View: 5234|Reply: 8
|
Anda ingin bekerja di UAE? Pembantu rumah warga Malaysia dicari
[Copy link]
|
|
Salaam,
Anda ingin berkerja sambil merantau ke luar negara? Inilah peluang anda untuk bekerja di Dubai, United Arab Emirates, negara paling pesat membangun di dunia sejak 5 tahun kebelakangan ini. Anda berpeluang merasai kehidupan kosmopolitan, yang diolah secara terbaik dengan mengekalkan ciri-ciri negara Islam. Anda berpeluang menyaksikan sendiri Burj Dubai (bangunan tertinggi di dunia), Palm Jumeirah (pulau buatan berbentuk pokok kurma), Burj Al Arab (hotel termewah di dunia), Atlantis Hotel (antara hotel tercantik di dunia) dan banyak lagi.
Kami sekeluarga yang bermastautin di Dubai ingin mencari pembantu rumah warga Malaysia lingkungan umur 35-45 tahun beragama Islam. Tugasan adalah untuk membantu urusan harian dan membantu menjaga 2 orang anak berumur 5 tahun, dan 3 bulan.
Saya adalah professional dalam bidang akaun, dan isteri bekerja sebagai guru. Gaji ditawar adalah dalam lingkungan RM600 - RM700 sebulan. Bayaran untuk passport dan visa akan kami tanggung, termasuk tiket Dubai-Kuala Lumpur (pergi balik)sekali dalam setahun. Tempat tinggal disediakan, termasuk makan minum. Anda juga mungkin berpeluang untuk mengikut kami bercuti ke negara lain, seperti negara-negara Eropah, Amerika dan negara Timur Tengah yang lain.
Jangan lepaskan peluang ini. Jika ada yang berminat, sila hubungi saya melalui email, [email protected]. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi ler gaji dalam RM2K pastu ramai yg mahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa sikit sgt gajinya kat masia pun lingkungan tu baik msia je |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
Gaji yang ditawar adalah market rate, berdasarkan pengalaman rakan2 expat di UAE, juga rakan expats di London.
Untuk kerja ini, tidak memerlukan kelulusan, cuma serba sedikit pengalaman menjaga rumah dan anak-anak. Kami tidak fussy, InsyaAllah kami adalah majikan yang baik.
Kalau mahu gaji 2k, itu taraf seperti segelintir gaji guru yang mempunyai degree, termasuk guru2 di international school di sini.
Kami menawarkan gaji setaraf market rate, di samping peluang untuk merantau, merasai pengalaman di negara orang. Kami boleh saja mendapat maid yang lebih murah dari negara lain. Sudah ada beberapa rakan menawarkan saudara mara dari India, Sri Lanka, mahupun Indonesia dengan gaji jauh lebih murah, yang penting mereka ingin tempat tinggal dan ditanggung makan minum. Kami juga banyak mendapat kertas di bawah pintu mencari pekerjaan sebagai pembantu rumah. Pembantu rumah dari India dan Sri Lanka memang terkenal dengan kerajinan, dan juga tahap English mereka sangat baik.
Di Dubai, segelintir pembantu rumah mempunyai kelulusan, tapi tiada peluang pekerjaan di negara mereka. Pemandu teksi pun ramai yang mempunyai degree.
Tapi kami ingin memberi peluang kepada warga Malaysia untuk merasai pengalaman luar negara, tanpa perlu apa2 kelulusan. |
|
|
|
|
|
|
|
belah UAE tak tahu la tapi belah europe ramai sgt nak pegi |
|
|
|
|
|
|
|
belah UAE tak tahu la tapi belah europe ramai sgt nak pegi
lulabee Post at 30-8-2009 13:39
Skrg ni, ramai european & american nak keje kat UAE.. UAE is the place to be now..
for us muslim, lagi senang keje di UAE.. semua makanan di kedai adalah halal, daging2 kat supermarket pun semuanya halal.. senang nak beribadah, banyak masjid, takde diskriminasi...
saya pun pernah duduk negara barat.. susah nak cari makanan halal, masjid takde... nampak nama muslim, dipandang dari atas ke bawah.. pada saya, lebih selesa bekerja di UAE.. gaji sama seperti di europe, cost of living lebih murah, dan yang penting sangat mudah kehidupan sebagai muslim.. mat saleh pun ramai kat sini, ada yg dah duduk sini berpuluh tahun, tak nak balik negara diorang dah...
klu nak pegi europe, kalau ada duit lebih, pergi utk holiday saje.. anyway, terpulang pada pilihan masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
keje dgn melayu oklah kot..jgn keje dgn pak arab, sure kene rogol hahahha..
oklah tu gaji 700.. dah sah2 tak usik kan..semua mkn minum ditanggung.. |
|
|
|
|
|
|
|
gj maid di spore lg mahal..klu klu sape2 x pndg sgt gj tu,n yg penting dpt rasai pengalaman di negara org..ok la tu..timeje |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|