CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5739|Reply: 5

Suzuki SkyDrive 125cc

[Copy link]
Post time 5-8-2009 10:03 AM | Show all posts |Read mode
SkyDrive mudah dikendali
Oleh Mohd Razlan Salleh







DUNIA motosikal tempatan tidak sunyi dengan kehadiran pelbagai model baru.

Minat serta gaya anak muda meminati motosikal mendorong pengeluar memperkenalkan model terbaru sebagai pilihan.


Antara syarikat giat memperkenalkan pelbagai model skuter dan motosikal terbaru di pasaran ialah Suzuki Assemblers (M) Sdn Bhd yang membawa masuk skuter terkininya, SkyDrive 125cc.

Ketika pertama kali menatap rekaannya, memang tidak yakin kerana fizikalnya yang kecil sedangkan penulis agak tinggi.

Namun, rekaan SkyDrive yang mengambil DNA daripada skuter konsep Suzuki menjadikannya tegap dan futuristik.

Bagi mereka yang tercari-cari skuter untuk kegunaan harian, model ini boleh dipertimbangkan kerana memiliki kuasa serta reka bentuk menarik.

Jentera kecil ini dibekalkan enjin berkuasa 125cc dibantu sistem penyejuk udara bagi mengelak suhu meningkat ketika beroperasi di jalan raya.

Reka bentuk kecil dan ranggi selain transmisi automatik memberi kelebihan kepada penunggang mengawalnya dengan baik ketika meluncur di jalan raya.

Tubuh kecil skuter ini memberi kelebihan tersendiri untuk menyelit di tengah kesesakan jalan raya selain cermin sisi bahagian kiri serta kanan memudahkan melihat jarak kenderaan lain di belakang.

Pengendaliannya cukup mudah, dengan menarik brek tangan serta menekan suis penghidup elektrik, enjinnya boleh dihidupkan dan terus memecut.

Keselesaan penunggang ialah bahagian letak kaki serta ruang barang luas di bawah tempat duduk.

Sesuai dengan konsepnya yang futuristik, model ini dibekalkan dengan panel meter ringkas bagi menunjukkan takat minyak, lampu isyarat dan lampu tinggi serta rendah.

Sementara itu, beberapa suis di bahagian pemegang boleh dicapai dengan mudah untuk mengendalikan lampu depan, lampu isyarat serta membunyikan hon.

Ketika memandu uji dari Shah Alam dan sekitar ibu kota, ia tidak mengecewakan termasuk merempuh kesesakan di ibu kota untuk ke pejabat.

Dengan kuasa 125cc, model ini turut dibantu tubuhnya yang ringan iaitu 1078kg serta saiz tayar depan dan belakang bersaiz 14 inci.

Model ini menawarkan tiga warna menarik untuk pilihan pengguna iaitu Merah, Hitam dan warna terbaru, Metallic Silver Matt Titanium.

Harga SkyDrive ialah RM5,470 seunit (tanpa insurans).

>SPESIFIKASI

Suzuki SkyDrive 125cc

ENJIN: 124cc satu silinder empat lejang SOHC dua injap.

TRANSMISI: Automatik Super CVT

KUASA MAKSIMUM: 9.6 hp pada 8,000 rpm

BERAT KERING: 107 kg

SISTEM PENGHIDUP: Elektrik dan Tendang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 11:25 AM | Show all posts
huhuhu
mahal dowh.......
ak pkai suzuki smash ja
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 11:33 AM | Show all posts
x minatla suzuki..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 11:38 AM | Show all posts
kite pakai ego.cadang nak tukar amik suzuki nie.u all rasa ego dgn suzuki nie mana berbaloi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 11:24 AM | Show all posts
suzuki ni yg bagusnya kalo campak mana2 org tak nak curik
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 12:36 PM | Show all posts
5# b_mckagan

ni mana punya statistik ni... tgk model la bang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.089148 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list