CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2437|Reply: 6

Surat 'menangis'

[Copy link]
Post time 24-12-2009 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Surat 'menangis' TEKUN gagal tarik peminjam bayar hutangKUALA LUMPUR 23 Dis. - Ibarat mencurah air di daun keladi.
Itulah perumpamaan yang sesuai digunakan terhadap 39,576 peminjamTabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang masih liat membayarhutang lapuk berjumlah RM130 juta.
Surat 'menangis' TEKUN yang dihantar kepada peminjam sejak Ogos lalumeminta mereka membayar hutang itu tidak mendapat maklum balas langsung.
Istilah surat 'menangis' digunakan oleh agensi itu untuk merujukkepada surat rayuan yang dihantar kepada peminjam di seluruh negarauntuk menuntut kembali hutang.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul RahimHassan yang kecewa dengan sikap liat peminjam tersebut berkata, agensiitu kini bersedia mengheret peminjam ke mahkamah.
Selain itu katanya, peminjam juga bakal berdepan dengan tindakandisenaraihitamkan yang sekali gus menyukarkan mereka membuat pinjamandaripada institusi kewangan lain.
''Kami sudah hantar surat rayuan menuntut hutang. Tetapi surattersebut tidak mendapat maklum balas daripada mereka. Kita tahu adapeminjam yang mampu tetapi sengaja enggan membayar hutang.
''Kami akan bawa kes mereka ke mahkamah sebagai pengajaran kepadausahawan lain. Selain itu tindakan menyenarai hitam juga akandilakukan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar yang menyebut kemungkinan para peminjam yang gagalmelunaskan bayaran pinjaman TEKUN disenaraihitamkan.
Ia sekali gus menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman daripada institusi kewangan lain.
Noh dalam laporan akhbar hari ini berkata, beliau akan meminta TEKUNmembincangkan cadangan itu dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan CreditTip Off Service (CTOS).
Mengulas lanjut Abdul Rahim berkata, operasi mengutip hutangdiperhebatkan lagi melalui pemantapan jentera agensi tersebut di ibupejabat serta cawangan seluruh negara.
''Mereka yang berhutang dengan TEKUN diminta supaya bertanggungjawab. Janganlah beranggapan hutang dana kerajaan tidak perludibayar,'' katanya.


alahai peminjam tegar.....bayar je laaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 11:21 AM | Show all posts
mase nk pinjam menangis..nk bayar lagi la..meraung terus..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:28 AM | Show all posts
banyak no penghutang yg tak bayo... yg pasti suamiku tak masuk senarai ek.. dia utang TEKUN gak, tp dia every month bayor x miss..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 05:46 PM | Show all posts
ni lah mempayahkan usahawan lain nk meminjam dengan tekun, tekun ekceli bukan taknak bagi, tp sbb kes macam ni lah.. tau pinjam banyak2, taknak byr, duit buat joli bercuti sana sini, kahwin pasang 2-3.. last2 kecundang, nape laa tekun tak minta gadaian ek.. mcm rumah ke.. tanah ke.. keta ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 06:55 PM | Show all posts
Tekun ditubuhkan bantu peniaga kecil cam aku nih..kalu pakai geran,rumah ,emas,harta karun..mampos usahawan Melayu mati kera nak dapat pinjaman...

org dah murah hati bagi pinjaman,liat nak bayar...
Oh Melayu...sampai bila nak layu???
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 08:32 PM | Show all posts
Itu le, macamana business nak berkat....dah dapat loan, bukan nak berusaha hingga titisan darah terakhir berniaga. Fail..lps tu tak bayar..duit sapa...duit kerajaan,..duit kerajaan tu duit sapa..? duit rakyat..

So, halal ke berniaga cara ni...?

Yang cemerlang untung pon, for sure, ramai ..dan rasanya mesti ada juga yg tak nak bayar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2009 10:51 PM | Show all posts
kerana peel segelintir peminjam yg buat hal macam nilah yg menyusahkan bakal2 peminjam lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.584811 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list