CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4572|Reply: 31

Kubor....

[Copy link]
Post time 15-10-2009 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Salam sumer...

haa... mesti korang terkezut kan naper aku wat topik pasal kubor ni.... ni bukan nk bincang pasal hantu kubor ker aper ker... ni pasal hal ehwal perkuboran yg selalu terpikir kat kepala otak aku ni.... dari pemerhatian aku laa... kat JB ni... aku tgk kebanyakan tanah perkuburan nampak menakutkan.... pastu cam tak bersih laa ngan semak... pastu ada lak pokok2 besar yg menambahkan lagi suasana takut tu.... huhuhu!! sbg contoh aku tgk satu kawasan jirat cina.... cam kat highway nk ke Yong Peng kot kalu tak silap.... nampak very well organized... and derang siap leh nama kan 'taman memorial' lagi.... so mmg nampak yg bangsa asing ni lebih menghormati si mati...

mungkin pasal bayaran untok tanah perkuboran taman memorial tu agak tinggi jd derang leh bg best service... tak mustahil kiter ni umat Islam bole wat perkara yg sama kan??? so at least tak laa rasa cam takut ker, segan ker or cuak nk pegi kubor (cam aku ni... hehehe! - pengakuan berani mati beb!!!)

ni permerhatian aku pada tanah perkuboran kat JB laa... kat tempat lain aku tak tau lak laa camner... aku penah laaa jalan kat Ulu Bendul.... lalu kat kawasan kampung tu nampak laa ada tanah perkuburan lama... nisan pakai batu panjang tu.... mmg vintage abis... hehehe!! tu ok laa nampak cam well organized sket.... aku rasa bole lg naik taraf kot untuk mencantikkan lagi tanah perkuburan Islam...

~Just nk share pendapat kengkawan sumer...~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 12:34 AM | Show all posts
Kat tempat aku kalau ko booking satu kubor yang istimewa, diorang bagi satu kredit kat lagi...

Tempat aku kat Semenyih...

Nirvana Semenyih....

Boleh datang sini melawat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:34 AM | Show all posts
aku bab semak2 tu mmg sakit mata melihatnya.
alhamdulillah.. syukur. area kubur atok aku sgt terjaga.

cuma aku pernah lihat. satu kwsn perkuburan,
semua rumput2 di racun. termasuk yg di ats kubur.

eh boleh ke camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:42 AM | Show all posts
Raya tahun lepas, aku gi kubur Ampang...

Masa aku balik aku kutip cili padi yang tumbuh atas satu kubur tuh...ada 3 pokok...
Dapatlah setengah beg plastik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:46 AM | Show all posts
cili?? hoh berjasa pd tanah agak2 la. sampai ke kubur dowang tanam
sume kubur kat situ tanam cili ke?

bukankah bunga melur sepatutnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:49 AM | Show all posts
topik ini aku dah lama nak highlightkan tapi tak kesampaian

apapun bagi keadaan  kubur yg tak teratur ni aku persalahkan:

1 Org yg ada kuasa tapi tidak berfikiran jauh dan innovatif.
2 Penduduk dikawasan yg berhampiran buat tak kesah dan tak perihatin.
3 Kita sendiri yg tak kesah dan tak ambil perduli langsung.
4 Tiada sesiapa yg membuat intiatif atau mungkin pihak kerajaan tiada mata.

walaupun ISlam tidak mengalakkan kubur di perhebatkan seperti menghiasinya dgn batu mamar dan sebagainya ,akan tetapi sekurangnya biarlah ianya tersusun dan elok serta lanskapnya memaparkan kenyamanan dan kedamain.
serta mempunyai kemudahan2 yg diperlukan seperti parking, tandas, pejabat ,peta lokasi,kedai berkaitan, pejabat khidmat nasihat dan sebagainyalah.

Jadi bila ianya teraratur dan tersusun pelawat akan merasa tenang serta akan terasa utk melawati seberapa kerap.

aku pernah melawat satu kawasan kubur yg unik di Argentina ianya menjadi tarikan pelancung dan pelacung sendiri melatinya walaupun mereka bukan dari  kalangan penganut ugama simati.
kubur ini bertingkat2 ianya seperti tempat parking kereta dibawah tanah. di mana setiap ahli keluarga akan disemadikan ditempat yg sama.

aku cuma berharap org ugama dan jabatan yg berkenaan dapat memperbaiki kawasan kubur ini secepat mungkin bagi kebaikan bersama. Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2009 02:02 AM | Show all posts
6# bizsarii


stuju.
sbb kita takut org hidup puja org mati.
tapi bab kebersihan dan "kemas" tu kena la ada.
agak2 tanah kubur kat mekah, arab2 sana camana ek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 07:47 AM | Show all posts
Apa yang aku perhatikan, kalo dekat kawasan perumahan baru dan urban, kebanyakan kubor2 ni agak teratur. well organized lah kiranya. cuma kalo kat kawasan lama atau kampung tu memang agak usang, kadang2 tu kita yang nak ziarah ni pun naik seram. rumput panjang2 sampai ke dada. batu nisan pun ada yang dah senget, dengan berkulatnyer.

Biasanya bab area pengurusan kubor ni sapa yang handle ye? baitulmal ke? tertanya2 jugak aku nih, macam kat tempat aku ni nak harap orang mesjid aje yang kadang2 datang bersihkan. sekali sekala ternampak sorang dua ustaz yang datang tolong bersihkan kubor arwah, berterima kasih sangat dengan ustaz tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 08:02 AM | Show all posts
Errrrrr......br je aku nak move topik ni at BOD misteri.....sekali.............
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 09:37 AM | Show all posts
7# bzzts

takleh nak bandingkan kekubur kat malaysia ngan kekubur kat negara arab sana nun
sbb keadaan tanah, cuaca & persekitaran lain kan ..
macam kat sana, cuaca kering .. & tak banyak tumbuhan pun ..
so kawasan kekubur kat sana memang kemas .. kosong je ..

kat malaysia ni .. keadaan tanah & cuaca yg kekadang tu wat kawasan kekubur ni macam 'semak'
menggalakkan pertumbuhan lumut+weed+tumbuhan menjalar yg lain; termasuk aa rumput & lalang

kalau kat kawasan luar bandar lak, kebanyakan kawasan kekubur ni kawasan yg baru dibersihkan
kiranya sebelum tu kawasan tu cam hutan aa .. pastu baru dibersihkan, dilapangkan & dipagarkan
maka jadi aa kawasan kubur; sedangkan kawasan luar/sekeliling tu masih lagi hutan & semak samun

sbb tu kena bersihkan selalu .. jangan harap pada penjaga kubur je; kita pun kekadang kena bersihkan
semak samun tu bukan je buat kawasan tu nampak 'semak', tapi leh mengundang bahaya gak
leh jadi tempat binatang2 bahaya buat sarang .. cth : ular, biawak ..
dah bape banyak kes kan orang terserempak ngan ular masa menziarah kubur

tapi sikap orang2 kita sekarang ni memang payah sikit .. hanya harap pada penjaga kubur je
menziarah kubur pun ntah2 setahun sekali je - masa hari raya ..
tu pun belum tentu gak lagi bersihkan kubur tu ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:18 PM | Show all posts
kubur jalan ampang cantik.. jadi tempat laluan jalan kaki orang-orang yang kerja office kat situ..

kat melaka, my auntie ckp ada satu kawasan jirat cina jadi tempat jogging orang ramai..

kalau i nak balik seremban, lalu kat hi-way nilai, memorial park nilai tu i tengok dah macam taman pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:49 PM | Show all posts
ris selalu pergi kubur kat masjid Ulu Kelang tuh.......... oklah terjaga dengan elok sebab berhampiran dengan masjid, so katanya orang masjid tuh yang menjaga kawasan perkuburan tuhh..............
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:30 PM | Show all posts
9# Zep

aku rasa setuju dengan pendapat ko ni. Tgk juga tempat, kalau kawasan cm kampung skit, byk yg tak terurus. Hairan gak, Islam ni kan adalah agama kebersihan, tapi tak nampak pun bersih kawasan kebanyakkan tanah perkuburan org Islam berbanding dgn org2 cina, yg mana tanah perkuburan mereka lebih teratur dan bersih.

Kuburan kan tempat semua, siapa nak ambil tanggungjawab yg tak nampak dek ROI nya....entahlah, pihak yg bertanggungjawab sebenarnya siapa? JKKK ke untuk kawasan kampung ? JKKK ni aktif time mengundi je kot? Mcm mana dengan bandar dimana kebersihan kubur tu lebih ketara? Org bandar ni kira alim gak le dr org kampung tentang bab mati ni yer

Conclude, rasanya there's no ownership bg masyarakat kat situ, semua org mengaarapkan agaknya simati tu bangun bersihkan kuburannya sendiri kot....siapalah agaknya nak ambil tugas membersihkan kawasan perkuburan org lain melainkan collective effort dari semua. Lagi pun bukan nampak sgt dlm pandangan manusia sebab jrg org ke kubur, ke pejabat selalu lah, tu sebab pejabat bersih kan.......familinya tak mati lagi atau tak tanam kat situ agaknya....
Dunia....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:19 PM | Show all posts
6# bizsarii


stuju.
sbb kita takut org hidup puja org mati.
tapi bab kebersihan dan "kemas" tu kena la ada.
agak2 tanah kubur kat mekah, arab2 sana camana ek?
bzzts Post at 15-10-2009 02:02 AM


kat mekah tanah kubur nye luas je...& tanda ngan batu nisa je...takde la pakai tile ke hape tuk hiasan...teratur je & bersih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 03:31 PM | Show all posts
Salam & selamat sejahtera,

kisah tentang kebersihan kawasan perkuburan ni memang perlu juga diberi perhatian. saya selaku antara orang yg kerap pergi menziarahi kubur insyaallah tiap2 minggu pergi kecuali ada keuzuran biasanya hanya ada 2 atau 3 keluarga yang akan datang pada tiap2 sesi yang saya pergi. biasanya saya pergi hari ahad bersama2 suami.

tanah perkuburan ni di segambut berhadapan stesen komuter, x silap perkuburan baru. apa yg menyedihkan ialah kubur bayi atau kubur anak2 kecil. bayangkan, sudahlah tak bernisan, takda sapa yang nak menjenguknya. sepanjang setahun saya pergi menziarah, memang semua kubur2 anak kecil ni kami yang kemaskan atas niat kesian melihat lalang tumbuh tinggi dengan daun2 pokok bertaburan sampai x tahu ada kubur atau tak. pernah sekali sebelum raya aritu saya & suami ambil inisiatif racun sekeliling kawasan kubur tadi. jadi, saya seru kpd semua, jika ada masa pergilah luangkan masa untuk membersihkan kubur insan yang tersayang yang telah tiada tu. kita juga akan ke situ juga bila sampai masanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 11:48 PM | Show all posts
Alhamdulillah kubur2 arwah abah, atok dan nenek aku terjaga...tp memandangkn kawasan kubur tuh pun terletak lam kawasan yg agak semak samun gtuh...duluk2 aku skeri gak ler..skang nih ramai polak duk wat umah dekat2 kubur gtuh..x la buat aku pk 400kali nak lalu jalan tuh.... pk skali jek terus lalu kekdahnye skang nih...

kubur arwah pak mentua aku pun masih terjaga...adat ler rumput ckit2 tuh tp idak ler dah smpi tumbuh lalang...sbb kawasan kubur arwah nih lam ladang kelapa sawit gtuh...so ala2 misteri nusantara gak ler....mau aku kalih kiri kanan kepala kalo g sana nun...bukan ape kekdg aku nampak ade anjing yg duk mengintai dr tirai kamar balik semak samun yg ade tuh ha...kang elok2 aku buka yasin...lum baca BISMILLAH... aku dah terkam masuk lam kete...kenot beee lorrrr....

takat nih sumer okke x la hazab sesgt.... tiap kali aku ziarah kubur ade jek kubur baru..rs cam makin ramai yg telah tiada walau aku x kenal sape pun org tuh... dan dan tuh aku terpk....bila akan ku ikut jejak langkah mereka2 yg mudah2an tenang disana...alang2 dah stori psl kubur...meh la kite sedekah al-fatihah tuk mereka yg telah kembali kerahmatullah...al-fatihah....moga mereka2 tenang disana...aminnnnn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 07:43 AM | Show all posts
Salam sumer...

haa... mesti korang terkezut kan naper aku wat topik pasal kubor ni.... ni bukan nk bincang pasal hantu kubor ker aper ker... ni pasal hal ehwal perkuboran yg selalu terpikir kat kep ...
medangtamang Post at 15-10-2009 00:25


wahh.....
kubor pun ade style vintage ker?
style po yeh2 xde?
gurau ajer.....

anyway ape2 pun bergantung gak pd waris sedare terdekat tuk bersihkn kubur waris,
dtgla sekali sekala jengok2 jap,
bkan setaun skali time raye je dtg bru nk bersih.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 04:11 PM | Show all posts
kan lagi bagus kalo batu nisan tu dpt kite standardized kan bentuk dan size die...baru lah nmpk teratur...mmg lah kalo yg petak2 tu untk laki, yg bulat utk pompuan (xcialp aku lah)...tp kalo dpt standardized kan size die, ok lah sikit...
satu lagi pasal tanam2 pokok kat kubor..mmg lah boleh tanam pokok kat atas kubor tu sbb tnaman ni lah yg akan selalu berzikir utk simati...tp agak2 lah kot...ni smpai ade tanam cili lah, sib baik xde tanam sawi sekali...
act sape yg bertanggungjawab atas tanah kubor aah...org kampung kawasan tersebut or jabaran agama???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 07:09 PM | Show all posts
14# pendakwa

Susah nak jangka dek akal pendakwa. kalo dekat kawasan kampung perkuburan orang cina, mungkin kos nak bina kubor pun dah makan puluhan ribu, mungkin termasuk sekali harga maintainance lah kot. sebab tu kawasan depa senantiasa bersih. ahaks. perkuburan kita ni, satu lot tanah kubor berapa jer kan kena bayo. tak sampai 500 rasanya. Lepas tu nak harapkan orang masjid, tok imam, penggali kubor ajelah tolong bersihkan sekali sekala. apalagi dekat kawasan kampung, dimana ramai penduduk yang dah tua, remaja semua dah kebandar. efek jugak rasanya. takdak tenaga muda yang boleh dikerah untuk tolong bersihkan bagai. pihak berwajib yang handle kawasan kubor ni pun macam tak pernah wujud pun dekat bumi Malaysia ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.067284 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list