View: 8114|Reply: 66
|
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
[Copy link]
|
|
Berita Baik!! Berita Baik!! Harga Minyak, Gula dan Gas dah naik!!
Posted by Anak Sungai Derhaka at 7:25:00 PM
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Apa alasan pula kali ini bersama-samalah kita tunggu..
Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
Jul 15, 10
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikut adalah harga baru:
- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
SUMBER |
|
|
|
|
|
|
|
5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
Jul 15, 10 6:26pm
Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.
Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.
Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.
Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.
Berikut adalah harga baru:
* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.
Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.
SUMBER |
|
|
|
|
|
|
|
knp kerajaan kata ron97 xbagi subsidi. |
|
|
|
|
|
|
|
mujor pki kancil |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal naik sikit jerr.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku kengkadang kompius la dgn kenyataan najib nie..kata ekonomi negara positif sepanjang tahun..tapi dah 2 kali naik rega gula, 3 kali naikkan BLR, rega minyak pun dah naik..then akan datang nak enforced 4% cukai barangan dan perkhidmatan..bukan kalo ekonomi naik, gaji jer yg naik?nie tak, rega barang yang naik, gaji tak naik2....karang aku yang naik marah nanti..kes pecah umah pun naik gak nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu najib janji tak naik 1 julai....sekali 15 julai daaa naik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu najib janji tak naik 1 julai....sekali 15 julai daaa naik....
danedzya Post at 16-7-2010 09:42
BAABBIII punyer najib..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
1 julai tak aik..s ebab semua orang tahu dulu.. dan kecoh sampaikan gula disorok....
bila dah reda dan orang lupa. dia naikkanlah...
fast.. lepas nie... BABAIIIII NAJIB lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Bersiap sedia lah rakyat 1Mesia dengan kenaikan harga barang keperluan lain x lama lagi.. adush... |
|
|
|
|
|
|
|
1 julai tak aik..s ebab semua orang tahu dulu.. dan kecoh sampaikan gula disorok....
bila dah reda dan orang lupa. dia naikkanlah...
fast.. lepas nie... BABAIIIII NAJIB lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# Fast-N-Furious
baru jer wa pakai...2 kali isi dah ron 97....
otosan
"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.”
Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau harga RON97 boleh ditentukan oleh syarikat minyak secara individu, ia bole wujudkan perang harga, pengguna boleh pilih the lowest.. tapi nampaknya, ada kawalan. |
|
|
|
|
|
|
|
kawalan pasti akan ada.... demokrasi berpengawal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru dengar berita pg td harga minyak mentah dunia masih berlegar 76 dollar setong tak lebih 80 dollar setong pun....Naper plak naik harga. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Fast-N-Furious at 16-7-2010 11:12
kalau harga RON97 boleh ditentukan oleh syarikat minyak secara individu, ia bole wujudkan perang har ...
mysterio Post at 16-7-2010 10:20
tapi best siot... ikut pengalaman haku masa belajar kat Indiana dulu, kalau nak isi minyak jer, pusing dulu satu kampung kasik survey... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# Fast-N-Furious
tak mustahil. org mesia memang rajin dlm bidang cari harga terendah ni. ada orang survey tisco, car4, maidin, gian, sebelum buat keputusan nak beli barang dapur kat mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Fast-N-Furious
tak mustahil. org mesia memang rajin dlm bidang cari harga terendah ni. ada ...
mysterio Post at 16-7-2010 10:47
kengkadang masa study dulu, tak plan pong nak isi minyak, tapi bila lalu petrol pump, tetiba harga dier rendah, terus stop isi walau pong baper liter jer.. sebab sok, harga mungkin naik.. tapi mungkin tambah turun..
tapi tu student lar, yg pakai kete buruk yg patut layak gi kedai potong jer.. haku perhatikan orang sana macam tak kisah jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# Fast-N-Furious
nampaknya stesen minyak leh buat happy hour lah...meriah woo |
|
|
|
|
|
|
| |
|