CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8217|Reply: 85

Perlukah Pasar Ramadan

[Copy link]
Post time 26-8-2009 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by medangmru at 26-8-2009 19:01

Salam semua.
Adakah aktiviti kita di bulan puasa akan terhenti sekiranya tiada pasar ramadan? Adakah pasar ramadan membuat kita menjadi sederhana seperti yg dituntut agama ? Bagaimana jika pasar ramadan tidak wujud,  umat Islam tidak dapat berbuka puasa?
Pasar Ramadan mungkin bertindak sebagai restoran alternatif kepada yg tidak sempat berbuka, tetapi kini dipandang lebih kepada tempat umat islam melepaskan nafsu makan, maka kemungkinan besar terlepaslah penghayatan puasa itu sendiri.  Tidak dapat tidak, apabila kita mengunjungi pasar ramadan didalam keadaan waktu yg hampir berbuka, maka segala selera kita tertumpu kpd kepelbagaian juadah. Lalu nafsu tadi mengusai akal dan dengan keadaan perut yg memerlukan makanan, kebanyakkan kita menghabiskan wang membeli kemahuan instead of keperluan. Berapa bykkah kita membeli makanan yg kemudian kita sedari kita terkurang membeli? Selalunya terlebih membeli......
Tidak dapat dinafikan pasar ramadan juga membuka peluang kepada peniaga kecil, tetapi apakah peniaga kecil tersebut akan hilang tempat mencari nafkah sekiranya tiada pasar ramadan.

Maka tujuan saya sebenarnya hanyalah untuk mendengar pandangan fourmers sekelian, perlu atau tidak pasar ramadan dan sekiranya tiada pasar ramadan adakah susah untuk kita menjalani ibadah puasa dan adakah pasar ramadan sebenarnya mengajar kita berjimat atau boros?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2009 06:43 PM | Show all posts
Pada pendapat saya... Pasar Ramadhan adalah sangat perlu. Tahu mengapa? ini adalah kerna mereka yg menjaja di pasar ramadhan itu kebanyakan adalah golongan peniaga2 restoran atau kedai2 makan. Di bulan puasa siapa yg mahu mempergikan diri sendiri ke restoran mknan ini pada waktu siang hari? jika buka maka rugilah mereka, mana mau cari rezeki haa....
Oleh itu pada pendapat saya pasar ramadhan inilah punca rezeki mereka dan kami beli untuk beri mereka rezeki juga, janji yg halal ok... Sekian wabilau taufik Wassalam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 06:48 PM | Show all posts
beli tak salah kalau sekadar keperluan..majoriti kita balik keje dah petang jalan jem lagi mane la sempat nak masak.seelok2nye jangan membazir,,selalu aku tengok yang lapo bukannye perut tapi mata!nampak ni nak nampak tu sedap nampak ni beli last2 tak termakan pon,ke tong sampah la jawapannye...kan ke dah jadik sahabat syaitan tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 06:49 PM | Show all posts
bagi saya yang bekerja ni pasar ramadhan memang amat perlu memandangkan balik kerja mana dan nak masak apa semua..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 06:57 PM | Show all posts
Perlukah pasar Ramadan???

Terlebih dahulu saya ingin menanya PENDAKWA..tidak pernahkah PENDAKWA kepasar ramadan?Mesti pernah kan?Kenapa PENDAKWA kepasar ramadan?Mestilah membeli sesuatu yg kita teringin nak makan waktu berbuka ..kan?Org bujang..balik kerja dah lewat..Nasi restoran mamak larat ke nak telan tiap hari?Dgn adanya pasar ramadan..kita tak perlu terburu buru nak balik kerumah hanya untuk memasak nasi ayam kegemaran kita atau kuih lodeh yg kita hanya akan makan sekeping atau pun dua keping sahaja...Berbaloi kah kita memasak kalau kita seorang yg nak makan?Tentu tak kan?So altenative nya pasar ramadan..Yg murah yg boleh dibeli walaupun sebiji kuih.....
Soal kita boros atau terlebih membeli rasanya kurang ada..kalau ada pun untuk org2 yg tak mampu menahan nafsu...NAFSU KUDA.....Pengguna sekarang terlalu bijak membeli..so terpulang pada pilihan masing...Jarang sgt org yg menbeli makanan dan membuang..kalau ikut dlm ekonomi sekarang la...
Peniaga kecil tidak akan hilang mata pencarianya..Mereka boleh berniaga barang2 lain,Tapi dgn adanya pasar ramadan rezeki mereka akan bertambah..Dan kita boleh membeli pelbagai kuih muih yg aneka rasa dan pilihan...
Perlu atau tidak pasar ramadan?kita kena tanya diri kita..tetiba kita rasa nak makan murtabak?Mampukah kita masak sebiji murtabak dgn masa yg terhad selepas balik kerja?kecuali murtabak frozen..
Berjimat atau pemboros terletak atas individu itu sendiri..Kalau seorang itu memang pemboros..bukan setakat pasar ramadan ja..kat supermaket pun diorang akan membeli ikut nafsu..So berbalaik kepada kita yg asal...Selalu lah tepuk dada tanya selera,Tapi bulan puasa ni selera memang kat pasar ramadan...MACAM MACAM ADAAAAaaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 06:57 PM | Show all posts
Wahhhhhhhhhhhhhhh...topik pendakwa ni mmg betul2 mencabar minda...

Apa2 pun...Good Topic Pendakwa...Kredit +38..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2009 06:58 PM | Show all posts
Perlukah pasar Ramadan???

Terlebih dahulu saya ingin menanya PENDAKWA..tidak pernahkah PENDAKWA kepasar ramadan?Mesti pernah kan?Kenapa PENDAKWA kepasar ramadan?Mestilah membeli sesuatu yg kita ter ...
edaladiva Post at 26-8-2009 06:57 PM


perbahasan yg bagus...great...kredit +35
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 07:00 PM | Show all posts
Ada pro dan kontranya topik ni....

Perlukah Pasar ramadan??

Wahhhhhhhhhhh..nanti aku bg view lepas Buka nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2009 07:05 PM | Show all posts
pasar ramadhan perlu utk:-

- pengusaha kedai makan: sb siang hari mereka tak dpt bukak kedai makan spt hari2 biasa. takkanlah bulan puasa putus pula punca pendapatan mereka
- ibu2 bekerja: petang2 kebiasaannya masak, tapi berbeza utk bulan ramadan di mana petang hari biasanya tak sempat nak masak sb waktu berbuka dah nak hampir dgn waktu pulang kerja. ditambah lagi dgn masalah jem, pasar ramadan perlu utk mereka yg tak sempat memasak
- sektor pelancongan: pasar ramadan menjadi trend masyarakat malaysia beragama islam & menjadi tarikan budaya yg menarik di samping boleh memperkenalkan masakan tradisi melayu kpd pelancong asing
- rakyat jelata: mudah nak carik makanan pilihan masing2. bayangkan kalau takde pasar ramadan, peniaga2 cuma menjual kat tepi2 jalan... atau kedai2 makan.. kan ke jenuh nak berkunjung dr satu kedai ke satu kedai.. kalau pasar ramadan, semua ada & boleh menjimatkan masa
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 07:08 PM | Show all posts
mmg perlu tapi kena kawal la nafsu tu...kalau x mmg penuh tangan dgn makanan
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 07:12 PM | Show all posts
pasar ramadhan bagi aku sangat la perlu. aku single male yang duk sorang dan kurang pandai memasak. keja office sampai kul 5 everyday. tanpa pasar ramadhan mesti aku susah nak beli makanan untuk berbuka.  soal membazir atau pun tidak adalah terpulang kepada pembeli, bagi aku biasanya kalau aku berbuka seorang aku spend tak sampai pun RM10 untuk berbuka, lagi jimat daripada lunch and dinner kalau bukan bulan puasa. So i would like to conclude that pasar ramadhan amat la penting untuk masyarkat yang berpuasa dan berkerja..tapi mesti pandai berjimat sebab bukan semua makanan yang kita beli akan kita makan waktu berbuka...sekian, nice thread tho.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 07:15 PM | Show all posts
Ada pro dan kontranya topik ni....

Perlukah Pasar ramadan??

Wahhhhhhhhhhh..nanti aku bg view lepas Buka nanti...
medangmru Post at 26-8-2009 07:00 PM


SAYA BANGKANG!!!! INI TIDAK ADIL!!!

.............................
gurau2 jee... jgn mare.... off topic sikijap..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 08:18 PM | Show all posts
Wahhhhhhhhhhhh...terkezut gak aku ngan tulisan warna merah tu Din...

bg aku...takder bezanya dengan Pasar Malam yg hampir setiap malam diadakn...cam kat area aku ni...hampir setiap hari ada pasar malam...cuma area yg berbeza...yg penting kenal kawal \nafsu makan ....esp pd bulan ramadan....ye lah...nampak ni...nampak tu semua nya nak beli...akhirnya bila tiba waktu berbuka...semua makanan tu tak termakan....tak sanggup nak sumbat semua dalam perut...akhirnya membazir dan uang mcam tu je...membazir AMALAN SYAITAN dan sepatutnya kita tegah ...lebih23 lagi pada Bulan Ramadan....

Dan tak hairan...bulan Ramada yg sepatutnya kita boleh berjimat ..akhirnya lagi boros ada la...kalau sehari kita hanya berbelanja sekadar yg patut...RM20-25 sajer...tp disebabkan nafsu makan melebihi segal2nya....terus belanjawan sehari meningkat ke angka RM50 ...malah lebih .....Ini merupakan keburukan kalau tak dikawal..

Mmg bagus utk penjaja menambah pendapatan dibulan ramada....lebih2 lagi penjaja atau yang berniaga merupakan punca pendapatan utama keluarga...kalau hari2 Biasa selain bulan ramadan..kita berniaga nasik lemak...maka pada bulan ramada ni..PARAM merupakan kesinambungan peniaga2 sebegitu utk terus meraih pendapatn...Cuma ada peniaga2 tangkap muat ni yang memburukkan suasan dengan mengenakan harga yg tak masuk akal...dengan makan yg tak berapa nak sedap....bg depa...asalkan lauk pauk yg dijual habis dan dapat keuntungan...sudah ok...:kant:

Braper ramai kan yg alami cirit birit sepanjang bulan Ramadan ni kan...dan tak keterlaluan kalau aku katakan yg makanan yg dijual di PARAM merupakan punca utama ( walupun tak semua )....

dr segi sosialitinya...Pasar ramadan ni dapat dilihat sebagai pemangkin ekonomi serta mengimarahkan ramadan tu sendiri....yelah...dgn Wujudnya PASAR RAMADAN ni....kemeriahan ramadan dan suasana berpuasa akan dapat dilihat.....

Keburukan yg lain adalah tak keterlaluan kalau aku katakan PARAM ni merupakan punca kesesakan utama pada waktu petang....kawasan yg tak sebok dengan kenderaan yg parking kita tak tentu hala tanpa memikirkan org lain semata2 utk memuaskan nafsu membeli juadah berbuka puasa..heheheheheh.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 10:15 PM | Show all posts
Tapi di awal tahun 80'an dulu memang takde pasar ramadhan nie..yg hanya adalah gerai2 kecil peniaga yg berniaga di depan rumah,di tepi2 jalan dsbnya...
Kebanyakkan masa tu majoriti penduduk adalah pekerja kerajaan yg mana waktu habis bekerja se-awal 4.30pm...ada masa bagi para isteri utk memasak...

Semenjak Malaysia bertukar menjadi negara industri nie atas idea Tun Det,waktu bekerja
terutamanya sektor swasta dah tak menentu..banyak masa yg dihabiskan di pejabat dan juga ramai yg bekerja shift...dan disinilah terjadinya permintaan dan tumbuhnya peniaga makanan ini...kalau takde permintaan takkan ada yg berniaga...so sebenarnya konsep kehidupan kita sudah berubah atas beberapa faktor...yg mana tak sama dgn tahun 80'an dulu...

Sama juga dgn penjualan kuih raya..dulu2 mana ada sangat org berniaga kuih raya nie...lagi seminggu nak raya,kebanyakkan para isteri mengambil cuti seminggu atas alasan nak buat kuih...sekarang nie mana ada lagi?Boleh dapatker cuti seminggu sebelum raya?Kena kerja time raya ada ler lagi...

So ,bagi aku kesimpulannya keadaan semasa dan corak kehidupan kita yg menyebabkan perkara ini menjadi satu keperluan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 12:39 AM | Show all posts
bg aku bazar ramadhan ni meriah...satu altenetif utk org yg sibuk bekerja dan xsempat nak masak...sebagai sumber rezeki peniaga jgk...jugakemeriahan setelah penat seharian berpuasa...tapi kalau g BR tuh jgn la sampai membazir...kite puasa sebulan..
panjang lg masa utk merasa bermcm juadah...
selamat berpuasa semua....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 03:27 AM | Show all posts
pendapat aku :

perlu - sebab mudah dan cepat untuk dapatkan makanan2 yang teringin...setakat nak makan laksa, susah payah nak rebus ikan, amik isinya, berjam2 nak siapkan, last2 aku sorang je nak menghabiskannya...sangat la tak berbaloi...

tak perlu - aku rasa cenggini bila hari tu aku masak sendiri...siap buat kuih semua...mule la aku pk betapa tak perlunya pasar ramadhan....eheheheh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2009 08:31 AM | Show all posts
13# medangmru

aku cam tau jek kat mana si medang ni tinggal sbb dia kata tempat dia everyday ada pasar malam.

btw, pendapat aku pulak cenggini.

param ni penting untuk org2 bekerja macam aku ni. sbb ko bayangkanlah. kalau balik pkl 5pm. nak tempuh jalan jam balik umah paling cepat ko sampai umah dalam pukul 6.15pm. amik anak kat nursery plak. pastu sampai umah nak kena kuarkan lauk plak. contoh ayam ikan dll. nak masak lagik. bukan ada bibik kat umah. lagipun kalau macam aku ni takat 2 orang jek yang posa kat umah campur anak2, baper banyak sangat ler makanan. pastu dengan cerewetnyer satu hal. so solutionnya ialah param. kat param memacam makanan ko boleh pilih. satu hari satu gerai. cukup 30 hari ko dah merasa semua makanan kat param tu. tapi jangan ler tamak. macam besok takde plak param tu.

senang jek kalau nak elakkan pembaziran. sebelum sampai param, target sesiap makanan ape nak makan. 1 jenis makanan heavy, 1 jenis kuih dan 1 jenis air. insyaAllah mesti tak membazir. untuk orang yang target nak turunkan berat badan pun boleh guna cara ni. tapi kena semangat kental ek.

tapi aku pi param time hari keje jek. hujung minggu masak cam biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 08:35 AM | Show all posts
Perlu ada pasar ramadhan

ttg nafsu tu..itu terpulang pada pembeli tersebut.Dah lapar kalo boleh satu pasar ramadhan nak dibeli
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 09:19 AM | Show all posts
bagusnya pasar ramadhan:
1. makanan semua jd murah, kalo biase 40sen seketul (kueh)...skg bile puase je dah jd 30sen...
2. mengaja para peniaga utk bersedekah...biase nye org berniaga ni nk untung je...xpkir sgt kebajikan ni...so bulan puase ni lah ajar dorg utk bersedekah pd customer dorg...especially peniaga yg taik idung masin...
3. bg alternatif utk mereka yg terpaksa balik lewat dr kerja...sebab setahu aku kebnyakkan company akan bg staff muslim die balik awal...so yg xdpt balik awal ni, bazar ramadhan lah tmpt dorg nk cr mknan...kalo nk balk umah, kompem xsempat msk punye...
4. menambah pendapat peniaga yg xdpt berniaga di siang hari antara pukol 8pagi smpai pukol 4ptg...
5. dpt menguji kesabaran kite...tgok kite ni sabar ke x ms mmbeli...kite ni tahan ke x menahan nafsu mkn...
6. bg peluang utk org yg selalu kempunan or teringin nk mkn mkanan yg special..biase nye bulan puase je lah jmpe mknan yg best2...bulan lain tadak pon...

xbagus nye bazar ramadhan:
1. mengaja org malas memasak...sbb bazar rmdhan jual mknan yg dah siap msk...jarang aku nengok bazar ramadhan jual bhn mntah...so org bile dh tgok byk mknn dah siap msk, xkn dorg xnk beli...betol x...baik beli, xpyh penat2 msk bile balik keje nnt...
2. mengaja org menipu...hmm ni aku andaikan je lah...kebykan company bg staff muslim die balik awal  kan sbb nk prepare bukak puase...ade jgk sesetengah non muslim akan tnye kenape kite kene balik awal...spt biase jwpan yg kua kat mulot "nk prepare utk berbuka lah...nk kene masak...kene siang ikan...buat air, pok pek pok pek...."...hmm pdhal berebut nk pg bazaar, takot mknan abis...haa yg ni secara tidak langsung...kdg2 kite sndri xsedar...
3. timbul pembaziran...kat bazar jual mcm2 mknan kan..hmm nmpk ikan bakar, nk ikan bakar...nmpk ayam tergolek, dir pon nk ikut same tergolek..nmpk tepung pelita, die pon nk tepung pelita...last2 lps buka xabis...tong sampah yg mkn mknan tu sume...kan mmbazir name nye tu...

itu sahaja..sekian ...time kasehhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 09:20 AM | Show all posts
pendapat aku pasar ramadhan ada perlu terutamanya untuk mereka yang bekerja dan pulang ke rumah pun dah petang-petang dan tak berkesempatan untuk memasak.

macam aku walaupun balik jam 4.30, ada dalam 3 jam lagi sebelum berbuka, tapi kena kira pada masa perjalanan. perjalanan pulang je dah amik masa setengah jam. sampai rumah bukan boleh terus masak pun. nak asar lagi. nak mandi, nak kemas rumah, nak basuh baju, nak jugak rehatkan badan.

so apa yang aku buat memang pergi param. tapi setakat ini aku baru pergi 2 hari sahaja. sehari lagi aku masak dan 2 hari lagi aku buka puasa dekat mamak sebab aku pi training.

aku pi param pun bukan beli sampai membazir. aku beli benda yang aku akan makan je. setakat beli murtabak, roti john, kuih tako, karipap or popia barang sebiji dua.

aku tak suka trend orang meniaga sekarang sebab kuih2 macam popia basah tu dia siap masukkan dalam polisterin jual 6 biji RM3. dia nak cepat untung dan boleh cepat tutup gerai. so aku pi le beli dekat orang yang jual sebiji 50 sen. aku bukan makan banyak pun. takat nak makan sebiji dua. hari pertama berpuasa aku beli karipap sebiji & popia 2 biji.

kalau aku masak pula, aku akan masak benda yang paling simple. tak kuasa nak masak renyah2 ni. tapi kalau kuih2 tu tak kan nak buat jugak kan. aku lak kalau berbuka, masa berbuka tu makan kuih sebiji dua lepas maghrib baru makan nasi. so nak tak nak kena jugak pi param.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.073097 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list