View: 10906|Reply: 40
|
bengang dgn TIKUS.....
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by medangmru at 27-8-2009 11:05
star baru genap setahun beli kete saga....tp dh 3 kali wayar kat enjin tu digigit tikus....dhlah gigit wayar,pas tu tahi tikus tu blonggok dkt enjin tu....apakah tikus zaman skrg dh jd mutan sbb skrg ni segala wayar2 tikus ni balun tanpa mgira dimana saja berada.....aduhaiiiii....dkt area star tu,byk pemilik kete ni bengang ngan tikus....imajin kalo tgh emergency ke,bini nak tberanak ke,bila nak hntar g spital,cek2 kete x bleh start....PUNCANYA.....wayar2 dkt enjin tu dh punah digigit tikus...tikus keparattttt....cikgu tikus x ajar ke kat sekolah jgn gigit harta org....waaaaaaaa.......... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hoho...tikus penah men2 dekat aku tyme aku tdo....bjlan2 g kt lengan aku....terperanjat beruk aku....jgn pggil tikus..pggil cik t...huhu..sbb aku dgr die dr keturunan puteri..kne sumpah..klu ade sesape yg wt pukul die samapi berdarah..die akn pggil kwn2 die serang org 2..hehe...xtaula betul x...aku dgr org cite..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku ckp jgn mrh2 tikus ni...
kalo die dgr abs la herta benda kite die gigit... |
|
|
|
|
|
|
|
:@washing machine star yg semi auto tu pun tikus pnah msk...teruk juga kerosakan yg dibuat tikus ni...benci btul ngan tikus ni....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tahap menagmuk korang sampai ke kemuncaknya kalau Cik Ti ni gigir wayar modem internet korang kang..atau wayar telepon..nak berinternet pun susah...aku pernah kene...bini aku cakap jgn marah ..nak marah dlm hati...kalau x abih sumer wayar2 dalam umah digigitnya....
ye lah..saper yg x bengang dgn Cik Ti ni kan... |
|
|
|
|
|
|
|
star masih ingat lg dulu waktu duduk kat kpg...waktu tu star kecik lg....bila time nak tdo mlm tu,selalu lah dgr cik ti ni masak kat dapur....yela,periuk kuali sudip semua berbunyi cam org masak je...sudu x yah ckplah,mmg hari2 kna kutip kat lantai...tp tikus dulu x mcm tikus skrg...tikus skrg..aduhaiiii....tak tau lah camne nak ckp....kucing pun takut bila nampak tikus...tikus skrg sebesar kucing....pttlah kucing ni lari....nak mkn pun takut...kata kucing...kui..kui..kui... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.....star...skang cikti ni makin cerdik....gen mutasi semakin cerdik.....serupa mcm kes bakteria dan virus yg cuba adaptasi dgn keadaan sekeliling...kerintangan makin tinggi....:re: |
|
|
|
|
|
|
|
isk ganaz giler tikus2 korg ni.. dulu umah aku pon de tikus tp xde la kaco sgt, tp xske die menyewa umah kitorg.. skg ni ok la bila ayah slalu buat ops banteras tikus |
|
|
|
|
|
|
|
say no to cektiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
8# medangmru itulah mdgmru....tahap IQ cekti ni tinggi betul...kalo kita bubuh racun dlm makanan die...lgsg cekti ni x sentuh...tp kalo xd racun..balun je....agaknye ni cekti yg jenis msk U kot....kpintaran diorg bleh tahan gak...kui..kui..kui.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa aku skolah menengah, masa tu both parents ade lagi.
Mak aku ambik upah menjahit.Satu hari tu mak aku cari benang putih dia,puas cari namun hampa.
Kemudian benang yang lain pulak.Setelah puas cari tak jumpa maka mak aku pun beli yang lainlah.
Kemudian sesudah beberapa bulan, bapak aku pulak komplen gigi palsu dia ilang.
Bapak aku mengadu kat mak aku.
Mak aku gelak sambil berkata'..haaa...boss...gigi tu ader.Dia simpankan..."
Pastu mak aku menyelok ke dalam sofa dan mengeluarkan gigi palsu bapak aku.
Sambil tu mak aku gelak kecil.
Rupanya mak aku dah skodeng tikus ni .Benang dia yang hilang pun jumpakat situ.
Tapi tak der lak tikus ni membuat hal macam menggigit bebarang rumah.
Mak aku siap bagi makan nasi berlauk ikan goreng lagi bila waktu malam.
Tapi aku sedih sebab mak aku kena keracunan darah ( kata dokter) akibat gigitan tikus masa dia tidur.
Aku tak salahkan tikus tu sebab mak aku memang dah nazak sakit masa tu dan mungkin dia gigit sebab nak kejutkan mak aku yang terlantar di katil kerana mungkin mintak mak aku siapkan makan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
tikus ni kadang2 bleh wat kite tkejut beruk..mana x tkejut,tikus ni sebesar kucing..dhlah kurap..eeeyakkkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa mak aku baru pindah umah yg sekarang nih 15 thn lalu, mmg banyak tikus..
tapi sejak bela kucing yg mendatang, langsung sampai laaa ni takde seko tikus pun idup kat umah mak aku..
tp kucing tu x makan tikus2 tu..kucing tu tolong bunuh je
kucing moden pun dh tau tikus tu memudaratkan gamaknye
tapi, aku mmg geli sgt2 ngan tikus @ cikti nih
pernah gak nampak cikti sebesar kucing
seriau aku nengok |
|
|
|
|
|
|
|
nih aku tolong tepek artikel pasal kencing tikus ekkk
ambik kat forum lain..
sori kalau artikel nih panjang berjela
kredit to http://halaqah.net/v10/index.php?topic=699.0
===============================================================
Bahaya kencing tikus
APABILA 11 daripada 602 anggota polis kadet dari 23 sekolah di Melaka dijangkiti leptospirosis iaitu penyakit daripada kuman kencing tikus ketika perkhemahan di Sungai Congkak, Hulu Langat, baru-baru ini, ramai yang risau kerana tempat itu menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu untuk berkelah bersama keluarga.
Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Nooraini Baba, berkata jangkitan kuman itu boleh berlaku jika air yang tercemar digunakan untuk mandi, memasak atau minum. Gejala penyakit muncul dalam masa empat hingga 19 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira memasuki badan.
Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira iaitu bakteria yang berbentuk berpilin (bergelung) yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.
Banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi ada sekadar menjadi pembawa dan tidak mengalami masalah. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti lembu, babi, kuda, anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Walaupun catatan kes leptospirosis di negara ini rendah (hanya beberapa kes setahun), ia sebenarnya penyakit global dan kebanyakan kes berlaku di negara beriklim sederhana dan tropika. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 100 kes leptospirosis dicatatkan setiap tahun.
Gejala leptospirosis biasanya muncul dalam masa dua hingga 25 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kencing, darah atau cebisan tisu haiwan dijangkiti.
Bagaimanapun, bakteria daripada kencing haiwan ini boleh tersebar melalui air atau tanah.
Manusia boleh mendapat jangkitan apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.
Secara umumnya leptospirosis berkembang dalam tiga fasa. Fasa pertama menyebabkan gejala seperti:
Sakit kepala.
Sakit otot.
Mata menjadi sensitif terhadap cahaya terang atau sakit mata.
Seram sejuk.
Demam panas secara tiba-tiba.
Gejala fasa kedua:
Gejala fasa pertama berulang dan demam.
Leher terasa sakit dan tegang.
Sesetengah pesakit mengalami keradangan saraf mata dan selaput otak (meningitis).
Gejala fasa ketiga:
Demam.
Sakit otot.
Jangkitan pada pundi kencing, paru-paru dan jantung (jarang berlaku).
Dianggarkan 25 hingga 35 peratus pesakit mungkin mengalami batuk tidak berkahak, manakala 50 peratus lagi mempunyai masalah mual, muntah dan cirit-birit. Kebanyakan pesakit (75 hingga 100 peratus) mengalami sakit kepala dan demam.
Pada peringkat seterusnya jangkitan boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak, sakit tekak, otot tegang, bunyi paru-paru yang tidak normal atau ruam. Gejala ini boleh berlanjutan dari beberapa hari ke beberapa minggu.
Dalam kes serius dan tidak mendapat rawatan, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Ada yang mungkin mengalami gejala teruk, tetapi ada juga individu dijangkiti hanya mendapat gejala ringan.
Masalah kesihatan akibat jangkitan biasanya bermula dengan demam panas secara tiba-tiba.
Gejala menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati.
Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa 10 hari (tempoh inkubasi) sebelum menimbulkan gejala. Namun tempoh inkubasi ini boleh ada dalam julat dua hingga 21 hari. Dalam tempoh ini rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini.
Sebagaimana jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin yang perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.
Namun jika gejala dialami serius, doktor akan memantau keadaan pesakit supaya tidak bertambah teruk.
Selain rawatan, beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan bakteria leptospira iaitu:
Elak mengharung air (terutama air banjir) atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar, terutama jika anda ada luka atau kudis.
Elak mengunjungi tempat yang dikatakan ada jangkitan buat sementara waktu sehingga ia disahkan selamat.
Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam mulut.
Pastikan air yang diminum dimasak sehingga mendidih terlebih dulu.
Pastikan kawasan persekitaran anda sentiasa bersih untuk mencegah kedatangan tikus.
Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan peliharaan. Bimbang jika haiwan berkenaan juga dijangkiti bakteria leptospira.
Sentiasa bersihkan kawasan keliling rumah supaya tiada air bertakung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nebor aku suka letak sampah depan umah dier..
So byk le spesis ni..x kira siang malam...
Pastu berak kat porch aku...
So mlm2 aku siram Dettol...
Dia tak suka bau Dettol n tak dtg lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Errr....ye ke mon tikus tak sker bau dettol ...nanti aku try buat ....TQ for the info... |
|
|
|
|
|
|
|
nih aku tolong tepek artikel pasal kencing tikus ekkk
ambik kat forum lain..
sori kalau artikel nih panjang berjela
kredit to http://halaqah.net/v10/index.php?topic=699.0
========================= ...
fariepari Post at 28-8-2009 11:50 AM
TQ for the info farie...walaupun aku pernah baca dulu...tp bagus gak kita ingatkan diri kita lagi dan forumer2 lain... |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi, aku penah dpt emel pasal kencing tikus kat area2 kedai..
yg mana korang kena la basuh dulu tin2 minuman / makanan sebelum korang consume
ditakuti tin2 tersebut telah dicemari ngan kencingan haiwan2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
18# medangmru
mod..mekasih kedit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|