View: 52360|Reply: 93
|
Gambang Water Park, Kuantan
[Copy link]
|
|
Taman Air Bukit Gambang
- ada sesaper yg pernah gi sini tak? Ok ke? Saya plan nak pegi lepas raya.
BERKONSEPKAN percutian keluarga, Taman Air Bukit Gambang (TABG), dekat Kuantan, menjadi satu-satunya taman tema di sebelah pantai timur yang sedia meraikan tetamunya dengan 1001 keseronokan.
Dengan bayaran RM19.90 untuk dewasa dan kanak-kanak RM12.90, pengunjung dapat menikmati pelbagai permainan dan kolam dengan ombak buatan terbesar menggunakan teknologi terkini Scotland.
http://i175.photobucket.com/albums/w134/nurainelora/pic_waterpark1.jpg
http://i175.photobucket.com/albums/w134/nurainelora/water_park_penguin_big.jpg
http://i175.photobucket.com/albums/w134/nurainelora/water_coco_beach_big.jpg
Si kecil pasti teruja dengan Penguin Island di bahagian hadapan taman itu.
Melihat kedudukan patung burung penguin tersenyum lebar, kanak-kanak pasti tidak sabar memanjat pulau yang turut ditakluk tiga ekor ikan pirana gergasi berwarna hijau.
Sesekali pirana ini 'memuntahkan' 250 liter air pada satu-satu masa untuk memberi kejutan. Ruang kolam mandi yang luas berdepan dengan pulau ini menyebabkan ia menjadi tumpuan sebahagian pengunjung cilik.
Di pulau ini, pengunjung boleh menyertai pengembaraan dengan menyusuri sungai glasier sepanjang 380 meter (m) yang dingin. Anda juga dapat melihat aktiviti 'penguin' sambil melungsur laju bersama pelampung yang disewa dengan kadar bayaran antara RM6 dan RM10 setiap satu.
Menariknya, ibu bapa boleh memerhati dan mengawal pergerakan anak masing-masing dengan bersantai di kolam renang dewasa sambil tubuh diurut secara semula jadi dengan semburan pancuran jet air.
Tree Top Hill pula menjanjikan cabaran lebih hebat dengan gelungsur air di celah pokok berusia ratusan tahun. Tambah menarik apabila dapat hanyut bersama-sama ahli keluarga di atas pelampung yang menggelungsur laju menerusi lungsur kanopi, lungsur galaksi dan lungsur kristal.
Pantai Cocoa Beach pula menawarkan pengalaman berbeza dengan gelombang lapan jenis ombak yang mengganas pada tempoh sama ditetapkan. Ombak buatan yang dihasilkan membuat sesiapa saja bagai dalam percutian di pantai sebenar.
Tidak perlu bimbang dengan keselamatan kerana pengurusan ada menyediakan 28 pengawal kolam yang sentiasa memantau aktiviti tetamu di kawasan taman air serba canggih itu.
Penat berendam dalam air, pengunjung boleh berehat sambil menjamu selera di Tin Mine Kopitiam, Coco Pizza, Penguin Express dan Coco Station.
Setiap satunya menawarkan pelbagai juadah meliputi snek ringan, makanan segera, masakan tempatan dan cita rasa barat.
Pengarah Eksekutif Sentoria Development Sdn Bhd, Datuk Gan Kim Leong, berkata TABG kini menjadi mercu tanda terbaru di pantai timur sebagai destinasi percutian keluarga yang menawarkan pelbagai kemudahan riadah berkonsepkan alam semula jadi.
Dibina atas tapak seluas kira-kira lapan hektar, taman tema di Gambang, berdekatan susur keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT), terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kuantan dan 220 kilometer dari Kuala Lumpur.
Beliau berkata, tarikan ditawarkan tidak jauh berbeza daripada taman tema lain di seluruh negara, tetapi kelebihan TABG terletak pada pembinaannya yang menekankan kepada aspek keriangan bersama keluarga dan alam semula jadi.
Namun, bagi pengunjung luar daerah, mereka boleh memilih untuk menginap di Carribean Bay Suites (CBS) yang menawarkan 140 bilik berkonsep studio, suite deluxe (18 unit) dan suite keluarga (420 unit) dengan kadar berpatutan.
"Kami bukan saja menawarkan taman tema yang memiliki ciri unik, tetapi konsep percutian bersepadu bagi membolehkan anda menghabiskan masa bersama-sama rakan atau keluarga termasuk menginap di bilik yang disediakan.
"TABG menjadi pintu masuk ke Kuantan sebelum mereka meneroka tarikan pelancongan seperti Cherating dan Telok Cempedak," katanya sambil menambah taman itu boleh menampung sehingga 4,000 orang pada satu-satu hari.
Taman air itu adalah sebahagian daripada fasa pertama pembangunan TABG. Apabila siap sepenuhnya, ia bakal menjadi destinasi riadah utama pantai timur dan lokasi penganjuran program motivasi, merentas denai hutan, kemudahan menunggang kuda dan gelanggang paintball.
>Info
>Pengunjung akan diberikan gelang khas yang berfungsi sebagai kad debit untuk tujuan pembelian dalam taman. Deposit tunai diperlukan, namun baki wang dikembalikan pada akhir kunjungan. Kaunter tambah nilai disediakan untuk isian semula.
>Kotak simpanan keselamatan boleh digunakan untuk telefon bimbit, jam tangan, barang kemas dan dompet dan tas tangan. Dengan ini, pengunjung tidak perlu memikirkan keselamatan barangan peribadi mereka.
>TABG bibuka setiap hari mulai 10 pagi hingga 6 petang. Ditutup setiap Selasa kecuali musim cuti persekolahan dan cuti umum.
RUJUKAN PERCUTIAN
Taman Air Bukit Gambang
Jalan Bukit Gambang Utama, Bukit Gambang Resort City
26300, Kuantan.
Tel: 09-5488000
Faks: 09-5486888
www.bgrc.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Taman Tema Air, BUKIT GAMBANG (Merged)
Post Last Edit by amoy257 at 17-3-2010 12:12
Salam korang...
korang tau tak pasal tempat peranginan Bukit Gambang nih...
ada juga info2 yang aku dgr tempat ni merupakan taman tema air yang terbesar kat Malaysia..
actually, kat Malaysia kite da ade Bukit Merah...Lost World Tambun..Sunway Lagoon..
aku da google kat internet tp sikit sgt laa info pasal Bukit Gambang..
sebab aku planning nak g bercuti kat Kuantan..
so, sape2 org Kuantan yang da pergi..leh bagi aper2 info..
tq..
aku pun da google kat cari kot2 ade topik nih..
tapi tak jumpe...
http://www.cuti.com.my/hotel/info.php?id=2837&hotel=Bukit+Gambang+Resort+City |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
utk pengetahuan...projek tuh masih dalam pembikinan...belum siap pun lagi Taman Tema Bukit Gambang tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke still dlm pembikinan.
tapi ada dengar perasmian pada bulan june nie nnti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by white_chocolate at 18-5-2009 11:36
salam,
utk pengetahuan...projek tuh masih dalam pembikinan...belum siap pun lagi Taman Tema Bukit Gambang tu....
oyeke..
patut aa susah sgt cari info pasal tempat nih... |
|
|
|
|
|
|
|
baru je lalu last month....balik dr kuantan ikut jln lama kuantan -temerloh.....nampak masih bnyk lori kuar masuk ke tapak projek...mungkin perasmian pecah tanah kat kwsn tu tak tau lah....tapi mmg belum siap sepenuhnya lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak gaye nye kansel laa nak g situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ler dah bukak tp tak officially.....taska anak2 qies wat swimming lesson kat situ ler every thursday ulang alik kuantan gambang......mmg kata terbesar di asia tak tp tak fully operated lg sbb byk lagi tak siap...
taman tema gambang ni bawah projek sentoria sdn bhd, setakat nak pergi berenang cap cepuk tu bole ler mainan tak byk yg berfungsi lagi....at least taun dpn baru happening sekarang ni depa bukak just as introduction aje dulu sebelum fully operated.... |
|
|
|
|
|
|
|
The largest theme park in country |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 dedaun79\ catat
ape maksud 1/2 finish dgn fully finish? sebulan je bezanyer tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah g smlm............tp x buka lg..........hampeh tul......
sian anak aku..........:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anj2208 at 10-6-2009 10:57 AM
aku dah g smlm............tp x buka lg..........hampeh tul......
sian anak aku..........:@
mmg tak bukak lagi pon..tak siap sepenuhn ya..tahun depan bau siap...tp iklan dah kuar..hampeh tul.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni da kire kes penipuan nih...:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 anj2208\ catat
I called the resort and they said it'lll be opened on 6 June :@ |
|
|
|
|
|
|
|
huh...x bukak lg..tp promote kan main lg..huh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lwyl at 10-6-2009 12:47 PM
I called the resort and they said it'lll be opened on 6 June :@
my bil pun dah call and kata buka on 6 june.........
br jer call pun bkn nya dah lama pun................:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anj2208 at 10-6-2009 21:00
my bil pun dah call and kata buka on 6 june.........
br jer call pun bkn nya dah lama pun................:@
maybe resort dah open.. but theme park dia lum open lagi.. better u check with them again..
my 5sen opinion laa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|