|
Program ganti Perdana dilaksana awal 2011
Oleh Ahmad Fiesal Othman
[email protected]
2010/07/19
Proton dijangka naik taraf model premium guna enjin 2.4 liter
PROTON Holdings Bhd dijangka melaksanakan program gantian model Proton Perdana awal tahun depan dalam usaha meningkatkan penguasaan pasarannya dalam segmen enjin berkuasa lebih 2.0 liter di pasaran tempatan.
Sumber industri berkata, pengeluar kereta nasional itu kini sedang serius berunding dengan sebuah syarikat automotif berpangkalan di Eropah tetapi beroperasi di luar benua itu.
“Selepas kerjasama dengan Volkswagen AG gagal menjadi kenyataan baru-baru ini, Proton giat mencari rakan kongsi bagi program penggantian Perdana.
“Ia kini serius berunding dengan sebuah syarikat pengeluar kereta dari Eropah itu yang tidak beroperasi di sana. Rundingan itu menjurus kepada kemungkinan pembentukan kerjasama bagi program itu.
“Proton menyasar memulakan program penggantian Perdana selewat-lewatnya awal tahun depan iaitu selepas pelancaran model Waja baru menjelang Disember ini,” katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.
Selain rundingan dengan Volkswagen yang ditamatkan pada awal Jun lalu, Proton sebelum ini juga dikatakan sudah berunding dengan beberapa syarikat automotif antarabangsa lain untuk program Perdana baru itu.
Ia termasuk Mitsubishi, Renault SA serta Shanghai Automotive Industry Corp (SAIC), iaitu syarikat automotif China yang mengambil alih jenama pengeluar kereta Rover dari Britain dengan rundingan menjurus kepada penghasilan model berkuasa sekurang-kurangnya 2.4 liter.
Difahamkan, Proton juga sudah memberitahu kerajaan mengenai perkembangan dicapai menerusi rundingan terbarunya bagi memilih rakan kongsi untuk menghasilkan model Perdana itu.
Sumber itu berkata, model Perdana baru itu kelak tidak lagi menggunakan enjin 2.0 liter, sebaliknya menggunakan enjin berkuasa sekurang-kurangnya 2.4 liter.
Katanya, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model baru itu bertujuan mengangkat taraf Perdana sebagai kereta premium Proton, selain membezakannya dengan model gantian Waja akan turut menggunakan enjin 2.0 liter.
“Perdana baru itu nanti tidak lagi bersaing dengan model pengeluar dalam kelasnya sekarang, sebaliknya ia bakal menyaingi model lebih atas seperti Hyundai Sonata atau Kia Optima, malah Toyota Camry dan Honda Accord,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProgramgantiPerdanadilaksanaawal2011/Article |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# t@t
Ia kini serius berunding dengan sebuah syarikat pengeluar kereta dari Eropah itu yang tidak beroperasi di sana. Rundingan itu menjurus kepada kemungkinan pembentukan kerjasama bagi program itu.
keta ape tu ........... Saab, rover????
nak guna enjin europe tu buleh, tp pastikan mekanik/jurutera benar2 terlatih & spare part yg cukup & harga munasabah la.
lg pun kena buat gak enjin 2.0 tu utk bg pilihan harge pd pengguna mcm acccord, camry, sonata ..... jgn la buat sombong bodoh lg proton oiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Saab ...atau Rover errr...Tak mau laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Saab ...atau Rover errr...Tak mau laaa
masterixs Post at 19-7-2010 10:46
proton berat ke kete conti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rebadge Rolls Royce lah |
|
|
|
|
|
|
|
jgn jadi mcm waja 1.8 sudah....
aku rasa Vauxhall nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kat paultan.org... ada spyshot proton... mcm exora tapi mcm lain.. hhahha
|
|
|
|
|
|
|
|
penuh kejutan proton sejak akhir2 ni.....bagus2 |
|
|
|
|
|
|
|
exora versi rendah macam wish? ke waja wagon? but i like... |
|
|
|
|
|
|
|
naik taraf bhgn luaran blom tentu menjamin prestasi enjin....cuba2 la fahami kehendak rakyat yg selama ni menyokong model proton walaupun harga proton di negara ini x setimpal dgn prestasinya. jgn la buat model baru hanya kerana anda telah menukar bentuk lampu belakang.model baru perlu ada sentuhan br utk semua bhgn. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# neotoxin
Entah2 nie la Pesona R yg diperkatakan tue kot....
Kerangka lantai memang design Exora....
Concept ikut mcm Caldina... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tengok lampu belakang tu sebijik macam lampu exora |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# masterixs
Persona R? R= Racing? fuiyooohh.... kena masuk enjin phoenix kepish kepish nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply neotoxin
Dr maklumat berborak dgn QA Engineer tukang sedut habuk kat seat cakap ...
masterixs Post at 20-7-2010 12:43
waa tukang sedut habuk pong level engineer..
universiti maner ader over degree in sedut abuk nieh.. wa nak amik lar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# neotoxin
Awkward looking rear.Kalau body tone down macam caldina,would be nicer.and engine put as 1.8 or 2.0 with turbo.sure will be a big hit. |
|
|
|
|
|
|
|
jam nak ganti arena je.. double cab pickup truck.. tapi versi low ride. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply t@t
keta ape tu ........... Saab, rover????
nak guna enjin europe tu buleh, tp p ...
waksir Post at 19-7-2010 10:36
proton kelmarin ni asyik bnyk programnya~sekrgn kan ada proton waja lancer~
tak tau cam mana qualitinya~harap2 memang boleh produce keta baik lol~
jika tak~semu beli keta import la |
|
|
|
|
|
|
| |
|