CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84535|Reply: 304

Malu suami pangkat rendah

  [Copy link]
Post time 2-5-2010 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Salam, semua. Saya tak tahu la sama ada saya yg gelabah sorang2 atau mmg ni sepatutnya dianggap sebagai masalah.

Saya dan suami dah kawen dekat setahun, tapi belum ada rezeki utk dpt anak.Saya ada degree dan suami hanya ada SPM. Saya bekerja di syarikat swasta dan gaji agak sedap berbanding suami yg krj gomen gaji x berapa sedap.

Sebelum kawen saya x rasa itu semua sbg masalah sbb kami suka sama suka. Bila dah kawen saya nampak yg ia sedikit sebanyak jadi masalah sebabnya rakan2 baik saya bersuamikan lelaki yg berpangkat.

Dua rakan baik (sama tempat kerja) kawen lebih kurang tarikh yg sama dgn tarikh kami kawen. Sorang dpt suami gred 41 krj gomen, yg sorang lagi husband dia krj swasta tapi sama taraf la dgn gred 41.

Dua2 kawan saya tu dah ada rumah sendiri dan masing2 dah tukar kereta yg lebih canggih berbanding kami yg pakai keta tempatan. Hal kereta tu saya tak kisah sgt sbb pada saya lagi mahal keta, lagi byk hutang (nak sedapkan ati) .

Cuma, bila kami keluar ramai2 rasa rendah diri sgt sbb husband diorg pangkat tinggi, husband saya tak tinggi sgt. Kadang2 husband pun rasa rendah diri dan slalu elak bila ajak keluar dgn diorang.

Husband pernah ckp nak further study esp time belum ada anak lagi ni tapi x kesampaian sbb financial problem. saya pernah ckp nak bayar kan semua expenses utk dia further study tapi dia xnk sbb dia ckp dah byk sgt duit saya yg dia guna.

Kadang2 saya kesian kat suami, kdg2 sakit hati, kdg2 malu... gila kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2010 05:00 PM | Show all posts
bila belum kawen n sedang hangat bercinta, kentut yg busuk pun bau wangi, sanggup tempuh n hadapi sumer dugaan n rintangan.

dah kawen lak, baru ler terbau kentut tu busuk dll n rasa perit n sakit sumer rintangan.

reality is difficult to digest in 1 sitting kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2010 05:18 PM | Show all posts
sadly, yes. But life goes on.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 05:25 PM | Show all posts
Salam, semua. Saya tak tahu la sama ada saya yg gelabah sorang2 atau mmg ni sepatutnya dianggap seba ...
bokeh Post at 2-5-2010 16:41


u bukan kesorangan dek....ramai lagi new couple camni
pelan2 laa kayuh....dan perbaiki diri dr masa ke semasa

yg penting tu ada kesedaran nak maju ke depan...
tapi TOLONG laa btulkan niat tu..bukan sebab nak saing manusia lain
akak cukup risau kalo org sambung belajar sebab nak naik pangkat
so bole setara dgn org lain...
sebabnya dlm kehidupan nie, akan sentiasa ada org lebih drp kita
takkan sebab tu, ko dan somi akan terus bergasak kedepan sebab
nak sama taraf dgn kawan2 ko yg lain tu....

buat plan dr sekarang, ko mesti masih muda kann...

btw sejak 2 menjak byk sgt citer pasal gred gomen 41 la, 54 laa...
akak nie takde clue....besor sgt ke gajinya?.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 05:33 PM | Show all posts
macam ni lah dik oii..benda 2 ko kena pikir sebelum kawen
dah kawen ni redah jer..terima lah suami ko seadanya..
sekurang2nya laki ko baik kan..kawan akak keje loyer kawin dgn
lepasan SPM gak..tapi bahagia jer..is3 dia pun tak pertikaikan kelayakan
suami dia..kawan2 pun ok je,..yg penting pandai bawa diri..
Sorang lagi kawan akak keje gomen gred 48, laki dia pun clerk gak..
tapi bahagia jer..yg penting jgn dok timbulkan isu antara 2 darjat ni..
tapi lagi bagus lah kalau pasangan kita ada keinginan nak baiki diri
spy sama2 ngan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 05:40 PM | Show all posts
u bukan kesorangan dek....ramai lagi new couple camni
pelan2 laa kayuh....dan perbaiki diri dr  ...
my-alja Post at 2-5-2010 17:25



    Dlm gomen ni nak bezakan gaji dan pangkat tgk gred
makin besar gred, makin banyak gaji
satu lagi dlm gomen ni kdg2 dah jadi mcm feudal sistem lak
nak2 kalau post 2 tak banyak dalam jabatan..kadang2 dalam
1 jabatan  hanya ada 1 jer post gred 48,52 @ 54..tp ni ikut jabatan ler..
jadi kalau ko dpt post 2, ko lah bis boss di c2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2010 06:14 PM | Show all posts
Salam, semua. Saya tak tahu la sama ada saya yg gelabah sorang2 atau mmg ni sepatutnya dianggap seba ...
bokeh Post at 2-5-2010 16:41


cinte itu bute....
bila dah kawen...reality checks in
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 07:31 PM | Show all posts
Thread mcm ni kan dah ada tapi tak ingat kat mana. Kalu dah kahwin tu, suami perangai elok, tak menyakitkan hati, segala2 ttg hidup ok ( maksudnya perhubungan mertua dan ipar duai tak ada masalah ) so tak adalah apa yg nak risaukan hanya disebabkan husband tu tak ada kelulusan. Apa2 pun kedua-dua anda mestilah pandai2 menyesuaikan diri dgn kedaan, masayarakat sekeliling, rakan2 dan kaum keluarga . Barulah nanti tak ada timbul isu2 yg berkaitan dgn sekufuan ni. Suami you pun tak perlu rasa rendah diri bila bercampur dgn rakan2 suami you yg dah gred 41 tu , jadi diri sendiri, itu lb dihormati org. Bukan org tanya pun kelulusan kita, kalu tanya cakap je lah. Apa yg penting org akan berasa selesa dgn kita kalu kita berkeperibadian tinggi.

Biarlah akak bagi contoh kat tempat kerja akak ni, kawan2 akak semua ni doktor2 belaka, bukan doktor baru tapi memang dah tahap senior lah. Ada seorg kawan akak ni sebelah bilik pun, suaminya takat SPM je. Dia ni sebagai isteri cukup mnghormati suami dia dan suami dia ni pandai bawa diri bila bercampur dgn kami2 semua dan suami2 kami, tak ada masalah. Boleh berkongsi cerita, bergurau dan brtukar-tukar pendapat. Dah mengenali psg ni lb dari 15 tahun sbb sama2 masuk kerja. Anak pun dah masuk U. Sejak2  2 or 3 tahun lepas suami dia ni terasa teringin buat degree so dia buatlah utk kepuasan diri sendiri. Yg penting dia tahu siapa diri dia dan apa dia hendak .

Hidup akan menjadi mudah kalu kita tahu peranan dan tanggungjawab masing2 dlm kehidupan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2010 08:08 PM | Show all posts
TErima kasih semua. at least komen akak2 semua ni buat saya lega. doakan yg terbaik utk hubungan saya dan suami. minta dijauhkan perkara yg tak elok. senang je setan hasut manusia.nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 08:29 PM | Show all posts
Pernah kawan saya tanya pandangan bila yg melamarnya (sekarang suami) cuma ada sijil teknikal, sedangkan dia ada PhD, oversea grad. sebelum2 ni, kalo ikut mak dia, UM grad pun tak pandang sbb local. Kalau boleh, nak oversea grad gak. Pada saya paling molek cari yg sekufu. Kalau tak, kena cari gak apa2 pada suami yang kita boleh hormat. Something yg ada pada dia, yg kita kurang. In my fren's case, the husband lebih drp segi agama. Yg tu mmg kawan sy tak leh nak lawan. Alhamdulillah bahagia hingga ke hari ni. Malah rezeki bertambah2.

Bak kata alja, u r not alone. staf kat opis saya keje Pembantu awam rendah, tp wife ada M.A. Saya tengok ok je.. Pakai kete biasa2 je. Tp wife steady je, ok je mingle ngan kita orang nih. As a matter of fact, pegawai2 pun respect kat staf nih, sbb dia mmg rajin. Kalau boleh bos nak naikkan pangkat, tp keje gomen bukan boleh suka2 nak naikkan pangkat sebab kalau tak silap SRP pun dia tak de. Tp anak2 ma sha' Allah lepas sorang2 dapat straight As dalam periksa. Pegawai2 yg laki bini degree holder pun belum tentu anak dpt result cemerlang.

Another case, wife Assoc. prof. Suami guru agama sijil IV thanawi. Wife dok desak husband usaha meninggikan status diri. End up ngan husband kahwin lain yg setaraf ngan si husband nih. Bukan senang nak feed ego suami nih. Sama gak ngan sorang kawan ni, keje lawyer. Husband ni belajar pun tak tinggi, alih2 kahwin sorang lagi ngan org keje kat kantin. Mungkin sbb husband rasa insecure.. In stead of tingkatkan diri, depa pilih jalan lagi mudah.

Pada I, kalau suami baik, bersyukurlah dgn apa yg ada. Jgn tengok sesuatu dari satu sudut pandangan je. Nilai manusia ni bukan hanya pada pangkat, keturunan, gaji tinggi atau tahap pendidikan je. Once we make a choice, kita kena bertanggungjawab terhadap apa yg kita pilih dan menerima seadanya. Jgn nak banding2 ngan suami org lain, nanti dok nampak keburukan je pada apa yang kita ada. Pandai2 le  boost ego suami bila nak suh dia tingkatkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 09:07 PM | Show all posts
Reply 1# bokeh


    kalau ko tak letakkan nilai syg dan kekuatan kasih sayang antara kalian pd nilai pangkat dan material..
    kwn2 pakai BMW dan tinggal di banglo pun ko takkan goyah..
   
    tgk semula pd perkahwinan korg. esp simple things yg share sama2...buat korg gembira.
    then, support each other. pedulikanlah persepsi org..
    yg penting, hutang masing2 tanggung.
    bak kata pepatah..."lg besar periuknya...lg bykla keraknya".
    cheers!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 09:12 PM | Show all posts
Suami PS cuma ada SPM je n PS sendiri ada Master.
Isu rasa rendah diri ini penah timbul b4 kawin sehingga membuatkan dier hampir mengundur diri .
Namun mak mertua PS pd masa tu slow talk ngan suami [masa tu tunang] dan akhirnya kami jadi jugak kawin.
Bila telah berkawin selama 3 tahun ini, PS ada jugak kerisauan pd awal perkahwinan takut perkara itu berulang lagi.
PS juga risau untuk memperkenalkan ofismate yg terdiri dari pegawai2 yg senior yg tentunya jauh lbh tinggi jawatan drpd suami.
Apa yang terjadi, PS sgt bersyukur kerana ofismate PS merupakan manusia terpelajar yg sangat down to earth. Alhamdulillah.
Dan mana2 kwn2 yg dikenalkan pasti sering meninggi diri, PS jauhkan dr suami, sekadar dier kenal nama sahaja.

Paling penting kita mesti tau menghormatinya sbg suami yg perlu kita letak kedudukan nya tinggi dari kita.
Hargai/Highlite kan kelebihan dier yg kita tak miliki.
Jangan diungkit2 pasal kelebihan pemilikan harta benda orang lain yang mmg belum mampu dier adakan untuk kita
Jauhkan juga angan2 berbentuk kebendaan yang melampau.
Sekufu itu bukan hanya pada tahap pelajaran tapi pada keserasian dan kesamaan suami isteri dalam melihat kehidupan serta bersikap terbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 09:37 PM | Show all posts
u bukan kesorangan dek....ramai lagi new couple camni
pelan2 laa kayuh....dan perbaiki diri dr  ...
my-alja Post at 2-5-2010 17:25


alaaaaaaaaaa alja.....kalaudah namanya gomen takderlah besar mana....gre41...satarting+semua elaun2 adalah dalam 3K++ kot now ni...kalau akak dulu...hanya 1500++ jerk......yang gred 54 pulak gaji = semua elaun2 adalah dalam tak sampai 10K.....kalau gred khas (JUSA) adalah dalam rm15K kot...gitulah jerk....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 09:44 PM | Show all posts
TT

jangan sesekali terlintas di bena awak akan suami pangkatnya lebih rendah dari awak dansuami kawan2 awak...kalau ada sikap macam tu kat dalam diri awak...susahlag...nampaknya awak sudahmembanding2kankemampuna suami serta membandingkan apa yang awak dan suami awak ada denganapa yang kawan2 dan suami mereka ada...susahlah macam ni......baru setahun dik...jauh lagio pejalanan hidup awak berdua...............buangkanjauh2 sikap suka membanding2 pangkat dan harta dunia dengan kawan2 lain....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 09:47 PM | Show all posts
masa bercinta dulu ada tak org bagitau korang ni jenis tak setaraf dr segi pendidikan..
kalau ada dan U buat buat tak dengar..
jadi dah kahwin, buat bodo aje, laki tu u yg pilih sendiri, bukan kena paksakan..
jadi buat apa nak rasa rendah diri, malu ke... dah terlambat nak ada perasaan camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:19 PM | Show all posts
ni lak kisah aku...

tak sekufu bukan pasal kelayakan akademik...
'
tapi... keturunan dan harta

aku ni lelaki...

masa study U local dulu... awal tahun 1990an

adalah classmate pompuan ni... anak syed dan bapak dia jutawan....

rupa pun ader...

pompuan ni nak kat aku....

tapi... aku ni orang kampung... bapak keje gomen jer...

so... aku tak sambutlah kasih dia tu...

so... sebelum nak kahwin tu...

pikir btol2... sekufu tu penting gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2010 10:25 PM | Show all posts
ada masa kita kat atas.. ada masa kita kat bawah..
time kat bawah, slalu pandang atas.. bestnya duk kat atas..
bila kat atas, rasa gayat ler pulak.. bestnya duk kat bawah..

time nie laa tt kena jaga hasben/family elok2..
secara sedar atau tidak sedar, lelaki kebiasaannya - unforgiving ~ tu justify actions.
appreciate apa yg kita miliki.

rezeki bukan hanya terletak pada harta benda/kekayaan/pangkat ~ ianya adalah sebahagian drpd rezeki. aku nak list sket rezeki yg lain2..
1. cukup makan/minum
2. ada tempat tinggal
3. bleh makan/berselera nak makan/x de pantang makan
4. tenang.. x owe sesaper ~ "i did this for you, now u have to do this for me" (bukan kewangan)
5. sihat
6. happy/bahagia ~ x de gangguan pihak asing/x de musuh
7. dpt beribadah dgn sempurna tanpa was2
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:51 PM | Show all posts
kalau suami baik, bersyukurlah dgn apa yg ada. Jgn tengok sesuatu dari satu sudut pandangan je. Nilai manusia ni bukan hanya pada pangkat, keturunan, gaji tinggi atau tahap pendidikan je.aaz Post at 2-5-2010 20:29



betul tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 11:02 PM | Show all posts
Cuma, bila kami keluar ramai2 rasa rendah diri sgt sbb husband diorg pangkat tinggi, husband saya tak tinggi sgt. Kadang2 husband pun rasa rendah diri dan slalu elak bila ajak keluar dgn diorang.

bokeh Post at 2-5-2010 16:41


kalau dah tahu begitu, takyah kuar ramai2 dgn bawak suami masing2.
kalau nak kuar, only girls ajer. laki masing2 takyah bawak. buat girls outing. perempuan shj.
kalau kawan2 ada ajak, buat la alasan munasbah. laki bz kena buat OT ke. laki bz keje shift ke. whatever.

tapikan, solution begitu temporary ajer. sampai bila nak keadaan mcm tu? akibatnye sama ada korang takder kawan langsung or sampai bila2 pun laki ko tak pandai socialize bila jumpa orang lebih berpangkat dari dia. asyik nak merendah diri aje.
duk dlm hutan la senang kalau dah gituk. takyah kawan dgn orang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 11:11 PM | Show all posts
lagi pasal ketakpuasan hati seorang istri..

dah, bersyukur dgn apa yg ada.. jgn rasa malu dgn 'pakaian' yg ko dah pilih, kerana melihat pakaian yg dipakai kawan2 ko lagi bermutu/berkualiti.. jika ko pandai motivasi utk dia tingkatkan diri.. slowly dia akan improve.. yg penting elakkan bagi tekanan atau compare itu ini.. dan jgn mengungkit2 yg boleh menunjukkan dia tu tak berkredibiliti sbg sorang somi.. respek kena ada la yer..

elakkan cubaan mengcompare/mengeluh dgn melihat pasangan2 lain. apa yg lebih pada somi dorang, tentu ada kekurangan dorang yg belum tentu ko dapat tolerate.. apa yg kurang pada somi ko, tentu ada kelebihannya yg jadi dambaan kawan2 ko if only they knew..

hal rumahtangga masing2, rezeki masing2.. hasutan setan le tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.073169 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list