|
Post Last Edit by FreeMen at 16-10-2009 21:28
Gua ingin diskas sedikit pasal menjadi 'true' bila bergelar penyokong kental. Menyokong pasukan Bolasepak (baca : dalam EPL) adalah trend yang berkembang pesat diseluruh dunia.Tidak kiralah kutu itu berada di kota London,mahupun di Kampung Kokdiang, mereka boleh jadi penyokong.
Dari kaedah human saikologi, melibatkan diri, menyertai, mengetahui, membicarakan atas sesuatu yang best dan glamor boleh menjadi social asset kepada seseorang individu. Perkara sama juga berlaku dalam hal berkaitan fenomena EPL. Seseorang itu boleh saja melibatkan diri, menyertai, membicarakan, mem-impersonate segala hal mengenai EPL seterusnya menjadi penyokong pasukan yang dirasakan best. Namun,tidak semua mereka itu 'true'.Jika silap langkah, mereka boleh rebah ke dalamlembah kehinaan seperti Poyo, Poser dan Lalang.
Ok,gua nak lebih zoom pada kategori yang paling susah nak dicapai olehpenyokong pasukan EPL (Manchester United, Arsenal,Chelsea atau Liverpool.. gua amek yang Big Four dulu) iatu menjadi seorang yangTRUE. Beberapa sifat boleh kita observe sebagai guideline untuk meng-identify sifat sifat penyokong yang TRUE.
1.Pemikiran yang tajam dan otak yang cerdas
Penyokong yang kenal pasukan yang disokong.siapa Team utama, team simpanan, posisi player, tektikel jurulatih, percaturan permainan, perang saikologi, analisis pemain, sejarah kelab, historic events, scoring legends, iconic players, awards and winning, curse and losing.. Dengan menguasai segala fakta fakta team (kalau khatam sekali fakta team lawan lagi stail wehh), barulah orang respect bila lu klem lu sokong etc etc.
2.Memiliki Jiwa Tulus dan hati suci
Ini agak sukar nak dikecapi.Sebab hal hal perasaan ni dia kena meresap sendiri. Penyokong yang boleh dapat tahap Dewa ni gua boleh kata 'he's there already'. Contoh: Bila pasukan yang disokong kalah, beliau boleh bertukar mood kepada bangsat punya sedih. Jenis sampai menangis pun boleh jadi. Ini bukan jiwang atau kes hati lembik.. tapi ini soal kepercayaan atau orang putih kata faith. Penyokong jenis ini, kalau team dia kalah pukul 3 pagi, pukul 11 pagi esok dia boleh sarung jersi lagi pegi jalan2 di KLCC. Dia takdak hal...
3.Jersey
Walaupun dia tak berduit.. tapi dalam sekali seumur hidup,paling koman dia jejak juga ke Al-Ikhsan angkat sekeping Jersey Home yang original. Tapi kalau dah memang takdak duit sangat, siam pun siam lah....
4.Tidak emosional
Penyokong yang True selalunya tidak emosional bila berdepan kritikan. Mereka tidak tewas dengan perang saikologi yang berbaur provokasi. pandai meng-hendel diri supaya dilihat tenang dalam kekalahan.. dan menerima kekalahan serta mengakui kelemahan demi kemenangan masa depan. Ini orang gua respect!.
5. Sokong dari kecik, bukan selepas masuk universiti. Jangan jadi poyo.
6. Menyokong tanpa kompromi.
Ini pun tahap dewa juga walaupun ada unsur bengap .Contoh:Gua tau la lu benci ManU, tapi jangan la sampai nak boikot AirAsia brader.. kahkahkah. Atau : Ahh semua air mabuk dia langgah, jack daniallah.. Heiniken lah.. Anchor lah..c uma Calsberg saja dia tak minum. Benci sapa tu woii?
7. Bila pegi kedai majalah, dia terkam majalah bola, bila dapat masuk intenet, dia terkam sokernet!.. Hah ini baru True bang....
Gua senaraikan 7 karektor utama sahaja. Mungkin ada lagi karektor karektor lain yang lu orang rasa menepati sifat sifat true, boleh saja lu orangbincangkan.
Pesanan: Jenis karektor bila menang sayang, bila kalah buang.. hahaha kalau jumpa memang sedap kena terajang..
Okeh dude,
Jadilah penyokong yang TRUE demi maruah diri, keluarga dan kawan kawan.
*credits to FdausAmad @ http://sokernet.blogspot.com/ atau http://fdausamad.blogspot.com |
|