CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2378|Reply: 2

The Informant (2009)

[Copy link]
Post time 9-9-2009 07:29 AM | Show all posts |Read mode




Plot:

Mark Whitacre, a high-level employee at ADM (Archer Daniels Midland), the “supermarket to the world”, wears an FBI wire to uncover a major price-fixing scam. ADM pleads guilty and pays a $100 million fine, however Whitacre ends up doing more time than the corrupt leaders he helped to capture.

Starring:

Matt Damon
Scott Bakula
Joel McHale
Andrew Daly

Directed by:

Steven Sodenbergh






movie ni  wajib aku tengok ni.... imagine  jason bourne jadik informant... tapi lawak punyer informant.... MOSTI best nih!!!!

scott bakula pun aku minat gak.... sejak Quantum Leap  lagik.......  
[tr][td][/td][/td][/tr]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2009 07:29 AM | Show all posts
Matt Damon lucu dalam The Informant!

VENICE 8 Sept. - Matt Damon melakonkan watak seorang penyampai maklumat mengenai salah laku korporat (whistleblower) di sebuah syarikat pertanian gergasi dalam filem The Informant! iaitu komedi gelap berdasarkan kisah benar yang menyebabkan penonton ketawa besar di Festival Filem Venice.

Damon perlu menambah berat badan sebanyak 13.6 kilogram, memakai misai dan kelihatan tidak menarik untuk memainkan watak Mark Whitacre, yang bertukar daripada anak emas korporat Archer Daniels Midland menjadi penyampai maklumat FBI untuk mendedahkan amalan penetapan harga dalam industri.

"Ia barang kali tempoh bekerja paling menggembirakan kerana saya tidak perlu berfikir 'saya perlu ke gim selepas kerja' dan saya boleh makan apa saja yang saya nampak," kata Damon kepada pemberita semalam.

Dengan impian menjadi wira negara dan naik pangkat, Whitacre bersetuju memakai mikrofon tersembunyi dan membawa perakam suara bagi mendapatkan bukti yang FBI perlukan untuk mendedahkan salah laku ketuanya.

Tetapi tiada yang mudah dalam filem pemenang anugerah Oscar, Steven Soderbergh itu, yang menyelitkan unsur kelucuan apabila Whitacre tidak begitu berniat baik atau boleh diharap.

"Jika anda tidak biasa berbohong, anda selalunya akan buat banyak kesilapan, ini menjadikan watak itu sangat menarik kerana dia tidak pernah terperangkap," katanya.

Soderbergh yang telah bekerja dengan Damon dalam trilogi Ocean, sudah beberapa kali membuat filem mengenai pendedahan rasuah dan ketamakan korporat.

Erin Brockovich, juga berdasarkan kisah benar mengenai seorang ibu tunggal yang mendedahkan syarikat pencemar air di California, manakala Traffic yang telah menerima empat anugerah Oscar mengisahkan tentang perdagangan dadah.

Namun dalam filem The Informant! yang berlatar belakangkan kawasan tengah Amerika pada tahun 1990an dan ditayangkan buat julung kalinya di Venice, Soderbergh menggunakan pendekatan yang lebih ringan. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 11:48 AM | Show all posts
yeeeeepiiiiiie!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049273 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list