CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6090|Reply: 21

Trengganu ~ Berhati-hati - Jangan Mandi / Main Di Tepi Pantai

[Copy link]
Post time 19-12-2009 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Musim tengkujuh ni amat merbahaya untuk bermain-main dan mandi-manda di tepi pantai. Baru sekejap tadi isteri ambo telefon, beliau berada di Pantai Teluk Kalong.... ada mangsa terkapai-kapai mtk tolong. Ombak terlalu kuat, hanya mampu diperhatikan dari jauh. Akhirnya mangsa tersebut tenggelam dan tidak dapat diselamatkan.

Aku duk bercakap menerusi telefon terus tergamam.... begitu mudahnya kembali kepada Illahi.... dikhabarkan mangsa tersebut datang dari K. Lumpur dan isterinya sarat mengandung. Nak dijadikan cerita si isteri ini mengidam nak sentuh ombak.... wallahuallam...

Baru sahaja kita dikejutkan beberapa hari yang lalu... menantu dan mertua dari Johor... lemas di Pantai Rantau Abang....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

Pesanan buat semua.... berhati-hati dan seboleh-bolehnya elakkan dari bermain atau mandi manda di pantai pada musim tengkujuh ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 07:55 PM | Show all posts
baru nk ajak sedara2 gi mandi pantai..huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 08:24 PM | Show all posts
baru nk ajak sedara2 gi mandi pantai..huhuhuh
alia_sumaiyyah Post at 19-12-2009 19:55



uikss...jangan la carik bala...

aku tetiap ari pegi kerja lalu kot tepi pantai rs takot...ombak kuat betul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 09:14 PM | Show all posts
rasanya kat situ....
mmg ada papn tanda amaran - larangan mandi...

klu tak musim tngkujuh pun...mmg kwsn larangn mandi...

pntai teluk ketapang + pantai batu buruk...

tambhn skrg baru jer ditmbak laut tu...
lagi la...haru biru arus bwh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 08:00 AM | Show all posts
Musim2 gini jangan la gi mandi pantai... tempah maut namanya...

Kalau nak gi pun tunggu selepas Raya Cina... time tu angin dan ombak pun dah slow...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 03:37 PM | Show all posts
biasa jgk pergi pantai teluk kalong tu masa bljr kt situ.. hmm..kesian kt isteri yg tgh pregnant tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2009 09:18 AM | Show all posts
kalu gi pantai pon setakat lepak kat kedai makan okay lah...tengok ombak dari jauh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 10:33 AM | Show all posts
Pak Su lemas
Oleh Hadzlan Hassan, Noor Aznida Alias dan Mohd Zawawi Mat Ail
[email protected]


KEMAMAN: Keasyikan dua saudara bermain bola sepak di tepi Pantai Telok Kalong, dekat sini berakhir tragedi apabila mereka ditarik ombak besar tiba-tiba menghempas dan mengheret kedua-duanya menyebabkan seorang ditemui lemas.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika mangsa, Mohd Norizan Shuid, 27, dan anak saudaranya, Mohd Amirullah Isa, 16, hendak membasuh kaki selepas bermain bola sepak di kawasan berkenaan.

Selepas dihempas ombak, kedua-dua mangsa ditarik ke laut dan mangsa dikatakan dihanyutkan sehingga 50 meter ke tengah manakala Mohd Amirullah, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Paka terselamat apabila sempat berenang ke pantai.

Mohd Amirullah berkata, dia terkilan dan sedih kerana gagal menyelamatkan bapa saudaranya itu ketika kejadian.

“Saya cuba memegang tangan Pak Su tetapi terlepas kerana dipukul ombak kuat menyebabkan saya terpaksa menyelamatkan diri dan terus berenang semula ke pantai,” katanya.

Mohd Amirullah berkata, sebelum kejadian bapa saudaranya selalu menyebut mengenai mati ketika mengajaknya berjoging di sekitar pantai Teluk Kalong Jumaat lalu dan berasa pelik kerana bapa saudaranya jarang berjoging bersama.

Isteri mangsa, Rosliza Idris, 23, berkata dia tidak menyangka arwah suaminya yang bersungguh-sungguh mengajak singgah di pantai bermain bola bersama ahli keluarga lain berakhir tragedi.

Lebih menyedihkan, katanya, ia berlaku di depan mata dan pada masa sama dia hanya mampu melihat mendengar jeritan suami tanpa berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya.

“Sebenarnya beberapa hari sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan kelakuan aneh dengan melakukan beberapa perkara tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Dia keluar joging di awal pagi, rajin memasak dan kelihatan lebih mesra dengan keluarga iparnya. Walaupun pelik tetapi hanya mendiamkan diri,” katanya.

Menurutnya, lebih menghairankan apabila arwah mengajak untuk singgah di Pantai Teluk Kalong untuk bermain bola sedangkan ketika itu mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kursus di Kolej Universiti Tati, Kemaman.

“Kami pulang ke kampung halaman saya (Paka) kerana arwah terpaksa menghadiri kursus selama seminggu di sini dan mengikut perancangan kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur tengah hari esok (Ahad), malah tiket bas sudah dibeli.

“Namun saya tidak menyangka kepulangan kami kali ini berakhir tragedi, walaupun sedih saya pasrah ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim, berkata sebaik menerima maklumat, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat sejurus menerima laporan.

http://www.hmetro.com.my/Current ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 12:47 PM | Show all posts
lagi tempat bahaya, pantai pandak chendering, pantai kelulut marang ngan lagun kuala ibai. situ berape ramai doss mati.. ambe pung penoh tengok sendiri orang lemas kat lagun kuala ibai tuh.. musim2 tengkujuh gini doksoh tebeng lah gi mandi laut walaupun cuaca panas..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 01:06 PM | Show all posts
tak silap thread nie ade jugak kat board ci kang...?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 01:07 PM | Show all posts
ape citer...?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 01:09 PM | Show all posts
maring dulu member lama ajok gi nanguk anok ikang kerapu di patai pengkalan gelap..
tapi dok dang sebab nok balik KL..
tengok ombok kuat gile..
tanya org lama situ..lagi besor ombok lagi ramai anok khapu main air..
die org lagi suke sebab sumber rizeki die..
buleh la seratu-dua sorang2 duk kutip anok kerapu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 02:15 PM | Show all posts
thread ni bagus utk peringatan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 07:04 PM | Show all posts
lalu kat pantai teluk lipat,dungun td...rama org kat pata..ade org mati lemas lg..dgr2 citer 2 org.. xsure budok2 ke org dewasa..yg tau..leh laa update..xberenti pon tgk..lalu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 10:51 AM | Show all posts
Kena sentiasa beringat...

http://www.hmetro.com.my/Current ... /Article/index_html


Adik masih hilang

DUNGUN: Mayat seorang daripada dua beradik yang lemas di Pantai Teluk Lipat, di sini, kelmarin, ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 8.45 pagi semalam.

Mayat Ahmad Amirul Hafiz Jaafar, 9, ditemui dalam keadaan sempurna oleh skuad ronda pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira 50 meter dari tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Dungun (HD) untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun, mayat adiknya, Ahmad Amirul Haikal, 9, masih belum ditemui sehingga jam 6 petang semalam. Dua beradik berkenaan dilahirkan pada awal dan hujung tahun sama.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Leftenan Mohd Nooryusri Md Jusoh, berkata skuad ronda pantai JPAM melakukan operasi mencari bermula jam 8 pagi mulanya menyangka mayat mangsa yang dilambung ombak itu sebuah pelampung.





“Selepas diperhatikan dari tebing pantai selama setengah jam, baru anggota kami menyedari objek itu seorang daripada mangsa lemas,” katanya.

Menurutnya, anggotanya kemudian berenang untuk mengambil mayat mangsa yang hanya berseluar denim sebelum menghantarnya ke HD menggunakan kenderaan pacuan empat roda jabatan itu.

Jenazah mangsa kemudian selamat dikebumikan kira-kira jam 3 petang di Tanah Perkuburan Islam Sura Jety, dekat sini.

Nenek mangsa, Dolha Mohd, 60, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka panggilan telefon daripada suaminya ketika berurusan di Bank Simpanan Nasional (BSN) memberitahu kedua-dua cucu kesayangannya itu lemas.

Menceritakan kejadian pada petang hari kejadian, dia keluar rumah dengan memandu kereta ke bank di bandar Dungun manakala suaminya bersiap untuk solat Asar dan ketika itu kedua-dua cucunya bersama rakan mereka bermain di belakang rumah.

“Beberapa hari sebelum kejadian itu, saya rasa pelik apabila tangan menggeletar menyebabkan pinggan dipegang jatuh terhempas,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 03:37 PM | Show all posts
aku tgk ombak kat pantai trg le ni..takut jer...tak mcm dulu zaman aku budak2...
laut dia cam nok makang org jer...ngeri..tok soh tebeng mendi lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 03:16 PM | Show all posts
isnin lepas my officemate mati lemas kat paka... arwah pandai berenang, tp dh ajal... bukan musim tengkujuh pun sekarang... panas terik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 06:03 PM | Show all posts
betul2 ambe balik kg dop brani nak mandi sebab ombak dia kuat n sgt dalam kat tepi tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 07:07 PM | Show all posts
isnin lepas my officemate mati lemas kat paka... arwah pandai berenang, tp dh ajal... bukan musim tengkujuh pun sekarang... panas terik...
juya79 Post at 18-2-2010 15:16

mmg panas terik..tapi kalo ikut kiraan org tua2..jangang mandi pata sebelum abis bulan raya cina ni,.,.sokmo sebelum raya cina angin kuat, ombak beso..kami panggey ombok+angin raya cine,,ekceli perubahan monsun..cume thn ni je dok wape nok ujang..sokmo2 ujang+mendung+angin kuat
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 07:27 PM | Show all posts
betul wata.. org kg ambe pun kata gtu gop
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064265 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list