CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2097|Reply: 7

Ingin adu syarikat MLM mengenai A-H1N1

[Copy link]
Post time 12-8-2009 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Saya ingin mengadu kepada Jabatan Kesihatan Malaysia agar memantau aktiviti peniagaan jualan langsung dan jualan pelbagai lapisan yang memberi maklumat kurang tepat dan mengelirukan kepada pengguna mengenai kes-kes A-H1N1 kini.

Hal ini berlaku dalam forum-forum pelbagai bahasa tempatan. Media tersebut dipergunakan oleh pihak peniaga yang tidak tanggungjawab untuk menyebar maklumat kurang tepat agar dapat menguat keuntungan. Sebabnya, media ini kurang dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Berikutnya ayat-ayat dan konsep yang dipercayai dapat mengelirukan pengguna.

1) A-H1N1 dapat disembuh dengan produk XXXX, kerana produk XXXX dapat menguatkan imunasi badan justeru melawan penyakit A-H1N1.

2) Produk XXXX dapat menapis udara yang tercemar dengan virus A-H1N1 dan mencegahnya daripada memasuki badan manusia. Ia lebih berkesan dan praktik daripada aplikasi memakai topeng hidung.

Seperti sedia maklum daripada Badan Kesihatan Sedunia (WHO). Hanya vaksin sintetik dan vaksin semulajadi yang dihasilkan oleh individu yang pulih daripada jangkitan A-H1N1 dapat mengubati jangkitan A-H1N1.
Hanya cara yang sihat dapat menguatkan daya imunasi,badan dan mengurangkan kadar kematian akibat jangkitan A-H1N1.
Hanya cara-cara yang disyorkan oleh Jabatan Kesihatan seperti kerap cuci tangan yang betul, mengelak daripada kalayak ramai , memakai topeng hidung dan lain-lain merupakan cara pencegahan yang betul.

Jelas sekali, peniaga mengheborkan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan demi jualan adalah sangat tidak bertanggungjawab dan keji.

Saya memandang serius hal ini kerana maklumat yang kurang tepat ini dapat mengakibatkan kehilangan nyawa. Contohnya, jika seseorang individu yang percaya kepada produk XXXX kononnya dapat menyembuhkannya daripada jangkitan A-H1N1 dan ini akan mengakibatkannya lambat menerima rawatan pakar perubatan. Justeru itu, nyawa individu tersebut akan terancam!

Oleh itu, saya mengharapkan pihak berkuasa dapat memandang serius hal ini dan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Demi Kesejahteraan Rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2009 09:09 PM | Show all posts
Mana punya syarikat MLM nie??Apa produk?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:41 PM | Show all posts
nak jugak produk MLM mana nie?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 12:24 AM | Show all posts
desperado nak jual barang... kalau tak pun, desperado sgt nak carik downline..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 08:01 AM | Show all posts
hmmm sempat lagi tu nk promot brg...sabor je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 11:59 AM | Show all posts
tuan rumah bgitau jer lah MLM maner tuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2009 12:38 PM | Show all posts
apa nama MLM tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 01:20 PM | Show all posts
Kat forum ni pun ada manusia2 gini. Konon2 promote produk yang boleh kuatkan antibodi lawan H1N1. Prrrfkh. Tengok jer kat bod pharmasi. Naik meluat aku tengok mereka2 ni promote bagai nak rak kat topik H1N1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.072347 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list