CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18765|Reply: 111

Operasi cermin gelap

[Copy link]
Post time 17-12-2009 10:28 AM | Show all posts |Read mode
JPJ Saman 1,107 Pemandu Kenderaan Guna Cermin Gelap

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman terhadap 1,107 pemandu kenderaan yang menggunakan cermin gelap di seluruh negara sejak Januari tahun ini hingga September lepas.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, jumlah saman yang dikeluarkan itu lima kes lebih rendah berbanding jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 1,112 kes.

Bagaimanapun, katanya jumlah tahun ini dijangka meningkat kerana jumlah saman tersebut belum diambil kira untuk tempoh tiga bulan terakhir, tahun ini, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim berkata, pihaknya akan menggunakan lebih 10 mesin pengukur cermin gelap atau mesin "autolight" untuk mengesan kenderaan yang menggunakan cermin gelap.

Menurutnya, alat itu akan ditempatkan di dua stesen JPJ utama di Mentara, Gua Musang dan Bukit Bunga, Jeli yang beroperasi 24 jam. "Mesin ini mampu mengesan tahap dibenarkan mengikut ukuran (ujian) waktu malam dan siang cermin hadapan tidak kurang 65 peratus, manakala cermin belakang dan sisi hendaklah telus cahaya tidak kurang 45 peratus," katanya.

Beliau berkata, dengan penggunaan mesin baru itu tahap ketelusan cahaya dinaikkan sedikit berbanding sebelum ini 70 peratus untuk cermin depan dan 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang.

Sehubungan itu beliau meminta pemandu kenderaan mematuhi peraturan pemasangan cermin gelap atau filem pada kenderaan mereka bagi mengelakkan diambil tindakan mengikut Akta JPJ. - BERNAMA


Suka-suka je naik..dulu 60%,skrg 70%..ingat kita cap duit ka.


Patutnya JPJ,Kastam dah buat guideline utk keta yg masuk mesia espcly keta recon dari jepun yg nak dikatakan kesemuanya dah pasang permanent cermin gelap,ni tak..lepaskan gak n paksa pembeli tukar ikut spec mesia,used car pun selamat gak............sial:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 10:43 AM | Show all posts
bahaya nih.........kena fikirkan sesuatu.....arghhh.......!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 10:49 AM | Show all posts
huhu kena saman jugk pasal cermin tinted gelap... kena hantar keta g cek dulu,pastu baru jatuh saman,  lesen aku pun tak leh renew sbb tak setel kes tinted gelap ne..adoii...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 10:58 AM | Show all posts
adoii..baru cadang nak tempek..cuaca panas skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 11:27 AM | Show all posts
aku kalau ada road block mesti aku turunkan ke 4 cermin aku..
sbb gelap.. kalau x trn nanti kena tahan...huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 11:27 AM | Show all posts
4# cashguy
Dah lama dh tempek...dh 3 taun..takat ni ok lg...(panehhh woooo,mna bley tahan)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2009 11:42 AM | Show all posts
kalau kete hatchback 3 cermin belakang gelap xpe kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 12:00 PM | Show all posts
saman je budak2 jahat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2009 12:28 PM | Show all posts
7# Rempit_25

Tak jugak...kena klu pakai recon car mampus la..

Yang aku pertikaikan undang2 tu apasal kena kat ikan bilis je,JPJ tak kan taktau kot semua keta recon yg masuk mesia tu memang dah permanent cermin gelap...gi la saman kastam yg kasi lepas semua keta tu..:@
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:07 PM | Show all posts
ok, jgn pula VIP2 bila ditahan kasik lepas saja yerk..Double Standard namanya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:20 PM | Show all posts
bukan aje VIP... kawan aku driver kenderaan kerajaan pun lepas....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:23 PM | Show all posts
br nk buat tinted gelap..kensel lah...duit saman tu baik aku kumpul beli handbag ke perfume ke...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:26 PM | Show all posts
10# sixfullbar

betul tu...kalau nak saman tu biarlah sama rata
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:32 PM | Show all posts
br nk buat tinted gelap..kensel lah...duit saman tu baik aku kumpul beli handbag ke perfume ke...
lurve82 Post at 17-12-2009 14:23


Yang gelap je ke kena? Kalau silver dengan hijau agak - agak lepas tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:40 PM | Show all posts
entahlah apa maksud mereka dgn gelap ni..

ikut pemahaman aku, kalau gelap macam ni



jadi peraturan ni patutnya tak kenalah pada tinted reflective macam warna emas, hijau tu miahahahaha..

nak kata bod, jawatan pengarah tu hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:43 PM | Show all posts
ada sebab kenapa kereta dari jepun (mpv terutamanya) cermin belakang tu digelapakan sebagai factory standard..

biasanya barang2 yg agak berharga kita simpan kat dalam bonet kalau kereta sedan..bagi kereta mpv, tinted gelap digunakan sebagai cara utk org lain tidak nampak apakah barang yg kita simpan 3rd row kereta tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 03:09 PM | Show all posts
entahlah apa maksud mereka dgn gelap ni..

ikut pemahaman aku, kalau gelap macam ni

http://www.101modifiedcars.com/modified-cars-pictures/nissan/nissan-altima-coupe/modified-nissan-altima-coupe- ...
sixfullbar Post at 17-12-2009 14:40


Kiranya tinted hijau lepas le yer? Selamattt....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 03:17 PM | Show all posts
kalau kena tahan, habaq kat pegawai jpj tu " bos kau cakap tinted gelap, takde pon dia kato tinted hijo" miahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 03:30 PM | Show all posts
kalau kena tahan, habaq kat pegawai jpj tu " bos kau cakap tinted gelap, takde pon dia kato tinted hijo" miahahahaha
sixfullbar Post at 17-12-2009 15:17


Suratkhabor mana ye? Nak potong kasik letak dalam file.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 03:43 PM | Show all posts
12# lurve82
simpan duit untuk kawin lagi elok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.326376 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list