"Aku Sendiri" berdasarkan coretan blog my sis Along Arman (hanatrg.blogspot.com) dan "Belahan Jiwaku Ini" dari status YM seorang rakan saya yg akhirnya baru disedari merupakan lirik lagu "Wanita" nyanyian CT. Itu x sengaja ...
Semua gitar redeem dan solo saya main sendiri, so kalau x sedap .. sori .... rasanya sedap la jugak ... Tapi alih2 macam tu je permainannya .. bosan ... saya mmg bosan main gitar ...
Vokal pun main hentam je ... mmg x sedap .. x digalakkan sgt mengomen vokal ... sila komen melodi ye ...
Tp kalau nak komen vokal pun boleh .... tp merugikan je ... sebab sy nak ketengahkan meldoi dan lirik ...
Lagu "Perjalanan" ada pitching lari tp sikit je rasanya, kerana saya rakam spontan je. Lagu ini istimewa sikit sebab penulis liriknya tidak menyedari ia sedang menulis lirik. Liriknya disari daripada tulisan dari forum di bawah thread "Anak saya main gitar".
"Kisah Mat Rempit" adalah sebuah lagu yang dinyanyikan dalam dialek Hulu Terengganu mengisahkan Mat Rempit jatuh terolek kerana terlanggar kerbau yang tiba-tiba melintas tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.
Lagu "Cintanya Pada Tomok Bukannya Momok" dicipta untuk menolong seorang peminat Tomok agar Tomok berjaya menggondol kepalanya ... opss silap ... menggondol piala OIAM musim terbaru. Lagu ini menampilkan penampilan istimewa Tomok tanpa kerelaannya beserta Ajores, juara sebuah pertandingan nyanyian online.
"Ku Insaf di Hadapan Rumahku" pula memperihalkan bagaimana seseorang telah insaf akan kesilapan lampaunya mempermainkan hati dan perasaan orang lain setelah dia dipermainkan oleh awek terbarunya. Ia juga ingin memberitahu rakan yang baik akan meng'mms' bahan-bahan bukti yang penting untuk kita.
Insya-Allah bakal menyusul lagu bertajuk "Say Good Bye" yang ditujukan khas pada seorang forumer yang akan meninggal dunia. Nota : Dunia yang dimaksudkan adalah dunia SYMT. Harap maklum. Adakah dia hanya gempak sahaja atau betul-betul ? JDF ... apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh signature saudari itu ?
Ohh ... maafkan saya kerana panjang lebar bercerita ..padahal .. lagunya bukan sedap pun ...
Bersedia untuk mengalami pendarahan telinga ? Sila klik link-link di bawah untuk dengar atau download :
tq sumer yg dengar .. shuffeaq ... nanti aku buat versi yg sore kuat pulak ..
emmmm .. bagi la kutukan .. jgn puji ..
kutuk jer .. baru best !
nota : siapa ada minus one lagu tolong kirim kat fair ke fairuzhafeez [et] gmail [dok] com.. atau kalau malas kirim harap bleh bagi link downlaod kat sini ...
tolong ya ! jasamu dikenang !
[ Last edited by Fairuz_Hafeez at 3-3-2008 06:46 PM ]