View: 3827|Reply: 5
|
KELAB BOLASEPAK TERKAYA
[Copy link]
|
|
Kedudukan Tahun 2008 dalam kurungan
1 (1) Real Madrid £341.9million
2 (3) Barcelona £311.7m
3 (2) Man Utd £278.5m
4 (4) Bayern Munich £246.6m
5 (6) Arsenal £224.0m
6 (5) Chelsea £206.4m
7 (8) Liverpool £184.8m
8 (11) Juventus £173.1m
9 (10) Internazionale £167.4m
10 (7) AC Milan £167.4m
11 (15) Hamburg £124.9m
12 (9) Roma £124.7m
13 (12) Lyon £118.9m
14 (16) Marseille £113.5m
15 (14) Tottenham £113.0m
16 (13) Schalke £106.0m
17 (n/a) Werder Bremen £97.7m
18 (20) B Dortmund £88.1m
19 (n/a) Man City £87.0m
20 (17) Newcastle £86.0m |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by matabelalang at 3-3-2010 15:08
Laman Web 10 kelab terkayadi dunia
Pada bulan Januari lalu, sebuah senarai10 kelab terkaya di dunia telah dikeluarkan oleh FIFA, di mana kelab ManchesterUnited telah berada di tangga teratas dengan jumlah aset AS$87.9 juta.Lain-lain kelab yang tersenarai adalah Barcelona (AS$58.9 juta), Real Madrid(AS$55.7 juta), Juventus (AS$53.2 juta), Bayern Munich (AS$51.6 juta),AC Milan (AS$47.5 juta), Borussia Dortmund (AS$42.2 juta), Newcastle United(AS$41.1 juta), Liverpool (AS$39.2 juta) dan Inter Milan (AS$39.1 juta).
Dalam ruangan sepak siber kali ini,mari kita kunjungi laman-laman Web kelab-kelab bolasepak ini dan mendapatkanmaklumat daripada isi kandungan laman Web ini. Anda boleh mendapatkan pelbagaimaklumat terkini seperti jadual perlawanan dan berita-berita semasa kelab.Selain daripada itu anda juga boleh memperolehi bahan-bahan multimediaseperti RealAudio, klip video, gambar dan “desktop theme” untuk komputerdaripada laman-laman Web ini. Marilah kita kunjungi laman-laman Web ini
Manchester United
Manchester United (ManUtd) merupakansalah sebuah kelab yang paling berjaya di dunia dan antara kelab terbaikuntuk tahun 1990an. Maka tidak hairanlah kelab ini mempunyai ramai penyokongyang datangnya daripada seluruh pelusuk dunia dan kelab penyokong ManUtdmerupakan kelab peminat yang paling aktif di dunia. Di Malaysia, kelabpenyokong ManUtd telah ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan telah membukabeberapa cawangan kelab di seluruh negara.
Menurut carian menerusi AltaVista,terdapat lebih daripada 10,000 laman Web tidak rasmi (unofficial) ManUtdyang dibina oleh para penyokong dan peminat setia kelab itu. Namun begituterdapat tiga laman Web ManUtd yang merupakan laman Web rasmi untuk kelabtersebut. Laman-laman Web itu adalahManchesterUnited , M.U.F.Cdan Theatre of Dreams.
Ketiga-tiga laman Web ini mempunyaisegmen-segmen seperti Fixtures, Results, Match Reports, Premiership Table,UEFA Champions League, Virtual Reality Tour, Player Biographies, MUTV danReds On The Radio. Laman Web ManUtd.Com akan menyiarkan ulasan secara langsungsemua perlawanan ManUtd menerusi laman Web dengan menggunakan RealAudio.
Barcelona
Kelab yang berada di kedudukan keduadi bawah ManUtd ialah kelab bolasepak Barcelona daripada Sepanyol. Kelabini juga merupakan sebuah kelab yang bersejarah di mana ia telah ditubuhkanpada tahun 1899. Sejak ia ditubuhkan, ia telah memenangi kejohanan Eropahsebanyak beberapa kali dan salah sebuah kelab mempunyai koleksi para pemainyang terbaik di dunia seperti Patrick Kluivert dan Rivaldo.
URL untuk laman Web kelab ini ialahhttp://www.fcbarcelona.es/ dania boleh didapati dalam dua bahasa iaitu Sepanyol dan Inggeris. Rekabentuklaman ini adalah ringkas dan mudah dicapai oleh pengguna. Antara kandunganyang terdapat dalam laman Web ini adalah History, FC Barcelona Foundationdan Supporters Associations.
Sempena ulang tahun ke 100 kelabini, beberapa majlis dan sambutan telah dijadualkan seperti yang dipaparkandalam laman Web ini. Anda boleh pergi ke URL http://www.fcbarcelona.es/angles/centenari/index.htmluntuk mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai sambutan satu abad ini.
Sumber: jalalmpc.tripod.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by matabelalang at 3-3-2010 15:10
Real Madrid
Kelab ini merupakan salah satu kelabyang ternama di Sepanyol selain kelab Barcelona. Laman Web rasmi kelabini tidak dapat dikesan walaupun dengan menggunakan enjin pencari AltaVista.Laman tak rasmi yang terbaik saya temui terletak pada http://zipi.fi.upm.es/~a930273/r98_99/index.html.Dalam laman Web ini terdapat beberapa maklumat biodata pemain, statistikpasukan dan para pemain lagenda yang pernah berkhidmat dengan kelab ini.
Juventus
Laman web kelab dari Itali ini terletakdi http://www.juventus.it/ dan mengandungiberita, laporan perlawanan terkini, gambar pasukan 1998/99, stadium Juventus,poskad elektronik dan galeri foto hitam putih. Bahagian paling menarikdalam laman Web ini adalah galeri foto di mana terdapat pelbagai jenisfoto aksi dalam perlawanan dan latihan. Laman Web ini tidak memberikanmaklumat bertulis seperti laporan perlawanan dan berita yang memuaskan.
Bayern Munich
Kelab ini merupakan salah satu kelabdaripada dua kelab daripada Jerman yang memasuki senarai 10 kelab terkayaini. Laman Web kelab ini merupakan sebuah laman bergambar (pictorial) bagijuara liga Jerman (Bundesliga) 1996/97. Laman ini juga menyenaraikan semuapemain musim 1998/99 yang lengkap dengan biodata serta statistik pemain.
Ia juga mempunyai arkib gambar semuaperlawanan BayernMunich dan juga gambar-gambar aksi pemain kelab. Antara pemain yangtersenarai adalah Markus Babbel, Mario Basler, Giovane Elber, ThorstenFink, Dietmar Hamann, Thomas Helmer, Carsten Jancker, Bixente Lizarazu,Lothar Matthäus, Christian Nerlinger, Ruggiero Rizzitelli, MehmetScholl, Thomas Strunz, Michael Tarnat dan Alexander Zickler. LamanWeb inimerupakan laman Web tidak rasmi dan ia tidak mempunyai sebarang kaitandengan kelab Bayern Munich.
AC Milan
[size=-1]Kelab ini merupakan jiran kepadakelab Inter Milan dan ia merupakankelab kelima terkaya di dunia. Laman Web kelab ini mempunyai dua pilihan bahasa iaitu Inggeris dan Itali. Kelab ini juga menyambung ulangtahun ke 100 pada tahun 1999. Laman Web ini mengandungi galeri, ruanganborak dan sejarah kelab.
Borussia Dortmund
Kelab ini berusia 90 tahun pada tahunini dan merupakan juara liga Jerman pada 1996. BorussiaDortmund merupakan kelab Jerman kedua dalam senarai kelab terkaya dibawah Bayern Munich dan merupakan kelab yang paling berjaya dalam tahun1970an dan 1980an.
]Laman Web kelab ini membentangkanpelbagai maklumat dan fakta mengenai kelab ini. Oleh kerana kelab ini merupakansalah seuah kelab tertua di Jerman, ia mempunyai koleksi gambar-gambaryang banyak sejak perlawanan pertama kelab pada 1911 sehingga kini. Bagianda yang pernah melihat aksi kelab ini di kaca televisyen silalah saksikanpula mereka di dalam Web.
Sumber: jalalmpc.tripod.com
[size=-1] |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by matabelalang at 3-3-2010 15:11
Newcastle United
Kelab kedua daripada England yangtersenarai dan merupakan kelab yang paling agresif corak permainannya selepaskelab Wimbledon. Walaupun kelab ini merupakan kelab yang tidak ternamapada tahun 1970an dan 1980an tetapi ia banyak menghasilkan para pemainyang baik seperti Kevin Keegan dan Chris Waddle.
Laman Web NewscastleUnited mengandungi ruangan berita, sejarah kelab, statistik perlawanan,kedai barangan kelab, ruangan borak dan multimedia. Ia juga menyenaraikansemua pemain yang pernah berkhidmat dengan kelab ini sejak daripada penubuhannyapada tahun 1908. Antara pemain yang tersenarai adalah Peter Beardsley,Andy Cole, Les Ferdinand, Paul Gascoigne, Kevin Keegan dan Chris Waddle.
]Liverpool
Kelab Liverpool juga merupakan salahsatu kelab Inggeris yang terkenal di dunia selain kelab ManUtd. Kelab inijuga mempunyai kelab peminat di Malaysia yang telah ditubuhkan kira-kira4 tahun lalu. Ia juga mempunyai ribuan laman Web tidak rasmi yang telahdibina oleh para peminat kelab ini.
Seperti kelab ManUtd, Liverpool mempunyaitiga laman Web utama iaituLiverpoolCarling, LiverpoolFSN dan Liverpool FC.Ketiga-tiga laman Web ini membentangkan maklumat seperti berita, previuperlawanan, keputusan perlawanan, maklumat kelab, statistik kelab, arkibmultimedia, ruangan borak dan laporan pertukaran pemain.
Inter milan
Kelab terakhir yang berada di dalamsenarai adalah Inter Milan. Laman Webkelab ini merupakan salah sebuah kelab yang mempunyai paling ramai pemainnyaberaksi di Piala Dunia 98. Dalam laman Web ini mengandungi maklumatkelab, jadual perlawanan, kedai web dan ulasan audio yang disiarkan terusmenerus daripada venue perlawanan.
Ia juga memaparkan gambar menarikmemgenai para pemain kelab dan perlawanan mingguan mereka di mana pemainyang paling banyak dipaparkan ialah Ronaldo. Menerusi laman Web ini jugaanda boleh mendapatkan majalah kelab, Inter Football Club dengan melanggannyamenerusi laman Web ini.
[size=-1]Sumber : jalalmpc.tripod.com |
|
|
|
|
|
|
|
kelab newcastle yg duduk kat division bwahan pun termasuk antara yg terkaya didunia.mungkin sbb x byk hutang kot |
|
|
|
|
|
|
|
Strategi pemasaran Man U tetap terbaik.Biarpun tak segah Real madrid dari segi kejuaraan, Man U mempunyai peminat yg paling ramai di dunia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|