|
Derita pewaris saka
AYER HITAM: Seorang remaja perempuan bukan saja menderita kerana dikatakan mewarisi saka ibunya, malah lebih teruk apabila mendakwa dirogol bapa kandungnya ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Peristiwa hitam itu berlaku ketika mangsa berusia belasan tahun, dikatakan sering meracau setiap beberapa minit kerana tidak tahan menanggung sengsara dan kesakitan apabila saka berkenaan cuba menyerap masuk ke dalam tubuhnya.
Kejadian sejak dua tahun lalu itu menyebabkan ibu mangsa berusaha mendapatkan rawatan bagi memulihkan penyakit `misteri' dihidapi anaknya itu.
Difahamkan, ibu mangsa berusia awal 40-an, menerima ilmu saka yang diwarisi sejak turun temurun itu.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Amirah, 20, dan sedang menjalani kursus sebagai jurujual syarikat jualan langsung, terpaksa berehat sementara bagi memulihkan penyakitnya itu.
“Saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kursus kerana sering meracau sehingga menakutkan rakan.
“Selama ini, saya tidak tahu ibu mewarisi ilmu saka daripada arwah nenek dan menyedari terkena selepas sering meracau tidak tentu masa.
“Melihat perubahan diri membuatkan saya tertanya-tanya apa yang terjadi kepada saya dan ibu menerangkan ilmu sakanya sudah diturunkan kepada saya,” katanya.
Dia yang juga anak tunggal berkata, selepas mewarisi ilmu saka sejak dua tahun lalu, perubahan dirinya begitu ketara sehingga membuatkan ibunya mengambil keputusan mengubatinya.
“Lebih mendukacitakan apabila bapa yang selama ini menjaga saya sejak kecil sanggup menodai saya ketika tidak sedarkan diri akibat ilmu saka itu meresapi tubuh saya.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan keadaan diri yang lemah.
“Saya kecewa dengan sikap bapa kerana dia tidak menggalakkan ibu mengubati penyakit saya, malah berkata ‘tak payah berubat, lebih baik hang mampus,” katanya.
Menurut mangsa, bapanya yang berusia 45 tahun memarahi ibu setiap kali mahu mendapatkan rawatan sama ada di hospital atau tradisional.
“Saya tidak boleh melihat muka bapa kerana akan menjerit seolah-olah saka yang meresap masuk ke dalam badan saya marah akan perbuatannya itu,” katanya.
Amirah yang masih menderita akibat perbuatan bapanya berkata, dengan bantuan ahli keluarga dia mendapatkan rawatan tradisional bagi membuang ilmu saka itu.
Pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata mangsa mengalami trauma teruk kerana terpaksa menghadapi dua kejadian dalam satu masa iaitu ilmu saka serta dirogol bapa kandungnya sendiri.
Fadzil yang membahasakan dirinya sebagai Pak Tam berkata, dia menggunakan kepakarannya bagi mengubati penyakit Amirah.
“Setiap kali merawat Amirah, dia menjerit kerana saka yang berada dalam badannya tidak mahu melepaskannya.
“Insya-Allah dengan pertolongan Tuhan, penyakit Amirah akan cepat sembuh. Ini bukan kejadian pertama, saya sudah mengubati lebih lima pesakit seumpama itu dan bersyukur kerana berjaya membantu mereka,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, Islam mengharamkan ilmu saka yang diamalkan masyarakat pada hari ini.
Katanya, perbuatan itu menjejaskan akidah seseorang itu kerana menggunakan jin untuk perubatan tidak kira sama ada untuk kebaikan mahupun keburukan.
“Islam agama yang sempurna, lengkap dan tidak perlu lagi untuk kita bergantung kepada kuasa jin bagi mengubati sebarang penyakit. Oleh itu jauhi segala kepercayaan khurafat itu dan mengamalkan ajaran Islam sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai perlu meningkatkan keimanan selain tidak meninggalkan rukun Islam supaya akidah mereka tidak mudah dipesongkan.
PETIKAN HARIAN METRO 22/7/2009 |
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak ni..
dapat emak bapak yg sengal..{:2_70:} |
|
|
|
|
|
|
|
abis tu x buat report polis ke yg bapak dia rogol dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
YA Allah Huakbar...........
kesian bercampur simpati....... |
|
|
|
|
|
|
|
mmgla ade member aku dia takleh berdepan degn org yang ade saka juga...nanti dua dua meracau..hui meremang bolu romaku |
|
|
|
|
|
|
|
ape jenis bapak ni...anak tngah sakit pun nak makan.... |
|
|
|
|
|
|
|
SYAITAN YANG MERASUK ANAKNYA TURUT SAMA MERASUK BAPAKNYA...{:2_75:} |
|
|
|
|
|
|
|
teruknyer bapak dia ni :@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Lahabau kerbau punya bapak..:@:@:@
saka tu bukan kununnya jaga tuan ke?..patutnya dia terajanglah bapaknya yang nak rogol anak tu..:@
ke saka tu pun syok bila bapak dia rogol anak?..:@
dua2 pun hampagas..:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia ni mmg manusia yg bertopengkan syaitan!!!!!!
---------->>>>(off topic jap) adewkah cat patot mencabot sticker dan pengalas leher Red Devil kt kreta cat??? Apsal MU punya sticker adew Red Devil.. huaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah syaitan............peduli apa |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by king's at 22-7-2009 12:37
kalau kusa syaitan sudah menguasai diri, manusia yang tak kuat iman akan terpedaya... |
|
|
|
|
|
|
|
?v=0 |
|
|
|
|
|
|
|
bapak yg tak pakai akal... |
|
|
|
|
|
|
|
bapak jenis apa ni:@:@
tak kan dah kena rogol boleh diam diri..tak report polis ke |
|
|
|
|
|
|
|
?v=0 |
|
|
|
|
|
|
|
jahat betul ayah dia nih.. ish3.. anak sendiri pon nak rogol gak..:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau diwarisi dari ibunya..tentu bapak dia nampak anak dia serupa maknya..that y la kena rogol...kat kg aku ada kes gak macamni..suami ada saka..mati..After that isteri dia didatangi boleh dikatakan setiap malam oleh saka suaminya..kalau ada sesapa tido tepi isterinya sure kena angkat letak jauh sket... |
|
|
|
|
|
|
|
datin ade gak cite psl saka ni..
terjd kt kwn adk..
msa adk study dlu kt ikbn, ade kwn dia ni ade saka..
(**saka ni kturunan eh..?)
bdk pompuan ni pn pnh dtg umah datin..
dia kurus jek..melidi la..
datin pn heran tgk dia kurus sgt3..
adk ckp org yg ade saka ni jnis mkn dalam..xtau la cmne..
tp adk ckp dia ni klu jd mmg ganas..
masa tu adk tgh tido kt sblh dia..tetba jek dia jd ganas..
nasib adk smpt lari..pggil wrden..
bla wrden mai, wrden tu ciap kna lempang ngn trajang lg..huhu...
pastu adk ckp, klu dia mkn mmg xhengat dunia..tp bdn still krus jek..myb saka dia la yg mkn tu..
klu wat keja plak, mmg dia yg plg pantas skali..
org laen sume baru terhegeh2 nk wat, dia da ciap da pn..mmg pantas...
dia pn pnh tnye adk, nk x tgk saka dia..adk ckp xmo..jgn tnjuk kt dia..dia takot...
dia pn xtnjuk la..dia mmg xbg saka dia kaco adk..sbb adk kwn baek dia..
tp adk ckp, dia slalu bg nasihat kt kwn2 dia..
klu mcm ade tmpt yg keras2 ckit kt ikbn tu, dia slalu psan jgn lalu kt kwsn tu..
dia mcm tau la tmpt2 yg keras ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata perogol2 tu, 'kasi' jer...lebih2 lagi spesis haruan makan anak ni...benciiiii:@:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|