CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 10472|Reply: 25

UPIN DAN IPIN ANGKASA (2011)

[Copy link]
Post time 25-9-2009 10:07 PM | Show all posts |Read mode


cam best jew....... ini pun dah lawak tak hingat
arap mail n kawan2 yang lain de
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2009 10:13 PM | Show all posts
ahahahaha, yez! ada yang baru! kena tempah online lagi tiket pawagam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 12:01 AM | Show all posts
ntah2 thn 2011 aku g tgk ngn anak aku dah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 02:07 AM | Show all posts
aku harap watak sally tuh ade..haha..x leh hingat dia jerit kat pak mail "woi!pekak ke?!!"

haha..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 02:32 PM | Show all posts
huhu.. ni yang nak kene tengok nie..... paling suka ngan watak kak ros.. cantik la kalau dia marah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 06:18 PM | Show all posts
nampak mcm best...nih satu2 animasi yg i nantikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2009 10:11 AM | Show all posts
aku ske karakter mail.....lucu je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 11:17 AM | Show all posts
..
skng ni pun, pagi petang siang mlm, nak tido, bangun tido, nephew aku yg umur 2tahun 1 bulan pun dah ketagih... yg kesian nya, aku, tak de masa nak tengok tv...
asik2 nak tengok UpinIpin n geng..

tp, walau mcm tu, aku pun layan gak.. hahaha
part mamak ofer menu kat gerai dia tu, niece aku umor 4 tahun , dia paling suka part tuh..
si nephew aku lak, bila part.. " antu duriyaaaaaaaaaan" dia dah cabut.. takut.. haha..
pepun , akan ku tunggu upin dan ipin angkasa nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 07:21 PM | Show all posts
aku suka intan payung ngn mail..memang masuk watak depa dua..hahahh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 08:41 AM | Show all posts
haku nak detail dlm animation...... pergerakan.... kulit.... fabrik... bayang... lebih quality dri dulu.. kalu ditengok iklan dier sama jer ngan kualiti geng seblom nih...... sbb dah masuk projek kedua takkan hasil cam kita tengok hari2 kat tv gak... perlu ada peningkatan la.... bab muzik dan jln cerita haku dah pueh hati dah dgn geng
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 08:43 AM | Show all posts
... lagik satu jgn ada lagik penyayi sesat dgn harmonika kat bulan lak.... berdasarkan servey... itulah babak yg paling org tak sker skali dlm geng.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 12:02 PM | Show all posts
... lagik satu jgn ada lagik penyayi sesat dgn harmonika kat bulan lak.... berdasarkan servey... itulah babak yg paling org tak sker skali dlm geng.......
cmf_rambutan Post at 30-9-2009 08:43


" tanam-tanam ubi~~~
tak perlu di baja~~~
org berbudi~~~
kita berbahasa~~~~~~~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 12:42 PM | Show all posts
... lagik satu jgn ada lagik penyayi sesat dgn harmonika kat bulan lak.... berdasarkan servey... itulah babak yg paling org tak sker skali dlm geng.......
cmf_rambutan Post at 30-9-2009 08:43

kan2... babak paling tak perlu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:33 PM | Show all posts
Tak Sabar nak tengok citer upin ipin yang baru nie....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 06:17 PM | Show all posts
" tanam-tanam ubi~~~
tak perlu di baja~~~
org berbudi~~~
kita berbahasa~~~~~~~~~~~~

reddots Post at 30-9-2009 12:02


tetibe satu kampong dok menari gak.. sudah... tapi serekatanah suka time sally tido siap pakai bedak sejuk... klako sangat ar....  time kene kejo ngan ulo plak x best sangat, gelap semacam n huru hara jadinya.. xmo lg ea.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 01:41 AM | Show all posts
gambattte LCP..buat lagi bes...geng aritu aku puas hati tngk..xmalu org mesia...katun mesia pertama y aku rasa best..y lain nang ado!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 02:31 PM | Show all posts
2011....leh pegi ngan ank aku ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 02:56 PM | Show all posts
gambattte LCP..buat lagi bes...geng aritu aku puas hati tngk..xmalu org mesia...katun mesia pertama y aku rasa best..y lain nang ado!!!
xiemean Post at 4-10-2009 01:41 ;)

cerite upin ipin best coz dia guna 3d... katun yang 2d pon ade yang ok gak.. macam abang sidi, keluang man, anak2 sidik, usop sontorian, mustang mama( keluaran malaysia gak nie)
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 07:41 AM | Show all posts
Boboi Boy vs Upin Ipin




Boboiboy buah tangan terbaru Nizam
SETELAH berjaya mencipta fenomena Upin & Ipin yang sehingga kini menjadi perbualan ramai, pengarahnya, Mohd. Nizam Abdul Razak atau Nizam kini muncul dengan produk animasi terbarunya, Boboiboy.

Jika Upin & Ipin sehingga kini kekal dengan konsep 1Malaysia, Boboiboy pula mengetengahkan animasi tiga dimensi (3D) superhero berwajah tempatan.

Dulu ramai yang terpegun dengan hasil kerja yang dilakukan Nizam dan rakan-rakannya dalam menterjemah animasi Upin & Ipin sehingga berjaya diangkat ke layar perak.

Maka, tidak mustahil jika lebih ramai yang akan teruja menanti buah tangan terbaru mereka yang lebih segar dan menarik itu.

Bezanya kali ini, Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui oleh Nizam serta dua rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas).

Dijangka bakal mencipta satu lagi fenomena terbaru ‘dunia’ interaktif tempatan, produk tersebut tidak mustahil mampu membawa kelainan dalam perkembangan profil dan penghasilan animasi tempatan.

Bertemu Nizam, Safwan dan Anas baru-baru ini, masing-masing rancak bercerita perihal siri projek animasi itu yang dijangka menemui peminat di kaca televisyen pada tahun depan.

Siri tersebut bakal disiarkan selama 26 episod di mana setiap satunya dengan durasi selama 11 minit.

“Ketika ini, kami masih dalam peringkat perbincangan. Watak-watak yang bakal memainkan peranan penting dalam siri ini sudah ada dan minggu ini kami akan cuba menyiapkan kesemua karakter itu.

“Berbanding animasi Upin & Ipin, dalam Boboiboy kami ingin berkongsi banyak pengetahuan. Ditambah dengan pengunaan pelbagai gajet, secara tidak langsung ia dapat menimbulkan pelbagai perasaan kepada yang menontonnya nanti.

“Bagi kami yang penting ialah penyampaian. Kalau boleh kami ingin mencipta satu lagi ‘ikon’ untuk kanak-kanak di negara ini,” kata Nizam mewakili rakan-rakannya.

Apa yang menarik dalam Boboiboy ialah beberapa daya tarikan yang terkandung meliputi karakter superhero Bo, Boi dan Boy, nilai-nilai murni, karakter makhluk asing (alien) dan juga unsur futuristik di sekitar ibu kota.

Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya.

Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.

Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut.

Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.

Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu, Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.

Boboiboy bukan saingi Upin & Ipin

Biarpun pernah menyertai Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd. (LCPSB) dalam membangunkan animasi Upin & Ipin tetapi kata Nizam, kemunculan animasi Boboiboy bukanlah bertujuan untuk bersaing.

Nizam, Anas, Safwan serta lima lagi kakitangan LCPSB yang lain membuat keputusan keluar daripada syarikat tersebut pada September lalu demi mencari ‘tapak’ dalam mengembangkan lagi bakat mereka dalam dunia animasi tempatan.

Setelah bersengkang mata hampir sebulan akhirnya idea untuk melahirkan Boboiboy hampir menjadi kenyataan.

“Kami tiada sebarang masalah dengan LCPSB. Malah, selama ini haji (Pengarah Urusan LCPSB, Burhanuddin Md. Radzi) telah banyak membantu kami dan memberi tunjuk ajar sepanjang penglibatan kami menghasilkan Upin & Ipin.

“Kami keluar dari LCPSB pun sebab kami ingin mencuba sesuatu yang baru.

“Terus terang, kami memang sayang kepada karakter Upin & Ipin tetapi rasanya tidak salah jika kebolehan yang ada kami pelbagaikan demi memeriahkan lagi industri animasi tempatan sebab pulangannya nanti kepada penonton juga.

“Kita perlu mengikut peredaran masa. Mungkin ini juga rezeki buat kami. Sebab itu kami perlu berani mencuba sebab bagi kami lebih banyak pelopor dalam industri animasi lebih baik untuk industri ini,” kata Nizam yang juga Pengarah Urusan Animonsta Studios.
Menurut Nizam dalam industri kreatif tidak wujud persaingan yang terlalu besar kerana segalanya bergantung kepada penerimaan penonton.

Bagaimanapun, melihat kepada jalan cerita dan pelbagai kelainan yang ada pada Boboiboy, mungkinkah ia bakal ‘menelan’ populariti serta fenomena yang pernah dicetuskan oleh Upin & Ipin?
“Saya tidak rasa kehadiran Boboiboy akan mengganggu perjalanan Upin & Ipin. Ini kerana, jenama Upin & ipin itu sendiri sehingga kini begitu kuat.
Saya rasa LCPSB pun ada strategi mereka sendiri dan dengan 70 orang kakitangan yang LCPSB ada, saya percaya mereka mampu mengekalkan apa yang Upin & Ipin ada kini untuk masa akan datang,” kata Nizam lagi.

Menurut Nizam lagi, sambutan terhadap Boboiboy menggalakkan apabila terdapat beberapa stesen penyiaran tempatan dan antarabangsa yang bertanyakan tentang produk tersebut.Malah, beberapa agensi kerajaan termasuk Pusat Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia (MAC3) di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), membekalkan beberapa perisian untuk kemudahan mereka menghasilkan Boboiboy.

Bukan itu sahaja mereka juga mendapat kerjasama daripada sebuah lagi agensi, Cradle Fund Sdn. Bhd., yang membantu menyalur dana bagi merealisasikan projek tersebut. Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Boboiboy dan Animonsta Studios, sila layari laman sesawang, www.animonsta.com.

................................................


amik kat CI td....... jd projek upinipin angkasa nih dah takde sentuhan dorang...... sapakah yg ganti mereka





Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:59 AM | Show all posts
20# cmf_rambutan


ada rekruit org baru kot......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.784653 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list