rambang mata...semua la nak beli... |
|
|
|
|
|
|
|
selesai membaca tak secantik husna - ainul hazrah
kisah mengenai hariez yg disuruh memilih isteri dikalangan 7 cucu perempuan mak tok tp cuma 6 gambar yg diberi dgn alasan cucu bongsu kurang sifat...hariez diberi masa seminggu utk berkenalan serta memilih calon yg sewai..hariez tertarik dgn husna serta tija...sampai masanya hariez memilih tija tp pilihannya dibantah keras...hariz tetap dgn pilihannya..mak tok yg tidak berpuas telah menyuruh husna memikat hariez...pelbagai dugaan melanda tp jgn riso happy ending...
-edisi payah letak
-menarik tuk terus baca
-4 bintang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mijot at 28-8-2010 11:24
baru selesai baca tanpamu aku rindu - aleya aneesa
mengisahkan tentang zuyyin pada asalnya anak yg mengembirakan hati org disekelilingya telah berubah menjadi seorang anak yg pemarah, sosial serta mencabar kesabaran org lain..disebabkan perangainya itu,zuyyin harus dihukum tp hukuman itu membuatkan zuyyin lebih agresif..
lalu, dugaan benar2 muncul bila dia kehilangan ibunya tanpa sempat melihat wajah ibunya kali terakhir serta ayahnya yg sedang koma.waktu itu yazzer yg dimusuhi menghulur tangan membantunya.
-3 bintang
-ok lah dari novel sebelumnya bg aku
-3/4 buku dipenuhi dgn pergaduhan menyebabkan ku baca sekali imbas jer + pening |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# mijot
daa abis bce jgk..
tapi x bape nk concerntrate..
rase nye novel ALEEYE ANEESA ni daa makin kureng laa...
b4 ni mmg oreo x penah miss novel die..
lately nih x memenuhi citarasa ku laa... |
|
|
|
|
|
|
|
aku br bc buku nih..mmg best..lawak n saspen n sedih sume ade..dialog diapn bersahaja..pendek kt mmg recommended la...
Sinopsis : CINTA TIGA SUKU
‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
Harga : RM 19.90
Halaman :512 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|