View: 8492|Reply: 42
|
JAIS...tolong serius sikit tangani maksiat
[Copy link]
|
|
Hari ni , anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan ke sebuah rumah yang bertentangan dengan rumah saya. Serbuan ini adalah hasil aduan saya dan suami yang sudah memerhatikan tiga pasangan kekasih yang tinggal serumah sejak 4 bulan yang lalu. Pada awal lagi kami sudah syak mereka bukannya pasangan suami isteri. Yang perempuan suka berpakaian seksi hingga nampak hampir separuh buah dada mereka. Manakala yang lelaki pula memakai anting2. Lagak mereka tanpa malu2 walaupun kami sudah berkeluarga. Kami berasa amat berdosa membiarkan maksiat berlaku di depan mata.
Tetapi kami tetap ambil masa untuk perhatikan gerak geri mereka terlebih dahulu sebelum melaporkan kepada JAIS. Tujuan kami supaya Jais tidak membuat serbuan yang sia2. Setelah berpuas hati, pagi tadi satu serbuan telah dilakukan. Tiga jam sebelum serbuan kami diminta oleh JAIS supaya membuat pantauan agar mereka yang disyaki berkhalwat tu benar2 berada di dalam rumah. Bayangkan kami terpaksa korbankan waktu tidur dan terpaksa bersengkang mata memerhatikan rumah itu.
Sekitar jam 2.30 pagi anggota JAIS sampai di depan pintu rumah tersebut. Mereka memberi salam beberapa kali dan meminta penyewa2 tersebut membuka pintu dan memberi kerjasama. Mereka turut mengugut untuk memecah masuk sekiranya pintu tidak dibuka. Namun pintu tetap tidak dibuka.Saya dan suami hanya memerhati dari rumah memandangkan identiti pengadu dirahsiakan atas alasan keselamatan. Tetapi kami terkejut kerana tidak sampai setengah jam anggota JAIS dan polis tersebut telah beredar tanpa berbuat apa-apa. Suami saya cuba menghubungi pegawai JAIS dengan segera. Dan jawapannya amat mengecewakan.
Alasan mereka:
1. Mereka hanya nampak kasut perempuan jer, tiada kasut lelaki
2. Pintu tidak dibuka walau telah diketuk beberapa kali
3. Mereka sudah menunggu depan pintu hampir sejam
Kami betul2 rasa terkilan. Padahal kami memang sentiasa tgk jam. Mereka berdiri di depan pintu tersebut tak sampai setengah jam, bukan 'hampir sejam' seperti yang didakwa. Cubalah fikir logik, takkan kasut lelaki diletakkan bersama-sama kasut perempuan, mestilah mereka nak 'cover line'. Yang pasti kami memerhati rumah tersebut sejak pukul lapan malam hingga 2 pagi. Memang jelas ada lelaki dan wanita masuk ke dalam rumah tersebut sebelum pihak JAIS datang. Tetapi mereka hanya berdiam diri ketika JAIS berada di luar pintu.
Saya beranggapan pihak JAIS akan memecah masuk rumah tersebut seperti yang dilakukan sebelum ni sekiranya orang yang disyaki tidak mahu membuka pintu. Lagipun mereka datang bersama anggota Polis. 5 minit selepas anggota JAIS beredar, saya terdengar suara berkata 'line dah clear'....Kelihatan 2 orang lelaki keluar dari rumah tersebut dengan begitu cepat sebelum sempat kami menjerit. Bila perkara ni diberitahu kepada salah seorang anggota JAIS dengan menelefon di pejabat meraka, sekali jawapan mengecewakan keluar dari mulut mereka
1. 'Oooo...diaorang dah keluar ye..takpala..diaorang takkan berani lagi'
2. 'Kami tak boleh tunggu lama sebab banyak kes lagi'
Tolong la JAIS....tak guna ambil banyak kes kalau satupun tak diselesaikan dengan baik sehingga selesai. Kami bukan tidak menghargai tugas anda bersengkang mata membasmi kegiatan maksiat tetapi kami kecewa dengan sikap acuh tak acuh dalam menjalankan tugas. Sia-sia je usaha kami membuat pantauan sebelum ini. Kami kecewa penyewa-penyewa tadi dapat melepaskan diri. Tidak mustahil mereka boleh lakukan ditempat lain kerana begitu senang memboloskan diri. Takpalah..yang penting kami sudah menjalankan tugas sebagai seorang Islam dan harapan kami JAIS komited dalam menjalankan tugas di masa akan datang.
Assalamualaikum... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hurm..
bengong tol la JAIS ni..
penat2 jer org len korbankn waktu tdo..
lau kes yg msuk tv, sgup lak derang pecahkn pintu bgai..
sume keje nk publisiti..
letih la media nk cover keje korg jer.. :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
jais pun nak glamor jugak ke ape? alang2 nak banteras maksiatm buat la btl2 :@:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Ko takde amik video ker?Boleh upload kat youtube...
Nak tanya sket..JAIS ada hak ker nak pecahkan pintu rumah kalau tuan rumah tak buka pintu??
Katakan serbuan itu silap,kos membaiki pintu itu siapa yg tanggung?? |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya...
kalau dok senyap kat dalam leh lepas la ek. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.............. |
|
|
|
|
|
|
|
mgkin depa takut situasi yg dah berlaku takkan memalukan diorang lg
kes yg masuk harian metro lg..jais pi pecah pintu rumah org
padahal bebudak2 tu adik beradik |
|
|
|
|
|
|
|
tp aku kesal
maksiat ada di merata-rata
park keter sebelah masjid
dlm keter dok beromen |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 medangmru\ catat
betul gak.. tp kira family suhaili nih ok lg, sanggup p ngadu kat jais. ade setgh2 org tuh buat2 senyap jek, tak layan pun |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 bulalof's post
motip nk pilih kasih????? |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata ko buat aduan bertulis pasal sikap org2 JAIS nih ke boss they all, alamat kan kpd boss besar, cth Pengarah ker, Ketua Jabatan ker...citerkan apa2 yg staff they all buat,cakap etc... then tulis kat bawah tue kalu tiada apa2 tindakan, mgkn perkara nih akan di bawa ke media cetak..kasi gertak sikit...sure baru ade tindakan ..geram pulak aku baca:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 pokokbunga\ catat
memang mula2 nak buat report mcm tu tp bila pikir2 balik.....baik x payah sbb sure org atasan akan backup org bawahan mereka. Bertambah sakit hati je nanti. Rumah tu masih dihuni oleh lelaki dan perempuan yang kami sangat yakin mereka bukan muhrim.....Kami sudah buat tindakan yang sepatutnya..selebihnya kami berserah pada Allah...kalau anggota Jais anggap kami memberi maklumat palsu, terpulanglah. Yang pasti selepas ini kalau kami nampak berlaku maksiat di depan mata....JAIS bukan lagi badan kerajaan yang akan kami hubungi. Sorry! Kami dah tak percaya. Kami tak maksudkan semua staff Jais mcm tu. Tapi kepada yang terlibat, jgn risau, kami takkan buat apa2 laporan lagii dan takkan mengganggu waktu tidur anda lagi...Itu saje. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 suhaili_tahir's post
cane nak wat aduan kat jais ye....
housemate sye bleh dikatakan hr2 bawak balik jantan..memang la die non muslim..tp bf die muslim.
da 2 suke2 hati nak masuk kuar rumah sbb bf die ade kunci rumah kitaorg. kdg2 time gurl ni x de balik sabah pon bf die dtg tdow n kdg2 bawak balik pompuan lain.
saya malas nak tegur gurl 2 sbb die yg duduk umah 2 dlu dr saya n die non muslim.
kalau jais dtg n saya ade dlm umah diaorg angkut saya skali x?
[ Last edited by hepimoon at 17-4-2009 11:54 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|