CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44073|Reply: 393

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 16-10-2009 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Well....sebab banyak sangat kena kutuk.... ...so, aku pun akan sambung la cerita ni.
KHAS UNTUK KORANG!!!
Mmmm..tapi, aku bagitau awal2...cerita ni mungkin lebih complicated.
So, aku cuba taipla secepat mungkin.
To Jaza...jalan cerita ni lari habis dgn apa yg ko fikir...
kekekekeeke .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 01:00 PM | Show all posts
1# fizziany

thank you fizzy! thank you!! :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 02:21 PM | Show all posts
fizzi....
aku suka..aku suka... akan ku tunggu sambungan cite ni sampai ker garisan penamat

tq fizzi. cecepat taip ek cite ko nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 03:33 PM | Show all posts
ape cite nyeR???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2009 09:09 PM | Show all posts
LARA DI HATI KITA 2.


Pagi. Alisya menghidupkan enjin keretanya. Suasana pagi yang masih segar direnungnya puas2. Kanak2 sibuk menunggu bas sekolah di hadapan rumah masing2. Suasana di taman perumahannya memang meriah.

        Alisya mengukir senyum. Kemeriahan itulah yang mampu mengubat sepinya hidup bersendirian di kota. Alisya merenung langit biru, melihat kalau2 ada kapal terbang yang sudi berlalu di depannya. Namun, kosong. Alisya tarik nafas dalam2. Satu hembusan nafas berat dilepaskan.

        Working time!!!!Alisya segera mematikan lamunannya. Dia perlu segera sampai ke pejabat. Hari ini, ketua jabatannya akan mengadakan mesyuarat tertutup dengan semua ketua2 jabatan.

        Keretanya terus meluncur. Celoteh DJ radio bercakap tak ubah bak bertih goreng, pop-pap, pop-pap, tanpa henti. Alisya sengaja menguatkan bunyi radio. Biar ia menenggelamkan lara yang terbuku dihatinya sejak 3 bulan yang lalu. Sejak pemergian Aril dari hidupnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2009 09:10 PM | Show all posts
Bilik mesyuarat Syarikat  Megah Group Sdn. Bhd sesak. Ketua Bahagian Pembangunan Pemasaran, Encik Shahrul sedang sibuk menghuraikan projek baru yang akan dijalankan.

        “Kita akan buka beberapa cawangan chalet kita di beberapa buah pantai. Tapi, untuk permulaan, projek ini akan dimulakan dengan 3 buah tempat sahaja iaitu di Johor, Langkawi dan  Terengganu. Kita akan jadikan 3 lokasi ini sebagai pilot-trial. Setiap lokasi akan diketuai oleh seorang Area Manager yang akan dilantik sebentar lagi. Kami di syarikat ini menjanjikan kepada semua team, mana2 team yang berjaya melaksanakan projek chalet ini dengan jayanya, segala sistem yang digunapakai, akan dilaksanakan kepada semua chalet yang lain dan yang akan dibuka nanti. Dan of course, untuk team itu, semua ahlinya akan mendapat ganjaran yang setimpal,” ujar Encik Shahrul sambil memandang segenap ruang di dalam bilik mesyuarat itu.

        “Apa key performance index yang digunapakai untuk mengukur team mana yang berjaya?” Mastura, senior Alisya menyoal.

        “Sale. Customer Services. Jumlah Crowd.Dan Chalet ambience. Itu untuk permulaan. Selepas itu, kita akan tambah lagi bagi meningkatkan taraf dan mutu perkhidmatan chalet kita,” balas Encik Shahrul.

        Masing2 mengangguk. Alisya mengerutkan keningnya.

        “So..sekarang, saya akan umumkan team yang akan bergerak ke 3 lokasi tadi..” Encik Shahrul mengambil sehelai kertas lalu membaca nama2 yang tersenarai
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2009 09:11 PM | Show all posts
Mastura memeluk bahu Alisya. Gembira tak terkata dia bila dia dan Alisya akan berada dalam satu kumpulan. Kumpulan itu akan diketuai oleh Mastura. Alisya senyum dan akur sahaja.

        Mastura lebih lama berkhidmat di syarikat itu berbanding dirinya. Jadi, bagi Alisya, layaklah Mastura menjadi ketuanya bagi projek itu.

        “Kita akan buat yang terbaik Alis! Akak yakin, kita akan dapat jadi the best group..”kata Mastura. Alisya senyum lantas angguk sahaja.

        Alisya duduk semula di tempatnya. Alisya merenung  segenap ruang tempat duduknya. Sekeping gambar diselak dari celah2 kalendarnya. Gambar itu direnungnya lama. Gambarnya bersama Aril semasa di tingkatan 5. Aril…di mana kau? Alisya senyum pahit. Gambar itu disimpan kemas di dalam diarinya. Tempatnya itu akan ditinggalkan selama 3 bulan. Dia akan ke Johor 2 hari lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2009 09:15 PM | Show all posts
Aril merenung kepingan kertas yang keluar dari mesin cetak satu persatu. Perasaannya kosong merenung setiap kertas yang keluar.Kertas putih, keluar dari mesin itu dengan pelbagai warna. Aneh…hihi…Aril tersengih. Macam tulah hidup manusia, waktu mula2 lahir, hati bersih, suci, kosong. Tapi bila sudah bercampur dalam dunia yang kejam ini, hati yang putih sudah bertukar warna. Ya...dunia memang kejam.

        Hihihi…Aril tersengih2. Kepalanya mengeleng2 melihat kepingan kertas yang keluar.

        “You okay?” bahunya tiba2 ditepuk dari tepi. Aril diam. Malas hendak berpaling kea rah wanita cina di sebelahnya. Carol mengambil tempat di hadapan Aril.Wajah Aril direnungnya sayu. Aril sudah tidak seperti dahulu lagi. Sudah jauh berbeza dengan Aril yang dikenalinya semasa belajar dahulu.Dahulunya dia sangat mengambil berat. Sekarang, dia seperti tidak peduli akan hal disekelilingnya. Langit runtuh pun dia takkan peduli.

        “You kata nak pergi makan kat restoran jepun tu. Jomlah,”ajak Carol sambil mengepit tas tangannya. Aril memandang wajah Carol. Wajah yang tak pernah hilang dari pandangan matanya tak kira saat dia suka atau berduka. Ada lagi ke saat suka dalam hidup aku? Hihihi…Aril senyum sendirian.

        “Aril…you boleh tak jangan suka ketawa sorang2 macam ni? I takut tau..” marah Carol.

        Aril masih diam. Dia mengutip kepingan kertas yang siap dicetak lalu di susun kemas di atas meja di tepi mesin cetak itu.

        “You nak pergi makan tak?” soal Carol yang mula marah melihat Aril yang tidak mempedulikannya.

        “Customer I nak ambil benda ni esok. Lagi 2 ribu copies I kena print ni..”kata Aril acuh tak acuh.

        “Suruhlah pekerja you buat. Buat apa you hire diorang susah2..” rungut Carol sambil membuntuti Aril. Aril diam.

        “Come on lah Aril. Kalau I tak paksa you makan, I know you won’t eat for the whole day! Come,” lengan Aril ditarik. Aril terpinga2. Hendak tak hendak langkah Carol diturutinya juga. Pejabatnya ditinggalkan kepada 2 orang pekerjanya yang masih belum keluar makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2009 09:20 PM | Show all posts
Alisya duduk bersebelahan abahnya di serambi rumah. Perjalanan ke Johor membuka ruang baginya untuk singgah sebentar di kampung halamannya. Pak Mad senyum, memberi ruang untuk Alisya duduk.

        “Abah buat apa ni…tak tidur lagi,” sapa Alisya. Bunyi cengkerik bersahut riang bagai menyambut kepulangan Alisya. Aniah, suaminya dan anak2nya sudah tidur. Jam sudah menunjukkan pukul 12.24 pagi.

        “Kamu tu kenapa tak tidur lagi. Kan esok kamu nak berjalan jauh,” kata Pak Mad pula. Alisya senyum sambil menghirup udara malam.

        “Sayang nak tidur. Dapat balik ke kampung sehari saja, rasa tak nak tidur. Alis nak berjaga aje. Nak teman abah..” kata Alisya. Pak Mad senyum. Masing2 terdiam sejenak.

        “Alis..” Pak Mad mula hendak bersuara. Alisya pandang abahnya.

        “Kamu tak teringin nak berkahwin ke? Umur kamu dah makin lanjut. Abah kalau boleh, nak kamu berkahwin, sebelum Isyam kahwin…” Pak Mad memandang tepat ke wajah Alisya. Buntang mata Alisya memandang wajah Abahnya.

        “Abah bercakap soal kahwin?” soal Alisya kembali bagaikan tidak percaya.

        “Alis…abah tahu. Kamu ada kerjaya yang baik. Gaji yang baik..Kehidupan yang baik. Rumah sendiri ada. Kereta ada. Tanah kebun yang kamu beli. Itu semua untuk siapa Alis?” soal Pak Mad. Alisya terdiam.

        “Untuk…anak2 Ann..atau anak2 Isyam..” balas Alisya sambil menyelak helaian rambut ditelinganya. Pak Mad senyum pahit.

        “Itu anak Ann…anak Isyam…Kamu perlukan seseorang untuk menjaga kamu bila kamu tua nanti Alis..” kata Pak Mad.

        “Anak2 Ann atau Isyam, anak2 Alis jugak abah..” kata Alisya pula. Pak Mad menghembus nafas lemah. Dia tahu, Alisya mempunyai hati yang keras. Sejak zaman sekolah, hinggalah zaman dia menjadi anak dara yang selalu dirisik orang kampung, Alisya memang tidak pernah menyebut tentang lelaki. Dia seperti tidak berminat kepada hal2 perkahwinan.Benarkah Alisya memang tidak berniat untuk kahwin?Atau...ada sesuatu yang disembunyikan oleh Alisya daripada pengetahuannya? Pak Mad terdiam dalam resah.

        “Abah harap, kamu kerja jangan teruk sangat. Kadang2, simpankan sikit masa kerja kamu, untuk diri kamu. Sementara kamu masih muda, duit ada, kemudahan ada, carilah kebahagiaan untuk kamu. Kita hidup atas dunia ni, bukan untuk diri kita seorang diri sahaja..” kata Pak Mad.

        Alisya renung abahnya. Lidahnya kelu untuk menjawab kata2 abahnya. Alisya menggenggam erat tangan abahnya.

        “Abah jangan bimbang. Alis bahagia sekarang,” kata Alisya dalam nada sebak. Bibirnya mengukir senyuman. Pak Mad senyum. Dia merenung wajah Alisya. Kalaulah arwah isterinya masih ada, pasti isterinya sudah membebel kepada Alisya sekarang. Kenapa liat sangat nak kahwin!

        “Jomlah…naik tidur..” Pak Mad bingkas bangun. Alisya angguk.Dia turut bangun. Malam kian larut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 01:30 AM | Show all posts
..aku sayang kat ko fizzi..hopefully happy ending for Alis & Aril...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 07:36 AM | Show all posts
nak lagi fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 09:39 AM | Show all posts
..aku sayang kat ko fizzi..hopefully happy ending for Alis & Aril...
jijah Post at 18-10-2009 01:30



aku pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 10:00 AM | Show all posts
aku pun sama..
cmf_norb_ina Post at 18-10-2009 09:39


aku pun sama gak fizzi... cecepat taruk lagi banyak2 n3 ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 03:08 PM | Show all posts
I luv u fizzz, luv u sooo much, muah muah:pompom: Jgn lupa taw, happy ending plzzzz;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 03:21 PM | Show all posts
thanks a lot fizzy...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 08:01 PM | Show all posts
Fizzy.. love u soooo much.. hope this time happy ending untuk mereka ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2009 10:31 PM | Show all posts
....aiseyman....
ni yg buat aku nak menaip 24jam nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2009 10:34 PM | Show all posts
Carol merenung Aril di sebelahnya yang baru sahaja pulang dari berjumpa pelanggan. Aril duduk di meja makan sambil membuka menu yang tersedia di depannya.

        “Dapat tender tu?” soal Carol. Aril senyum, lalu angguk.

        “Thank God!” Carol menarik nafas lega. Aril masih meneliti menu di depannya.

        “Aril…” Carol merenung Aril. Aril angkat muka, memandang Carol di depannya.

        “You tak pernah nak hargai kewujudan I disisi you kan?” kata Carol. Aril terkesima. Dia terdiam dengan soalan itu. Aril tunduk.

        “I dah bertahan dengan perangai you ni sejak dulu. Tapi, you tak pernah berubah. Frankly speaking, buat apa you nak ingatkan Alisya tu. Dia tinggalkan you. Dia tolak you. Dan you masih lagi nak menyimpan perasaan you tu pada dia lagi?” soal Carol geram.

        Aril diam membatu. Kata2 Carol tidak dibalas.

        “Itu hak I…perasaan I..” kata Aril perlahan. Carol mendengus marah.

        “Balik2 perasaan..hati….Habis, you fikir dia ada hati dengan you? Dia ada perasaan pada you? Dia anggap you tak ubah macam kawan2 dia yang lain. Dia anggap you sama macam orang lain…Orang macam tu layakkah untuk you fikir tentang dia siang dan malam?” soal Carol geram.

Aril terdiam, merenung menu makanan didepannya. Hatinya bergelojak. Kata2 Carol itu ada kebenarannya. Namun. Dia tidak suka Alisya dikutuk sebegitu.

        “I nak balik..” Aril bangun. Carol ternganga. Aril sudah beredar dari restoran itu. Carol terkedu. Aduhh….why must he leave me???Hati Carol mendesah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2009 10:35 PM | Show all posts
Alisya memerhatikan chalet kampung yang berderet di tepi pantai. Pasir pantainya masih putih bersih. Alisya merenung laut biru luas yang terbentang didepannya. Bagai terngiang2 di telinganya, saat2 dia bersama Aril sewaktu di pantai di kampungnya. Senyuman Aril masih berlegar2 di ruang matanya. Alisya senyum pahit sendirian.Angin sepoi2 bahasa bertiup, hampir2 menjatuhkan topi Alisya. Cepat2 Alisya membetulkan topinya yang besar gedabak.  

        “So, macammana Alis? What can we do  so that ramai orang datang ke sini..” soal Kak Mastura kepadanya. Alisya kaget. Dia tanya aku? Bukan dia ada experience lagi banyak ke dari aku? Setahunya, sebelum Kak Mastura menyertai jabatan itu, kak Mastura sudah 7 tahun berkhidmat di syarikat itu, tetapi dalam bidang lain.

        “Emm…tempat ni memang cantik. Lokasinya pun strategic. Saya nampak, kita tak ada banyak masalah untuk mendapatkan ramai pelanggan. Satu, ruang parkir yang luas membolehkan ramai pelanggan datang ke chalet kita. Kalau tak menginap pun, mereka boleh makan di restoran kita.Kemudian, kampung ni dekat sahaja dengan kawasan pekan. Bandar pun, Cuma mengambil kira2 24 kilometer saja dari chalet ini. Jadi, saya rasa. Kita kena buat satu kertas kerja untuk Promosi dan pengiklanan tentang tempat ni. Tapi, caranya kena betul2lah..Maksud saya, Promotion and Advertising tu must be strong enough to bring the crowd here,” kata Alisya.

        Kak Mastura angguk. Brilliant budak ni!

        “So, kalau macam tu, balik ke chalet nanti, kita draf proposal tu, then, kita submit pada Encik Shahrul esok. Kerja ni nak kena cepat. Kita cuma ada masa 3 bulan saja,” kata Kak Mastura.

        Alisya angguk. Jalan menuju ke chalet dituju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2009 10:37 PM | Show all posts
Alisya membincangkan draf bersama2 kak Mastura di dalam bilik chaletnya. Pelbagai idea dilontarkannya. Anehnya, semuanya diterima sahaja oleh Kak Mastura. Kak Mastura Cuma menokok tambah beberapa idea.

        Hampir 3 jam berbincang mengenai proposal itu, kata putus diambil.

        “Kau taip elok2. Esok, kau pas kat akak. Akak akan fax pada Encik Shahrul. Harap2, dengan proposal ni, kita dapat buat yang terbaik untuk projek ni..” Kata Kak Mastura teruja.

        “Saya ke yang kena taip kak? Alahai..saya dah malas malam2 ni..” rungut Alisya. Kak Mastura bangun dari katil Alisya.

        “Alah..kau tolonglah akak buat. Kau tolong akak hari ni, insya-Allah…esok2 bila projek ni berjaya, akak tolong kau pulak..” kata Kak Mastura. Alisya menjungkit keningnya. Tidak faham kata2 Kak Mastura.

        “Alis…projek ni adalah pilot-trial. Kalau kita berjaya, akak confirm, apa kita mintak , kita akan dapat…” kata Kak Mastura.Alisya terdiam memikirkan kata2 kak Mastura.

        “Saya tak kisah sangat tentang apa yang bakal kita dapat. Tapi, saya Cuma harap, projek ni berjaya. By the way, saya rasa satu copy proposal ni perlu di serah pada Encik Habib, deputy CEO kita. Dia turut in-charge dalam projek ni,” kata Alisya.

        “Betul2. Eh!Encik Habib tu hensem kan…agak2 dia mesra tak?” soal Kak Mastura. Alisya terkedu. Kenapa perlu ditanya soalan begitu pada Deputy CEOnya yang sudah berkahwin???

        “Ala…rilekla…skandal kecik2 ni takpe Alis…buat motivasi untuk kerja,” kata Kak Mastura. Alisya sengih. Dia tidak faham situasi itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.296525 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list